Saturday, October 30, 2010

masa kecik-kecik dulu kan......

salam


teringat masa kecik-kecik dulu..ni suma punca masa dalam keta tadi r. keluar ngan kengkawan teringat kenangan kecik-kecik dulu,,..masa kecik dulu, tak pasti la pulak kalau anda juga pernah marasai pekara yang sama. ni apa yang nak diceritakan ni adalah kebanyakannya pengalaman yang pernah di rasaii oleh anak utara..

masa kecik dulu, kalau main petang-petang, pakaian sukan bukan ada. seluar slack raya taun lepas, tshirt abang yang besar, kaki ayam..pastu main bola kat padang yang x dak rumput pun. selut, lumpur suma ada..kalau hari hujan lagi best, main kat bukit. kan bukit bila lepas hujan ada aair turun kan, kebetulan tempat padang yaang aku main tu orang buang bumbung lama. bumbung asbestos tu.. kami pun ambik la bumbung tu buat la ala-ala sistem pengaliran air dari bukit..haha..cita-cita tinggi la katakan.. kami salurkan air  dari bukit sampai la ke kaki bukit. bukan apa pun..seronok tengok air tu turun..hhaah//kenangan

tak lupa juga. ada la kenangan nak main baseball. kayu x dak bola pun x tak.. apa lgi..kami pun carila kayu orang buat rumah yang lebih sikit-sikit tu kemudian raut la bagi nampak ala-ala kayu baseball..bola dia pulak mana ada beli.. kat sekolah ada orang main tenis. ada la bola yang da rosak sama ada da koyak atau bicir. ambik ja.pad dua pulak pakai seliper ja..memang best.. kekadang sampai hancur bola pun tetap balut dengan salotape semata-mata nak main..haha..bila da seroonok, mula la lupa diri..ingat lagi masa tu main punya tak ingat, sampai orang dah azan. apa lagi.ayah kami.(sebab ramai bapak2 yang datang) tanpa segan silu dan penuh konfidenttnya membawa rotan. apa lagi..tibai r. dah maghrib pun tak mau balik lagi.,.memang masak yang amat.ahahah...

bila malam pulak, lepas maghrib ramai-ramai jalam pegi ngaji..aku x pegi sebab orang yang ngaji kat umah aku. aku ingat lagi masa memula mak aku ajar aku mengaji., punya la malas. sampai nangis punya malas nak nngaji..bukan aku ja..ramai jugakla member aku yang memang mals gila nak mengaji. yang bestnya, kalau mak aku suruh, liat gila nak ngaji. kalau ayah aku, baru keluar bilik. aku dah lari da amik qurannak ngaji..haha..padahal ayah aku tak buat apa pun kat aku..saja.takut ayah lebih...maklumla,,badan berketul. cari maut la kalau buat malas depan ayah..banyak lagi kenangan masa kecik yang sembang ngan kengkawan tadi. terbahak-bahak la gelak dalam keta. memula ingatkan keta aku ja yang sembang pasal kenangan dulu..rupanya keta member yang konvoi sekali pun sama jugak..patut la melelong bawak..hahaa..kaalau nak ikut kronologi la kan, masa dulu, nak keluar ngan kawan naik basikal ja..kemudian upgrade sikit naik moto..tu pun curi2 sebab x dak lesen..dah ada lesen ngan moto sendiri, mulalah panjang kaki.. sekarang ni dah ada keta, lagi la jauh..semua itu kenangan..banyak kenangan masa kecik bila kita ingat balik pasti akan mengukir senyuman pada wajah..nak gembirakan hati, ingat balik kenangan dulu..pasti tersenyum


Wednesday, October 27, 2010

cinta terakhir...

Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita


Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia


Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir


Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia


Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan

RED ALERT!!!! CODE RED!!!

salamullahialaikum...
selama cuti ni, aku tak keluar ke mana pun hanya duduk di rumah, makan, tengok tv, tido. itu sajalah yang aku lakukan. kekadang aku keluar dengan famili hanya sekadar untuk amik angin. memang bosan duduk di rumah sendirian tapi asalkan boleh berada di samping mak dan ayah ni pun da cukup bahagia dan bersyukur. ye la kan, usia da semakin panjang. entah bila aku akan sendirian. aku takut untuk menghadapi masalah itu. dalam aku sendirian, aku bukak la jugak FB, tumblr dan sebangainya, aku tengok balik status aku yang dulu2. nak tergelak pun ada. sumanya tak habis2 berkisarkan kehampaan. aku terfikir, sampai bila aku nak terus begitu.ada malam tu aku sembang dengan syidah fouat, member se fakulti dengan aku. aku suka tagline dia...'CHILL'. AKU SUKA CARA DIA. dia  memang selalu happy-go-lucky. segalanyan rilek jer. aku tersedar. apa yang buat manusia mula nak marah, berduka ni adalah di sebabkan kita tak dapat apa yang kita mahu. kita tak puas hati dengan orang sebab orang tu bukan tak ikut macam yang kita nak. cuba fikirkan balik, kalaulah semua orang atas muka bumi ni sebijik macamyang kita nak. tak ke pelik tu.tiada perbezaan. mana nak datangnya keceriaan betul tak? Allah pun dah berfirman, 'dan aku ciptakan manusia itu berbeza-beza agar kamu dapat saling mengenali'' kalau da semua sama da macam robot la pulak kan. jadi, dalam hisup ni pasti akan ada suka duka, ada masa kita seronok sangat, ada masa kita sedih sangat, namun apa yag penting adalah cara kita harungi hidup kita tu. jangan terlalu ikutkan perasaan dan nafsu. jadilah diri sendiri daripada cuba untuk menjadi diri orang lain, aku sekarang mula belajar mengenali diri sendiri dan cuba untuk FORGIVE AND FORGOT.itu akan menjadikan kita lebih rasional dalam apa jua keadaan...chill....

Friday, October 22, 2010

조용한

조용한..
aku  tak tahu kenapa. aku rasakan hati ni da semakin serabut. sepatutnya blog ni dijadikan tempat meluahkan berita atau cerita gembira tapi aku tak berapa nampak apa yang gembira bila dalam keadaan begini. kebenarannya aku rasa amat terhina. tapi apa aku nak kata.memang salah aku. jadi aku harus biarkan waktu memulihkan segalanya yang berlaku dalam hati ini. apa yang perlu aku buat sekarang adalah TUMPU perhatian kepada apa yang patut aku tumpukan. buat masa sekarang, pelajaran. itu yang paing utama. aku kalau boeh nak pergi jejauh, biar orang lupakan aku. lagi senang. kembali aku dari pengajian sebagai orang baru yang tiada siapa  peduli. tapi bila fikir balik, itu da macam melarikan diri dari masalah daripada menghadapi masalah. apa boeh aku buat, aku mungkin kuat luaran tapi hati aku tak. benda remeh selalunya mengganggu aku. aku tak paham dengan diri aku sendiri. tapi aku dapat paham diri orang lain( agak r) . kalau boleh aku putarkan edaran masa dunia, nak aku elakkan dari jadi gitu dan jaga dia dengan sebenarnya. pastikan dia bahagia dan rasa selamat bila dengan aku. tapi aku bodoh. kesalahan yang aku buat membuatkan lebih benci dia pada aku. aku tak salahkan dia kerana aku yang bersalah dalam hal ini. kaau aku dalam temoatnya pun pasti aku akan berasa demikian. peluang yang aku harapkan tak mungkin kembali. dia tak mungkin menjadi pelengkap rusuk ini. memang bukan dia yang bersalah, hanya kerana aky tak dapat menahan diri aku menjadikan segalana musnah. dia da cuba bagi peluang kepada aku tapi aku yang mengsia-siakannya. maafkan aku.semoga kau selalu bahagia...

sembahyang tak lagi

aku menghadiri satu majlis ilmu di masjid. kebetulan ada aku bawak sekalu hanfon aku jadi aku sempata taip beberapa perkara yang aku rasa dapat dijadikan renungan bersama..

Hanya Ingin Mengingatkan .... Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ..... 
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran. 
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan. 
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar. 
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


Lima Jenis Racun dan Lima Jenis Penawarnya ...
1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya. 
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya. 
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu adalah penawarnya 
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya. 
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya. 


Nabi Muhammad S.A.W bersabda: " Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN. 
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA. 
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA. 
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABA 


Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar 
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya 
Asar : Dijauhkan dari kesehatan/kekuatan 
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya. 
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya 


kekadang terfikir jugak..dimana la tempat kita ni kan..hmmm

erti sebuah tamparan.

post ni aku amik balik dari post aku  kat blog satu lagi yang aku da lama sangat tinggal. itu adalah blog pertama dan percubaan. aku buat tu masa tahun 2005. da 5 tahun aku tinggal. link dia http://puteraidola.blogdrive.com.
mungkin ada ramai yang penah baca tapi ni aku karang cara aku melalui apa yang aku dengar dan aku sampaikan masa program usrah sekolah lama aku. harap dapat membantu...


Ada seorang pemuda yang telah lama mengaji ilmu di luar negeri kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiai atau siapapun yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. Setelah menanyakan kepada orang ramai, akhirnya orang tua pemuda itu berjaya mendapatkan seorang kyai di kampungnya itu. Mereka berdua pun berdialog ... Pemuda: Saudara ini siapa? Dan bolehkah menjawab pertanyaan-pertanyaan saya nanti? Kyai: Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda. Pemuda: Anda yakin? Sedangkan para sarjana dan banyak orang pintar yang saya temui tidak mampu menjawab pertanyaan saya. Kyai: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya-allah. Pemuda: Saya punya 3 pertanyaan ... 
1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan wujud Tuhan kepada saya. 
2. Apakah yang dinamakan takdir. 
3. Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu? 
Tiba-tiba Kyai tersebut menampar pipi si Pemuda dengan keras. Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa marah kepada saya?!! Kyai: Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya tadi. Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak faham, tolong jelaskan. Kyai: Bagaimana rasanya tamparan saya? Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit! Kyai: Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada? Pemuda: Ya Kyai: Tunjukan pada saya wujud sakit itu! Pemuda: Saya ... hmmm, saya tak boleh. Kyai: Itulah jawapan pertanyaan pertama: kita semua merasakan keberadaan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya. Kyai: Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya? Pemuda: Tidak Kyai: Apakah pernah terpikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini? Pemuda: Tidak... Kyai: Itulah yang dinamakan Takdir Kyai: Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda? Pemuda: Kulit. Kyai: Terbuat dari apa pipi anda? Pemuda: Kulit. Kyai: Bagaimana rasanya tamparan saya? Pemuda: Sakit. Kyai: Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat mengazabkan untuk syaitan laknatullah. wallahualam

terfikir...

salam. semalam kakak aku balik rumah. jadi pagi ni ada la kami sembang sembang. kemudian kakak aku kata ada kawan dia nak mai rumah. aku saja la menyampuk tanya sapa. kakak aku nak berseloroh ngan aku. dia kata kawan dia datang nak meminang aku. aku gelak ja la. aku pun kata kalau nak meminang aku kena pandai masak. masa ni kakak aku da mula nak protes. dia kata ' kenapa kalau pompuan kalau nak kawin mesti orang tanya pandai masak ka, reti jaga anak ka, pandai basuh baju ka, kenapa orang tak tanya kat orang lelaki pun sama ada reti baca quran ka, reti jadi imam ka, reti hal hukum hakam agama ka' . aku terdiam. betu jugak tu. kenapa begitu ek. orang ramai kisah pompuan reti masak ka, laki keja apa. kenapa x ramai yang kisah laki reti jadi imam ka, pompuan reti baca quran ka. pelik kan. betul la dalam satu klip tu kata, bila anak pandai menyanyi, pandai mengira, dia ada masa depan yang cerah, bila anak pandai baca quran, selalu solat, orang kata itu x dak beza papa. pelik kan.mungkin ini tanda akir zaman ramai orang yang lagi suka benda dunia. aku pun sama jugak.dah menjadi lumrah manusia lebih sayangkan dunia dari sayangkan akhirat...macammana nak berubah ek..hmmmm

Thursday, October 21, 2010

benarkah apa yang di lakukan ini

terkadang aku berfikir sendirian. apakah sebenarnya yang aku cuba gapai dalam hidup ini. adakah segalanya yang menjadi impian ku selama ini bakal menjadi kenyataan. adakah keputusan yang aku buat ini memenuhi kehendak semua pihak tanpa ada pihak yang berasa hati. aku keliru. kehidupan biobola ini membuatkan aku menjadi tidak cekap dalam menguruskan hal berkaitan dengan perasaan. mungkin orang berkata aku bijak menuruskan organisasii atau hal-hal yang tidaj berkaitan dengan perasaa. namun, apabila bermain tentang soal hati, aku lemah.aku tak dapat membuat keputusan dan jika aku dikehendaki membuat keputusan, semestinya ia akan dipengaruhi oleh emosi. apakah seharusnya aku lakukan untuk kembali tegap seperti dulu. insan yang dikatakan sukar untuk di tembusi dari dalam dan luar. insan yang amat kuat nilai etiknya dan semestinya bijak mengatur langkah pencaturan. aku rindukan diri aku yang dahulu. aku yang dahulu bukan seperti sekarang yang mudah mengalah. aku dapat merasakan perbezaan yang berlaku pada diri ini. bisakah aku diberi peluang sekali lagi untuk aku memperbaiki diri dan sentiasa maju ke hadapan tanpa menghiraukan segala yang telah lepas. aku menanti saat dimana aku akan menjadi seperti dulu. yang ramai orang gentar dan hormat bia berhadapan denganku. aku bukan inginkan orang mengangkat aku tetapi cukup sekadar aku dapat menerima diri aku kembali...

Sunday, October 17, 2010

menyesal

ni lagi satu cerita yang aku karang. sekadar untuk tatapan. tiada kaitan antara yang hidup dan yang telah mati k..enjoyy...



                Hari itu, aku seperti biasa, keluar awal untuk ke kelas. Kelas aku jauh dari kolej kediaman aku jadi terpaksalah aku keluar awal  pagi supaya tidak ketinggalan bas. Seperti biasa, aku berkongsi bas dengan siswi. Memandangkan jumlah siswa di fakulti aku tidak ramai tambahan pula ramai yang sudah mempunyai kenderaan sendiri, kami yang berjlan ini, hanya mampu menggunakan perkhidmatan bas yang di sediakan oleh university. Segalanya seperti biasa. aku sampai di fakulti, masuk ke kuliah pertama pada semester ini. Berkenalan dengan pensyarah adalah perkara biasa yang selalunya di lakukan bagi menerangkan tentang informasi course yang kami ambil itu. Aku terpandang seorang wanita yang duduk di hadapanku. Wajahnya indah, putih berseri. Senyumannya amat manis di pandang. Gelak tawanya memang menambat hati. Aku berlagak biasa. berlgak seolah-olah aku tidak menyedari akan kehadirannya. Setelah tamat kelas, aku ditemani rakan yang lain keluar dari bilik dan menuju ke café memandangkan kami semua belum lagi makan. ‘ Mi, aku rasa pompuan depan ko tadi tu asyik tengok ko je. Kejap-kejap dia pandang ko. Bila ko macam nak tengok dia dia lari. Ko da ada admire da ni.haha..’, sudir menyakat. Sudir kawan rapat aku di sini. Kemana saja aku pergi, mesti dia ada bersama aku. ‘ Ah ye, memang. Ko memang. Semua orang nak tengok aku kan. Lembu pakai skirt pun nak tengok aku jugak kan. ‘ aku membalas sinis. Sudir tergelak terbahak-bahak. Hari itu, kami hanya ketawa gembira pabila mendengar pelbagai cerita dari kawan yang lain tentang apa yang jadi di dalam kelas. Ada yang tergagap, ada yang tersalah loghat, yang teruk, ada pula yang sudah di marahi pada hari pertama kelas. Memang kelakar. Walaupun dalam keadaan bising itu, fikiran aku melayang mengenangkan gadis itu.
***
                Hari berganti hari, kuliah sudah bermula. Assignment mula menimbun. Group work, discussion, final project,  dan pelbagai lagi dilemma seorang pelajar university. Suatu hari, kami di kenakan untuk mewujudkan kumpulan untuk di guna pakai dalam kesemua group work  yang ada untuk semester itu. Seperti biasa aku dan sudir menjadi pasangan kerja dan kami memerlukan lagi dua orang untuk melengkapkan kumpulan. Bagai orang mengantuk di sorongkan bantal, gadis yang aku kenangkan itu muncul di depan aku. ‘ Maaf la ek, Azmi,  saya dengan nadia sekarang ni tak ada kumpulan. Apa kata kalau kami masuk kumpulan korang.’ Gadis itu mempelawa. ‘ Ok ja. Lagipun kitorang memang nak cari lagi dua orang. Din, group  aku da cukup. Bak kertas aku nak isi.’ Selamba aku menjawab. Kemudian, bermulalah sesi sual kenal. Masing-masing memperkenalkan latar belakang diri. Kini aku tahu nama gadis itu. Amanina rupanya. Manis nama itu, amat padan dengan tuannya. Sepanjang sesi sual kenal, aku tahu, dia asyik memandang aku. Aku cuba pedulikan hal itu. Mungkin hanya aku perasan. Di akhir sesi itu, amanina memanggill aku. Aku terkejut dan tertanya. Apakah kemahuannya? ‘ Mi, maaf la ek sal tadi. Nina tak berapa reti nak kenalkan diri. Sebenarnya, kalau boleh, nina nak nombor telefon mi boleh tak? Nina rasa ada benda nina nak bincang dengan mi. bukan hal apa, Cuma hal projek kita ni. Nanti senang sikit nak  contact  mi.’ aku mula curiga. Pelik sungguh tingkah laku nina hari ini. Biasanya dia cuba melarikan diri dari aku. Kini, dia pula yang meminta nombor telefon dari aku. Aku hanya memberikan nombor telefon aku tanpa banyak bicara. Aku yakin tujuannya hanya untuk apa yang dikatakannya. Ketika hendak bergerak ke bas, nina berjalan bersama aku dan yang lain. Sudir seperti biasa menghilang. Bersama kawan perempuannya yang lain mungkin. Aku, nina dan nadia, kami berjalan bersama menuju ke bas. Di dalam bas, kami bersembang seperti kawan biasa. berkenalan dengan lebih rapat lagi. Aku hanya melayan karenah nina yang agak manja. Maklumlah, dia anak tunggal dalam keluarganya. Bas tiba di kawasan kolej kediaman aku berhadapan dengan surau. Bas hanya berhenti di tepi jalan dan kami harus meredah jalan raya untuk sampai ke kolej manakala nina dan naia tinggal di dalam bas kerana kolej mereka di dalam kampus utama. Ketika bas berlalu, telefon bimbitku bordering menandakan mesej masuk. Aku membuka mesej dan kelihatan nombor yang tidak di kenali “ Mi jalan bebaik k. Kalau ada masa mesej la nina k” Aku terkejut melihat mesej itu. Lalu aku memandang kea rah bas dan kelihatan nina melambai tangan kepada ku. Aku membalas lambaian itu. Sudir melihat peristiwa itu. ‘Aipp…Macam ada pape je?hahah’  sudir mula menyakat aku. Aku hanya senyum. Memikirkan orang yang dahulunya aku malu untuk memulakan bicara, kini berhubung dengan aku melalui telefon. Itu satu langkah yang besar. Walau apa pun, aku mengharapkan yang terbaik buat perhubungan ini.
***
                Bermula dari situ, kami saling berhubung atas talian persahabatan.  Nina sering menghubungi aku. Sampai suatu ketika, aku merasakan sesuatu di dalam hati aku. Dia amat mengambil berat tentang hal aku. Suatu hari, aku demam. Aku tetap berkeras untuk ke kuliah walaupun di nasihatkan oleh rakan-rakanku agar aku ambil M.C  pada hari itu. Namun, aku fikirkan tentang pelajarang yang akan aku tertinggal. Aku berkeras juga ke kampus. ‘Mi, awak ok ke? Pucat muka awak?’ nina kerisauan. Di kolej, dialah insane pertama yang menyedari apa yang berlaku pada diri aku. ‘ tak de pape la nina. Demam sikit je. Nanti sihat la tu.’ Nina menarik muka masam dan berlalu pergi dari aku. Aku kehairanan. Apa salah aku berkata demikian. Mungkin dia ada masalah lain. Aku hanya membiarkan. Ketika aku berehat di pondok, dia datang kepada aku membawa sebotol air. ‘ Mi pergi mana? Nina cari merata. Nak. Makan ubat ni. Minum air bebanyak k. Kenapa tak beritahu nina yang mi tak sihat? Kesian mi. kalau jadi papa kat mi, sapa yang susah? Nina jugak kan? ‘ Aku tersentuh dengan keprihatinan Nina. Tetapi ada sesuatu yang musykil. Apakah Nina menaruh perasaan kepada aku atau itu memang tabiat dirinya yang suka mengambil berat. Aku terdiam. Mujurlah pada hari itu, Cuma satu kuliah sahaja. Habis sahaja kuliah, aku tidak tunggu lagi di kampus. Badanku terasa seram sejuk.  ‘ Dir, aku balik dulu k. Rasa tak sedap badan la. Kalau kau ada keja tak pa lah. Aku balik sendiri k.’ ‘ Kau betul ke ni? Kalau boleh aku nak teman kau balik kolej tapi aku ada keja sket. Member lama aku nak jumpa aku.hmm. kau pasti ke boleh ni? Kawan-kawan kita yang lain tak habis kelas lagi. Kau pasti kau boleh balik sensorang?’ ‘ ‘Tak pa. jangan risau. Aku balik dulu k, kau gi la jumpa kawan kau.’ Sudir risaukan sesuatu terjadi kepada aku. Tiba-tiba aku terasa bahuku di tepuk. Aku menoleh ke belakang.’ Mi, kalau mi tak kisah, nina boleh temankan mi balik. Lagipun nina nak singgah ke kedai jap dekat dengan kolej mi.boleh kan?’ nina mempelawa bantuannya. ‘ Ok, kebetulan jalan yang sama. Jomla.’ Hari itu, aku berjalan berdua sahaja dengan nina menuju ke hentian bas. Dalam perjalanan itu, kami diam sahaja. Tanpa sebarang bicara. Hanya saling membalas senyuman. Sehinggalah tiba di hadapan kolej, nina menghulurkan sesuatu didalam beg plastic. ‘ Nanti mi naik bilik baru buka k. k la, semoga mi  cepat sembuh. Nina nak gerak dulu k. assalamualaikum.’ Nina berlalu pergi. Aku naik ke dalam bilik. Setelah selesai solat, aku terus rebah. Tidur sehingga malam. Mungkin terlalu penat. Mungkin aku tidur sehingga keesokan hari jika sudir tidak kejutkan aku tidur untuk solat maghrib. Aku bangun dan bersolat. Aku teringatkan tentang bungkusan yang di berikan nina. Di dalamnya terdapat ubat demam dan sepucuk surat. Aku membuka surat itu dengan hati yang berdebar.’ Assalamualaikum. Maafkan nina kalau surat ini  buat mi tak selesa. Nina Cuma nak mintak kalau boleh mi telefon nina malam ni. Sebab ada sesuatu yang penting nina nak khabarkan untuk mi. kalau boleh la ek. Tiada paksaan. Oh ya, sebelum terlupa, ini nina sertakan sekali mi ubat demam. Semoga mi cepat sembuh dan ceria seperti sedia kala..sekian. nina menunggu panggian mi k.’ aku menyimpan kembali surat itu dan merenung tajam kearah ubat yang di berikan. Banyak perkara yang bermain didalam benak fikiran ku. Apakah sebabnya nina terlalu mengambil berat hal aku. Dan apakah yang ingin nina khabarkan kepada aku malam ini? Malam itu, selepas solat isyak, aku rasa segar kembali. Aku mencapai telefon dan mencari nama nina. Hatiku berbelah bagi sama ada hendak menelefon nina atau tidak. Kemudian aku terus menekan butang call  di telefon bimbitku mengharapkan segalanya terbaik buat aku dan dia. Tutt…tuttt..’ helo, ini nina ke?’ ‘ helo. Ya, ni nina. Telefon jugak mi kan. Ingatkan dah x nak telefon.’ ‘ maaf la ek. Lambat sikit. Tertido tadi. Sekarang ni baru rasa sihat sikit. Jadoi apa yang nina nak beritahu? Macam penting bunyinya.’ ‘ sebenarnya, nina da lama perhatikan mi. dari awal mula kita masuk kuliah, nina da perhatikan mi. sebenarnya, nina sukakan mi. mungkin terlalu awal tapi nina memang sukakan mi. terpulanglah mi nak fikir nina ni orang yang macammana tapi yang nina tau, nina suka mi.’ aku tercengang. Apakah ini kenyataan atau sekadar fantasi dan halusinasi akubat demam? Aku dalam reality. Nina sukakan aku. Aku amat gembira. ‘ nina, sebenarnya mi pun merasakan apa yang nina rasakan. Cuma mi tak berani nak luahkan. Sekarang ni nina da luahkan, mi tak payah buat apa-apa da la.kan?’ aku ketawa kecil dan tiba-tiba, nina meletakkan telefon. Aku cuba menelefonnya kembali namun tiada jawapan. Aku terus mencuba namun tidak berjaya. Aku hanya membiarkan sahaja. Menanti waktu menjawab segalanya.
***
                Keesokkan harinya, aku bertemu nina di kampus. Dia berwajah ceria.dia datang kepada aku. ‘ Mi, awak ok? Maaf pasal semalam ek. Saya….suka sangat.’ Aku tersenyum sendiri. Kini kami pasangan kekasih. Kemana sahaja pasti bersama. Belajar, bersukan, beli barang, pasti bersama.  Suatu hari, nina marah. Disebabkan orang lain dia dimarahi oleh pensyarah. Aku memujuk dia. Dia lapar. Selalunya dia yang belikan aku makanan kali ini biar aku yang tolong dia. Ketika aku hendak beredar, aku ternampak sudir mendekati nina. Dia cuba memujuk nina. Oleh kerana aku percayakan sudir, aku pedulikan saja. Sekembali aku dari membeli makanan, aku lihat nina dan sudir sudah tiada di situ. Puas aku mencari rupanya nina makan di café bersama sudir. Bergelak tawa. Aku pergi mendapatkan mereka. ‘Eh, mi. ingatkan mi pergi mana. Tak tahu pulak mi belikan makanan. Sudir ajak nina temankan dia makan.’ ‘ Tak pe nina. Asalkan nina kembali gembira, mi pun gembira juga.’ Aku lega yang nina sudah kebali gembira. Aku berterima kasih kepada sudir yang menolong aku memujuk nina. Beberapa hari kemudian, aku semakin sibuk menguruskan hal-hal assignment. banyak yang perlu di selesaikan. Tanpa aku sedari aku telah membelakangi nina. Sering kali dia mahu bercakap dengan aku. Di kampus, aku sibuk dengan pensyarah, menguruskan hal-hal tutorial. Pulang ke kolej, aku sibuk menyiapkan tugasan yang bertimbun. Malam aku tidur awal bersedia untuk hari esok. Kerap kali nina berasa hati dengan tingkah ku. Ako memohon maaf dan selesai masalah. Beginiah mungkin hubungan pasangan kekasih yang bahagia. Terkadang tergigit lidah.
***
                Suatu hari, aku keluar sendirian. Kertas dan dakwat pencetak aku sudah kehabisan. Dalam perjalanan pulang, aku berhenti minum di satu restoran. Panas matahari yang terik menghauskan aku. Setelah memesan minuman, bertapa terkejutnya aku apabila aku melihat sudir dan nina keluar bersama. Mereka masuk kedalam restoran dan memesan makanan bersama samba bergelak ketawa. Aku cuba menyorok, menghilangkan diriku dari pandangan mereka. Pada mulanya aku tidak mengesyaki apa-apa tetapi pabila sudir mula menunjukkan cincin kepada nina dan di sarungkan cincin itu pada jari manis nina, hatiku haancur berkecai. Apakah ini yang dibalasnya sebagai lambing cinta yang dia garapkan.? Inikah yang dikatakan sebagai sahabat sejati? Sahabat yang kau percaya selama ini menikam aku dari belakang. Aku cuba bertenang. Ketika aku lihat mereka meminta bil, aku tahan pelayan yang membawakan bil itu. Aku sendiri membawa bil itu kepada mereka. Tatkala aku sampai di meja itu, nina terkejut. Sudir mula menyembunyikan wajahnya. ‘ Mi, kau jangan salah paham k. Aku Cuma kuar makan biasa saja ngan nina.’ ‘ Maaf  ya cik. Bilnya sebanyak RM 21. Bilnya tak termasuk cincin di jari tu ya. Oh ya, kepada cik nina, saya mendapat pesanan dari cik azmi mengatakandia tidak perlukan sebarang penjelasan dari cik. Cik boleh bayar bil ini di depan ya. Terima kasih banyak nina.’ Aku meletakkan bil itu dan berlalu pergi. Nina mengikut aku keluar dan menahan aku. ‘ Mi, dengar dulu penjelasan nina.’ ‘ Apa yang perlu kau jelaskan nina. Dah jelas segalanya. Depan mata aku kau bersama sudir kawan rapat aku, bermesra. Kalau hatimu bersama dia, mengapa perlu aku merebut dirimu. Mungkin hubungan kita setakat disini sahaja. Kalau setia yang aku pinta kau tak dapat tunaikan, aku hanya mampu mendoakan kau bahagia sentiasa. Aku mohon kepada kau, tinggalkan aku dan lupakanlah aku selamanya.’ Aku berlalu pergi, meninggalkan nina sendirian menangis. Kali ini, aku tiada lagi untuk mengesat airmatamu nina. Buat sudir, jika sahabatmu yang selalu bersamamu kau sanggup berbuat begini, jika aku terus mengenalimi, pasti banyak lagi yang sanggup kau khianati aku. Biarkan persahabatan ini berakhir di sini. Aku rela membiarkan memori luka ini bersemadi. Aku menyesal kerana mengenalkan dia pada mu nina.kini aku tahu, tak perlu aku menagih cintamu andai hatimu bukan padaku. Izinkanlah aku pergi jauh membawa hati yang luka ini sendiri. Selamat tinggal nina. Selamat tinggal sayang…