Tuesday, February 22, 2011

dah kata da kan....

salam
hari ni aku rasa bengong yang amat. tau kenapa. sebab aku bodoh sangat pi cari info pasal sesuatu dan hasilnya aku dapat tau info tu dan aku yang rasa frust menonggeng sekarang. punya la lama aku amik mas anak betulkan balik fikiran aku ni, tapi skang da jadi macam ni balik, hadoih., perlu tenangkan diri secukupnya.

pagi tadi aku buat persuasive speech pasai kenapa anda tidak harus berikan 100% hati dan diri anda kepada sesuatu atau seseorang. aku cakap dalam aspek kengkawan, pekerjaan dan perhubungan. ni aku nak habaq dalam perhubungan. kalau anda dah jatuh cintan sangat kat seseorang, jangan sekali-kali berikan hati tu sepenuhnya kepada so call SI DIA sebab percayalah, seandainya berlaku apa-apa dan perpisahan yang menjada jalan putusnya, rasa macam mati lebih baik dari segalanya. percayala. kedua, jangan sekali-kali berikan kepercayaan dan mengambil sepenuhnya apa yang dikatakan oleh pasangan anda. contohnya, pasangan anda berkata bahawa dia tak dak orang lain, hanya anda dan anda dapat tahu perkara yang berbeza. jangan ppercaya seluruhnya. buat kajian sendiri kerana lambat laun, anda akan tahu siaapa sebenarnya yang ada di dalam hati pasangan anda tu. kekasih anda berkata dia sudah berpisah dengan kekasih lamanya, aku pasti bahawa itu tidak mungkin kerana pastinya mereka masih lagi akan berhubung dan kalau da gambaq balak lama dia ada dalam fon dia tu maknanya memang meleleh la kepala anda dengan air kuning. apa yang aku belajar adalah jangan letakkan sepenuh hati dan perasaan anda dalam sesuatu perkara kerana seandainya sesuatu yang tidak di ingini berlaku, hadoih.. tak tau nak habaq lagu mana keadaan minda anda. percayalah k .  sentiasa bbertindak rasional dan ingat apa yang dah di perkatakan ini.

Sunday, February 20, 2011

a long and hard 2 week

salam.
keletihan yang amat terasa., mau tidak nya, selama dua minggu lebih asyik tetiap hari dengan latihan drama ngan buat props. letih ya amat...sampai terlupa nak promote drama sendiri dalam blog.
inilah drama yang diperformkan oleh kelas aku. tengok la nama aku kat mana. haha.. ingat senang nak buat keja tu. sebenarnya bukan tu saja keja aku. banyak keja len aku kena. prop pun aku gak kena buat.( rreramai la makananya) dan ada la lagi benda len. letih yang amat tu fikirkan sendiri la. ngan replacement class, class, assignment, discussion, presentation. pergh., tapi tak pa. semuanya dah berakhir. pada 19 february hari tu, da selesai segalanya., kini tunggu nak final exam saja. kendian balik rumah, CUTI 6 BULAN.hahaha.mana nak cari cuti lama tu. mau kurang kecil la aku jadinya. apa-apa pun, banyak lagi kerja yang belum selesai, dramatizing, persuasive speech and so on. berbekalkan doa, harap dapat la harungi segalanya.hehe. x dak apa pun. hanya sekadar nak lepaskan stress je. banyak sangat keja..ok. takat ni dulu k...

Friday, February 11, 2011

oh sayang, aku cinta padamu...

salam
kini dah nak masuk da bulan february, dan sebenarnya dah masuk da pun. seperti biasa, hidup dilalui pada tahun 2011 ini dengan biasa. bila tengok kat dalam kalender, sebenarnya ada satu tarikh yang sepatutnya tak disambut oleh orang yang beragama islam dan ada dalam ic dia islam dan dalam surat beranak dia islam dan memang mak ayah dia mengislamkan dia dan dia yang memeluk agama islam tidak menyambutnya. 14 februari adalah tarik yang mana ada satu sambutan yang di sambut di seluruh dunia tetapi tidak boleh di sambut oleh orang islam. ramai yang kata
- ala, rilek la, bukan kita buat pemujaan pun, just  bagi bunga, bawak awek dating  jalan jalan. tu ja pun.
 -mana ada kami sambut valentine, kami sambut hari kekasih. sama macam kami sambut hari guru, hari ibu, hari ayah, dan lain-lain.

jadi, apakah sebenarnya yang membezakan hari valentine ngan hari sambutan yang lain? sama saja, kalau nak tahu, apa yyang membezakannya adalah pada nama hari itu sendiri, VALENTINE.

kisahnya, ada seorang paderi pada zaman dahulu yang bernama VALENTINE.  dia sangat aktif dalam menyampaikan dakyah kristian ke seluruh Rom sehinggalah pada suatu hari raja Rom, king Claudius 11 menangkap dan menyiksanya atas kesalahan tertentu. pada 14 februari ini, dia telah dijatuhkan hukuman mati  dan dia berkesempatan menghantar sepucuk surat kepada anak perempuan penjaganya. sejak kematiannya, paderi yang lain berasa amat sedih dan mahu melakukan satu penghargaan kepada valentine  yang suka akat cinta dan kasih sayang, lantas menjadikan 14 februari sebagai hari untuk berkasih sayang.

dalam kisah yang lain, dikatakan bahawa 14 februati adalah tarikh dimana kerajaan islam sepanyol telah kalah dalam peperangan dengan tentera kristian dan nama general kristian yang telah berjaya mengepalai tenteranya yang mengalahkan tentera islam itu adalah pedro st valentino. sebagai penghargaan diatas kejayaan yang di kecapi, mereka menjadikan 14 feb sebagai hari untuk mereka menyambut kekalahan tentera islam.

jadi, nampak sekarang, bagaimana permainan kristian ini untuk menjahanamkan islam. ada satu tazkirah yang saya dengar melalui member dan ustaz mengatakan, tentera kafir kini tidak mamou menyerang islam secara fizikal lagi seperti dulu kerana nisbah semangat tentera kafir adalah 4 orang tentera kafir bersamaan 1 orang tentera islam. itulah kuatnya semangat jihad tentera islam yang ditakuti oleh tentera kafir. jadi, cara untuk mereka menyerang islam adalah dengan menggunakan cara yang halus iaitu menyerang minda anak muda reemaja islam. itulah permainan mereka, dengan hiburan yang melampau, menjadikan kekayaan itu adalah satu yang perlu di kejar, fesyen dan sebagainya. namun, kita tak boleh salahkan mereka diatas hasutan itu kerana itu cara dan strategi untuk mereka melakukan dakyah mereka, yang harus dipersalahkan adalah diri sendiri. mengapa kita kurang cerdik untuk menapis dan pastikan yang mana betul dan yang mana salah. segalanya terletak di hati dan minda kita sendiri. hanya kita yang mampu dan layak untuk mengubah diri kita sendiri.

  ha King

Sunday, February 6, 2011

gadget -a- holic???

salam
haha, kali ni nak cakap tajuk gila gadjet atau pun dalam bahasa orang kampung aku gadjet-a-holic ( ada ka perkataan ni) macm biasa, kalau nak dibezakan lelaki ngan perempuan, memang banyak bezanya. kalau p ke shopping complex tu, boleh nampak bahagian mana yang laki ramai, bahagian mana perempuan ramai. bagi aku, benda yang aku suka sekali benda yang berkaitan dengan elektrik dan mudah alih. dalam ertikata yang lain, elektronik la. tak kisah la benda tu apa, handphone, kamera, walkie-talkie. blender., apa saja. tak kisah., dari mula aku terdedah dengan dunia elektronik ni, aku jadi gila handphone. banyak jugak handphone yang aku beli dan satu tabiat yang aku nampak ada dalam kalangan orang yang aku kenalk ni, suka tukar fon tapi tak suka trade-in phone. kesannya, belambak la fon kat umah, apa yang aku suka ni sebab kegunaan dia. contohnya, fon yang aku gunakan sekarang ini,
blackberry bold 9700
bukan apa pun sangat fon ni. tak mahal pun, kena pandai cari. berbalik pada apa yang nak dikatakan, kegunaan fon ni memang sesuai untuk orang yang agak kedekut macam aku dan selalu sensorang macam aku.( bajet loner la ni) . kegunaan dia untuk chatting, camera, web browsing, memang pembunuh masa betul la. kalau kena tunggu papa tu, bukak ja fon. setel. boleh sembang ngan sesapa. ada yang kata fon no mahal, cari ja, jumpa yang murah. tapi kena usaha sikit. tapi ada satu benda yang aku nak lama da. dari zaman dia tak popular sampai menjadi kegilaan ramai sekarang ni.

    
nikon d700 dslr camera





kalau dulu, semuanya guna film., tapi masa tu pun aku da meroyan da nak benda ni. mahal ya amat. yang ni baru mahal. kalau cari pun tak dapat yang murah.percaya la. merata da cari. paling murah boleh dapat tak kurang dari 6k.(rasanya la) memang payah.. tapi tak pa. masukan dalam wishlist.tunggu yya.....