Thursday, April 28, 2011

humang aih. gerammnyaaa...marahnyaaaa....!!!grrr

salam
ok, cool.chill.relax.tenang. amik nafas......lepassss

arghhhh,,,!!!!geramnyaa!!!!


ok. da boleh mula. sehari dua ni , pelik betul aku rasa. jadi nak marah ja sepanjang masa. kalau tak marah pun jadi nak bebai.bukan bebal.geram tak tentu pasal.entah mengapa. tapi aku tetap tahan.sebab ingatkan pesan mak aku yang memang aku pegang

    ' kalau kita marah kat seseorang atau sesuatu, fikir balik sebelum keluarkan rasa marah tu, apa punca kita marah, adakah benar-benar disebabkan orang atau benda itu? kita tak ada salah lansung ka? ataupun sebab kita marah tu sebab kita malas nak buat sesuatu? '

bila duduk sesaja, terfikirkan benda ni, betul jugak apa yang mak aku cakap tu. punca sebenaq yang kita rasa nak marah, geram, menyampah , meluat dan yang sama waktu denganyya ni sebenarnya sebab kita.contohnya:

contoh #1

             ' kamu ni apa , reti buat kerja ke x? semua tak kena ni. kalau tak mau kerja berhenti ja."
            
' pelik tul bos ni, semua benda tak kena. bukan aku tak siapkan kerja..huh."



 kita marah bila kerja, bos suka sangat marah kita, suka sangat kata kita salah. sedangkan kita fikir apa yang kita buat tu betul da

   kenyataan:
untuk pekerja adakah benar apa yang kita buat tu menepati apa yang bos kita nak? ikut prosedur x? hasilnya gempak x? atau ia sekadar memenuhi jangkaan kita ja? kalau bos marah tu maknanya ada benda yang tak kena. (kalau kes bos memang menyampah kat korang tu, memang tak dapat nak tolong la.)

untuk bos; adakah dengan cara marah ni buat pekerja lebih memahami apa yang kita nak? kita suruh depa buat keja, kita bagitau dak depa apa yang kita nak? apa sasaran kita? bagaimana cara nak buat? tak boleh nak marah terus depa sebab walaubagaimana pun ianya berkait ngan kita gak.( tapi kalau memang pekerja tu malas nak mati, tak dapek den nak nolong)

contoh #2

' yang hang pakai blackberry ni buat apa, da la susah nak taip, pakai htc lagi bagus.senang segala'


bertengkaq pulak dah....

kita marah sebab orang lain pakai benda lain dari kita. marah sebab apa orang tak nak ikut kita dalam satu benda ni.

kenyataan: sedarkah kita yang manusia ni berbeza. cuba bayangkan kalau dalam satu dunia ni semua manusia sama, semua pakai baju yang sama, henpon yang sama, bentuk rumah yang sama. tak ka bosan semua tu. dalam kes di atas, kita dok kata pakai blackberry susah nak taip, sedar tak yang susah tu mungkin bagi kita ja.orang yang da lama pakai tak ada masalah pun. kita kena tau, yang kita semua tak sama. ada orang ada kemahiran lebih dari orang lain., tak kurang jugak yang kurang dari yang lain.

contoh #3

                   ' eh, budak ni da saipa? aku tak mau kat dia. tak paham paham lagi ka? menyampah aku'



kita marah sebab ada orang suka sangat kat kita, tapi kita tak mau pun kat dia

kenyataan: adakah kita cakap terus terang dengan orang tu yang kita tak mau dia? tahu tak yang kelakuan kita yang nak 'menjaga hati' tu sebenarnya mengaburi mata orang yang minat kat kita tu. kita hanya bagi hint saja yang tak mau, jadi wujud kekeliruan. 



kesimpulannya, bersimpul-simpul. kalau nak marah pun, cuba fikir balik.. betul ka kesalahan atau punca yang menyebabkan boleh jadi nak  marah tu tak ada kita sebagai penyebabnya???jangan lupa jugak kaji balik, adakah kita bagi penjelasan yang sejelas jelasnya.




  

Monday, April 25, 2011

life simplified

salam
kali ni ada benda yang nak di kongsi bersama. ingat nak tulis tapi kebetulan ada member ada post pasal klip ni. it explaining about how a relationship usually happen. believe me, it is true.  hope you guys enjoy the clip.




just as an exhibit. take your lesson. do repair yourselves.


Friday, April 22, 2011

ada lagi kah yang macam ni?

salam..

hari ni, tak banyak benda yang nak cakap. hanya ada satu cerpen yang di tulis oleh member. agak menarik. ada lagi ka wanita yang sebegini?


Pengorbanan Seorang Isteri 

   Nurmemerhatikan jam didinding, sudah dekat pukul 12.00 malam,argh.. Dia lambat lagi malam ini. Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnya malam ini.   2.00 pagi. "Nura, Nura bangun sayang". Hilmi mengejutkan isterinya. "Eh! abang dah balik, maaf Nura tertidur, abang nak makan?" tanya Nura. "Tak per lah abang dah makan tadi, Jomlah kita tidur di atas". Jawapan yang cukup mengecewakan Nura.   "Arrggh rindunya Nura pada abang, rindu nak makan semeja dengan abang, abang tak nak tengok ker apa Nura masak hari ni, ikan cencaru sumbat kesukaan abang," luah Nura dalam hati.   "Abang naiklah dulu Nura nak simpan lauk dalam peti ais dulu", Pinta Nura sambil menuju ke dapur. Gugur air mata isterinya menyimpan Kembali lauk-lauk yang langsung tidak dijamah suami tercinta kecil Hatinya sedih perasaannya. Nura ambil dua keping roti sapu jem dan makan untuk mengalas perut kerana dia sememangnya lapar, tapi selera makannya terbunuh dengan situasi itu. Nura menghirup milo panas sedalam-dalamnya dan akhirnya masuk bilik air gosok gigi dan terus menuju ke bilik tidur. Sekali lagi terguris hati seorang isteri apabila melihatkan suaminya telah terlelap.   "Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam tanpa kucupan mesra, tanpa belaian dan tanpa kata-kata kasih abang pada Nura", bisik hati kecilnya.   "Aargghh rindunya Nura pada abang. "Nura rindu nak peluk abang, Nura nak kucup abang, Nura rindu abang".   Selesai solat subuh, Nura panjatkan doa semoga dia sentiasa beroleh bahagia, dipanjangkan jodohnya dengan Hilmi tercinta, diberi kesihatan yang baik dan paling panjang dan kusyuk dia berdoa semoga Allah Berikan kekuatan untuk menempuh segala badai. Selesai menjalankan amanat itu, Nura kejutkan Hilmi, manakala dia bingkas menuju ke dapur menyediakan sarapan buat suami tersayang. Nura keluarkan ayam dan sayur dan mula menumis bawang untuk menggoreng mee.   "Assalamualaikum", sapa Hilmi yang sudah siap berpakaian untuk Ke pejabat.   "Waalaikumsalam, sayang". Nura cuba bermanja sambil menambah, "abang nak kopi atau teh?" Nura tetap kecewa apabila Hilmi hanya meminta air sejuk sahaja, dia ada 'presentation' dan hendak cepat, mee goreng pun hanya dijamah sekadar menjaga hati Nura dan tergesa-gesa keluar dari rumah. Nura menghantar pemergian suami hingga ke muka pintu.   "Abang, Nura belum cium tangan abang, abang belum kucup dahi Nura", kata Nura selepas kereta itu meluncur pergi. "Arrghh rindunya Nura pada abang....... ."
   -----------------------------------------------------------------------   
"Mi, semalam pukul berapa kau balik?" tanya Zikri.   "Dekat pukul 2.00 pagi". Jawab Hilmi acuh tak acuh. "Wow dasyat kau, kalah kami yang bujang ni, woi semalam malam Jumaat ler, kesian bini kau". Zikri bergurau nakal.   "Apa nak buat, lepas aku siapkan plan tu, aku ikut Saiful dan Nazim pergi makan dan borak-borak, sedar-sedar dah pukul 2.00", aku balik pun bini aku dah tidur. "Balas Hilmi.   "Sorrylah aku tanya, sejak akhir-akhir kau sengaja jer cari alasan balik lewat, hujung minggu pun kau sibuk ajak member lain pergi fishing, kau ada masalah dengan Nura ke?". Zikri cuba bertanya sahabat yang cukup dikenali sejak dari sekolah menengah, sampai ke universiti malah sekarang bekerja sebumbung.   "Entahlah Zek, aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir aku rasa malas nak balik rumah, bukan aku bencikan Nura, kami tak bergaduh tapi entahlah", terang Hilmi.   "Well, aku rasa aku perlu dengar penjelasan lebar kau, aku nak dengar semuanya, tapi bukan sekarang. Lepas kerja jom kita keluar ok?". Usul Zikri. "Ok." Ringkas jawapan Hilmi sambil menyambung kembali merenung plan bangunan yang sedang direkanya.  
 ----------------------------------------------------------------------- 
  Nura membuka kembali album kenangan itu. Tersenyum dia bila melihatkan saat manis dia diijab kabulkan dengan Hilmi. Majlis ringkas, hanya dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat. Maklumlah yatim piatu, kenduri ini pun mujur sangat kakak sulungnya sudi mengendalikan. Saat-saat sebegini Nura teringat kembali alangkah indahnya sekiranya ibunya masih ada, akan diluahkan segalanya pada ibu tetapi sekarang, dia tidak punya sesiapa. Nura menangis sepuas hatinya.   5 tahun menjadi suri Hilmi, bukan satu tempoh yang pendek. Nura bahagia sangat dengan Hilmi, cuma sejak akhir-akhir ini kebahagiaan itu makin menjauh.Nura sedar perubahan itu, dan dia tidak salahkan Hilmi. Makin laju air matanya mengalir.   "Abang sanggup menerima Nura, abang tidak menyesal?". tanya Nura 5 tahun yang lepas.   "Abang cintakan Nura setulus hati abang, abang sanggup dan Insya-Allah abang akan bahagiakan Nura dan akan abang tumpahkan sepenuh kasih saying buat Nura,"janji Hilmi.   "Walaupun kita tidak berpeluang menimang zuriat sendiri?". Tanya Nura lagi.   "Syyy... doktor pun manusia macam kita, yang menentukan Allah, Insya-Allah abang yakin sangat kita akan ada zuriat sendiri", Hilmi meyakinkan Nura.   Nura masih ingat saat itu, apabila dia menerangkan pada Hilmi dia mungkin tidak boleh mengandung kerana sebahagian rahimnya telah dibuang kerana ada ketumbuhan. Harapan untuk mengandung hanya 10-20 peratus sahaja. Tapi Hilmi yakin Nura mampu memberikannya zuriat. Tapi, itu suatu masa dahulu, selepas 5 tahun, Nura tidak disalahkan Hilmi sekiranya dia sudah mengalah danterkilan kerana Nura masih belum mampu memberikannya zuriat. Walaupun Nura sudah selesai menjalani pembedahan untuk membetulkan kembali kedudukan rahimnya dan mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional. Arrghh rindunya Nura pada abang.     "Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek, sebenarnya aku tidak salahkan Nura, dia tidak minta semuanya berlaku, isteri mana yang tidak Mahu mengandungkan anak dari benih suaminya yang halal, tapi..." ayat Hilmi terhenti disitu. "Tetapi kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up?", Celah Zikri.   “Bukan macam tu, aku kesian dengan dia sebenarnya,duduk rumah saja,sunyi, tapi sejak akhir-akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah, aku rasa simpati pada dia, tetapi kadang-kadang perasaan aku bertukar sebaliknya", terang Hilmi.   "Maksudnya kau menyesal dan menyalahkan dia?", tingkas Zikri.   "Entahlah Zek, aku tak kata aku menyesal, sebab aku yang pilih dia, aku tahu perkara ni akan berlaku, cuma mungkin aku terlalu berharap, Dan akhirnya aku kecewa sendiri. Dan aku tidak mahu menyalahkan Nura sebab itulah aku cuba mengelakkan kebosanan ini, dan elakkan bersama-samanya macam dulu kerana aku akan simpati aku pada dia akan bertukar Menjadi perbalahan", Jelas Hilmi.     "Dan kau puas hati dengan melarikan diri dari dia?", kata Zikri tidak berpuas hati dan menambah, "apa kata korang ambil saja anak angkat?"   "Anak angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek, kau tak faham. Aku harapkan zuriat sendiri dan dalam masa yang sama aku tahu dia tak mampu, ibu dan kakak-kakak aku pun dah bising, mereka suruh aku kawin lagi, tapi aku tak sanggup melukakan hati dia Zek. Aku tak sanggup", Ujar Hilmi.  
 ---------------------------------------------------------------------   
Nura masih menanti, selalunya hujung minggu mereka akan terisi Dengan pergi berjalan-jalan, membeli belah, atau setidak-tidaknya mengunjungi rumah saudara mara ataumenjenguk orang tua Hilmi dikampung. Kini dah hampir 5 bulan mereka tidak menjenguk mertua dia. Dia sayangkan mertua dan iparnya yang lain macam saudara sendiri. Dia tidak punya ibu, maka dengan itu seluruh kasih sayang seorang anak dicurahkan kepada kedua mertuanya. Sebolehnya setiap kali menjenguk mertua atau kakak-kakak iparnya dia akan bawakan buah tangan untuk mereka, biasanya dia akan menjahit baju untuk mereka, itulah yang selalu dibuat untuk menggembirakan hati mertuanya, maklumlah dia punya masa yang cukup banyak untuk menjahit.   Selalunya juga dia akan buatkan kek atau biskut untuk dibawa Pulang ke kampung suami tersayangnya. Dan mereka akan gembira sekali untuk pulang ke kampung, tapi kini... aarghh rindunya Nura pada abang.   Nura tahu Hilmi pergi memancing sebab dia bawa bersama segala peralatan memancing, dan hari ini sekali lagi Nura menjadi penghuni setia rumah ini bersama setianya kasihnya kepada Hilmi. Nura masih tidak menaruh syak pada Hilmi, dia masih cuba memasak sesuatu yang istemewa untuk Hilmi bila dia pulang malam nanti, tapi Nura takut dia kecewa lagi.   Arghh tak apalah,demi suami tercinta. Aaarggh Rindunya Nura pada abang.     "So you dah tahu i dah kawin, tapi you masih sudi berkawan dengan I kenapa? Adakah kerana simpati atau ikhlas?" tanya Hilmi pada Zati yang dikenali dua minggu lepas semasa mengikut teman-teman pergi memancing.   Sejak itu Zati menjadi teman makan tengaharinya, malah kadang teman makan malamnya.   "I ikhlas Hilmi, dan I tak kisah kalau jadi yang kedua, I dah Mula sayangkan you". Zati berterus terang. Lega hati Hilmi, tapi Nura?     "Abang Nura tak berapa sihatlah bang rasa macam nak demam saja," Adu Nura pagi tu, sebelum Hilmi ke pejabat.   "Ye ker? Ambil duit ni, nanti Nura call teksi dan pergilah klinik ye, abang tak boleh hantar Nura ni." jawapan Hilmi yang betul-betul Membuatkan Nura mengalirkan air mata. Tidak seperti dulu-dulu, kalau Nura sakit demam Hilmi sanggup mengambil cuti, bersama-sama menemani Nura. Arrgg rindunya Nura pada abang.   Disebabkan Nura terlalu sedih dan kecewa, dia mengambil keputusan tidak mahu ke klinik selepas makan dua bijik panadol, dia terus berbaring.   Sehingga ke petang, badan dia semakin panas dan kadang terasa amat sejuk, kepalanya berdenyut-denyut. Nura menangis lagi. Malam tu, seperti biasa Hilmi pulang lewat setelah menemani Zati ke majlis harijadi kawannya. Nura masih setia menunggu dan dia rasa kali ini dia ingin luahkan segala perasaan rindu dan sayangnya pada Hilmi. Tak sanggup lagi dia menanggung rindu yang amat sarat ini, rindu pada manusia yang ada didepan mata setiap hari. Aargh rindunya Nura pada abang.   Apabila Hilmi selesai mandi dan tukar pakaian, Nura bersedia Untuk membuka mulut, ingin diluahkan segalanya rasa rindu itu, dia rasa sakit demam yang dia tanggung sekarang ini akibat dari memendam rasa rindu yang amat sangat.   "Abang, Nura nak cakap sikit boleh?" Nura memohon keizinan seperti kelazimannya.   "Nura, dah lewat sangat esok sajalah, abang letih," bantah Hilmi. "Tapi esok pun abang sibuk jugak, abang tak ada masa, dan abang Akan balik lambat, Nura tak berpeluang abang". ujar Nura dengan lembut.   "Eh.. dah pandai menjawab,"perli Hilmi.   Meleleh air mata Nura, dan Hilmi rasa bersalah dan bertanya apa Yang Nura nak bincangkan.   "Kenapa abang terlalu dingin dengan Nura sejak akhir-akhir ni? Tanya Nura.   "Nura, abang sibuk kerja cari duit, dengan duit tu, dapatlah kita bayar duit rumah, duit kereta, belanja rumah dan sebagainya faham?" Hilmi beralasan.   Nura agak terkejut, selama ini Hilmi tak pernah bercakap kasar Dengan dia, dan dia terus bertanya, "dulu Abang tak macam ni, masih ada masa untuk Nura, tapi sekarang?" Ujar Nura.   "Sudahlah Nura abang dah bosan, pening, jangan tambahkan perkara yang menyesakkan dada", bantah Hilmi lagi.   "Sampai hati abang, abaikan Nura, Nura sedar siapa Nura, Nura tak mampu berikan zuriat untuk abang dan abang bosan kerana rumah kita kosong, tiada suara tangis anak-anak bukan? Dan Nura terus bercakap dengan sedu edan.   "Sudahlah Nura abang dah bosan, jangan cakap pasal tu lagi abang tak suka. Bosan betul..."   Pagi tu, Hilmi keluar rumah tanpa sarapan, tanpa bertemu Nura dan tanpa suara pun. Nura makin rindu pada suaminya, demamnya pula kian menjadi-jadi. Malam tu Hilmi terus tidak pulang ke rumah, Nura menjadi risau, telefon bimbit dimatikan, Nura risau, dia tahu dia bersalah, akan dia memohon ampun dan maaf dari Hilmi bila dia kembali. Nura masih menanti, namun hanya hari ketiga baru Hilmi muncul dan Nura terus memohon ampun dan maaf dan hulurkan tangan tetapi Hilmi hanya hulurkan acuh tak acuh sahaja. Nura kecil hati dan meminta Hilmi pulang malam nanti kerana dia ingin makan bersama Hilmi. Hilmi sekadar mengangguk. Tetapi malam tu Nura kecewa lagi. Hilmi pulang lewat malam. Demam Nura pulak makin teruk, dan esoknya tanpa ditemani Hilmi dia ke klinik, sebab sudah tidak tahan lagi.     Abang pulanglah abang, pulanglah Nura ingin beritahu perkhabaran ini, pulang abang, doa Nura. Nura kecewa tapi masih menanti, bila masuk hari ketiga dia sudah tidak sabar lagi, dia menelefon ke pejabat. Dan telefon itu disambut oleh Zikri.   "Syukurlah Nura kau telefon aku, ada perkara aku nak cakap ni, Boleh aku jumpa kau?", tanya Zikri   "Eh tak bolehlah aku ni kan isteri orang, mana boleh jumpa kau tanpa izin suami aku,berdosa tau", tolak Nura.   Pilunya hati Zikri mendengar pengakuan Nura itu.Setianya kau perempuan, bisik hatinya.   "Oklah kalau macam tu, aku pergi rumah kau, aku pergi dengan mak aku, boleh?" pinta Zikri   "Ok, kalau macam tu tak apalah, aku pun dah lama tak jumpa mak kau, last sekali masa konvo kita 6 tahun lepas kan ?" setuju Nura. 
  -----------------------------------------------------------------------  
 "Eh kenapa pucat semacam ni? tegur Mak Siti. Nura hanya tersenyum penuh makna, dan membisik, "Allah makbulkan doa saya mak cik". Pilu hati Mak Siti dan betapa dia sedar betapa Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia lakukan.   Segera Mak Siti mendapat Zikri di ruang tamu dan khabarkan Berita itu. Zikri serba salah.   "Nura, aku anggap kau macam saudara aku, aku tak tahu macam mana Nak mulakan, aku harap kau tabah dan tenang, sebenarnya Hilmi dalam Proses untuk berkahwin lagi satu, dan aku sayangkan korang macam Saudara sendiri, dan aku tak sanggup rumah tangga korang musnah macam ni, kau tanyalah dengan Hilmi dan bincanglah, cubalah selamatkan rumah tangga korang." terang Zikri.   Nura menangis semahunya dibahu Mak Siti, rasa hampir luruh Jantung mendengarkan penjelasan itu. Patutlah selalu tidak balik rumah. Berita gembira yang diterima pagi tadi, sudah tidak bermakna. Nura menantikan Hilmi sehingga ke pagi, namun dia masih gagal.   Dua hari kemudian Hilmi pulang dan sibuk mengambil beberapa Pakaian penting, dan masa ini Nura bertekad untuk bertanya.   "Ya betul apa yang Nura dengar tu, dan kami akan langsungkan jugak, dan abang takkan lepaskan Nura, itu janji abang, mak ayah pun dah tahu dan mereka tak kisah asalkan abang tidak lepaskan Nura, kerana mereka juga sayangkan Nura, dan Nura kena faham abang inginkan zuriat sendiri, walau apa pun persiapan sedang dibuat, abang janji takkan abaikan Nura." Janji Hilmi.   Nura sayu mendengar, dan bagaikan kelu lidahnya untuk berkata-kata. Dan segala perkhabaran gembira itu terbunuh menjadi khabar duka. Nura terlalu kecewa.  
 ---------------------------------------------------------------------- 
  Hilmi masih menanti diluar, rasa amat bersalah bersarang dikepala, sejak dihubungi Zikri, dia bergegas ke hospital apabila dimaklumkan Nura pengsan dan mengalami pendarahan. Doktor dan jururawat keluar masuk. Dia masih resah.   "Insya-Allah En. Hilmi, dua-dua selamat". terang doktor pada Hilmi.   "Dua-dua apa maksud doktor? tanya Hilmi   "Dua-dua ibu dan baby dalam kandungan tu, tapi dia kena banyak Berehat kerana rahimnya tidak begitu kukuh, saya takut banyak bergerak Akan menyebabkan berlaku keguguran, tapi kami dah mulakan injection Untuk kuatkan paru-paru baby dan jahitkan rahim dia dan bersedia untuk early delivery dalam kes macam ni," terang doktor.   "Ya Allah Nura mengandung, Ya Allah berdosanya aku pada Nura", kesal Hilmi.   Malu rasanya untuk menatap muka Nura.   "Kenapa Nura tak bagi tahu abang yang Nura mengandung? kesal Hilmi.   "Nura memang nak bagitau abang tapi, bila abang cakap abang Sudah bertunang dan akan berkahwin dengan perempuan Nura tak sampai hati bang, Nura tak sanggup abang malu dan keluarga abang malu." Jelas Nura.   "Nura sebenarnya, abang belum bertunang dengan budak tu, abang Cuma sekadar berkawan sahaja. Belum pernah abang bincangkan soal kawin lagi, dan abang tak sanggup nak teruskan hubungan tu lagi kerana abang akan jadi ayah tidak ama lagi." janji Hilmi.   Kesal kerana mengabaikan Nura yang mengandung itu, membuatkan Nura risau dan akhirnya pitam dihalaman rumah, mujurlah ada jiran nampak Dan membawa kehopital, dan mujur jugak Nura pengsan dihalaman, dapat dilihat orang. 
  -----------------------------------------------------------------------   
"Mama kenapa mama buat tu, biarlah mak yang buat,"marah Hilmi bila melihatkan Nura cuba menyapu lantai. Sejak keluar hospital hari tu, mertua dia meminta supaya Nura tinggal saja dirumah sehingga bersalin kerana dia memang tidak dibenarkan doktor melakukan sebarang kerja, bimbang keguguran kerana rahimnya tidak kuat.   "Ala Papa ni, biarlah mama buat sikit sajalah."balas Nura. Itulah panggilan manja mereka sekarang ni.   Dengan pengawasan rapi doktor, yang setiap dua tiga sekali akan melakukan pemeriksaan, dan bila usia kandungan mencecah 6 bulan, doctor mengarahkan supaya Nura hanya berehat dihospital, supaya senang mengawasi Nura dan andainya apa-apa berlaku Nura akan terus dibedah untuk menyelamatkan nyawanya dan bayi yang dikandung. Setiap hari Nura akan dilawati oleh Hilmi. Nura amat bahagia, ternyata bayi yang dikandung membawa sinar, amat berharga kehadiran dia nanti, sebab itulah Nura sanggup tinggal di hospital, sanggup menelan berjenis ubat, sanggup disuntik apa saja semuanya demi bayi itu.   Kandungan sudah di penghujung 7 bulan, Nura amat bahagia merasakan gerakan-gerakan manja bayi yang dikandungnya. Setaip tendangan bayi dirasakan amat membahagiakan. Doktor makin teliti menjaga Nura, kerana bimbang berlaku pertumpahan darah, dan akhirnya apa yang dibimbangi para doktor menjadi nyata apabila Nura mengalami pertumpahan darah Yang serius, lantas terus dia ditolak ke dalam bilik bedah dalam masa beberapa minit sahaja. Hilmi tiba bersama ibu dan ayahnya, dia panik sekali, namun cuba ditenangkan oleh kedua orang tuanya. Hampir 1 jam berlalu, apakah khabarnya Nura di dalam sana . Hilmi makin risau, setengah jam kemudian doctor keluar.   Hilmi meluru "doktor bagaimana isteri saya ?", Hilmi terus bertanya.   "Sabar, kami telah cuba sedaya upaya, tahniah anak encik selamat, encik dapat anak perempuan, seberat 2.1 kilogram, dan kini kami cuba Sedaya upaya untuk selamatkan Puan Nura Ain." terang doktor.   "Apa maksud doktor? Tanya Hilmi yang sudah tidak sabar.   "Begini, dia kehilangan banyak darah, kami cuba sedaya upaya menggantikan darahnya yang keluar itu, dan masih berusaha, namun rahimnya terus berdarah dan kami mohon kebenaran untuk membuang terus rahimnya demi menyelamatkan nyawanya." Jelas doktor.   "Buatlah doktor, saya izinkan asalkan isteri saya selamat."     Errrmmm... lekanya dia sampai terlena." tegur Hilmi sambil membelai dan mengusap kepala Nur Syuhadah yang terlena akibat kenyang selepas menyusu dengan Nura. Nura hanya tersenyum. Hari ni genap seminggu usia Syuhadah. Nura Ain masih lemah akibat kehilangan banyak darah. Namun dikuatkan semangat demi Nur Syuhadah buah hatinya. Dia mencium sepenuh kasih saying pipi comel anaknya itu. Dia membelai sayu wajah comel itu. Entah kenapa dia rasa seperti terlalu sayu hari itu, hatinya terlalu sepi, semalam dia mimpikan arwah ibunya, datang menjenguk dia dan Syuhadah, tanpa suara, ibunya hanya tersenyum. Dan akhirnya berlalu begitu sahaja.   Hari ini Nura menjadi seorang perindu, ia rindukan ibunya, dan diceritakan perkara itu pada Hilmi.   "Mungkin mak Nura datang tengok cucu dia, dan dia amat gembira", pujuk Hilmi menenangkan Nura. "Abang... tolong Nura bang!!" laung Nura dari bilik air.   "Ya Allah Nura kenapa ni? Hilmi ketakutan.   "Mak... tolong mak... makkkkkkkkkkk" Hilmi menjerit memanggil emaknya didapur.   "Cepat, bawak pergi hospital, cepat Hilmi" perintah Mak Zaharah.    
 -----------------------------------------------------------------------  
 "Maaf dia tidak dapat kami selamatkan, terlalu banyak darah yang keluar, dan kami tak sempat berbuat apa-apa, dia terlalu lemah dan Akhirnya dia dijemputNya", terang doktor. Terduduk Hilmi mendengarkan hal itu.   Jenazah selamat dikebumikan. Syuhadah seakan mengerti yang dia sudah tidak akan menikmati titisan-titisan susu Nura Ain lagi. Syuhadah menangis seolah-olah ingin memberitahu dunia yang dia perlukan seorang ibu, seorang ibu yang bersusah payah, bersabung nyawa demi untuk melihat kelahirannya. Demi membahagiakan papanya, demi membahagiakan neneknya. Syuhadah terus menangis seolah-olah tidak rela dia dipisahkan dengan ibunya hanya bersamanya untuk sekejap cuma. Semua yang hadir kelihatan mengesat mata, tidak sanggup mendengar tangisan bayi kecil itu. Semua terpaku dan terharu, Hilmi mendukung Syuhadah dan memujuk bayi kecil itu, akhirnya dia terlelap didakapan papanya.     Abang yang Nura rindui,   Abang maafkan Nura kerana selama ini tidak mampu menjadi isteri yang terbaik buat abang. Saat abang membaca surat ini, mungkin Nura sudah jauh meninggalkan abang, Nura tak harapkan Nura akan selamat melahirkan anak ini, tapi Nura harap bayi akan selamat walau apa yang terjadi pada Nura. Itu harapan Nura bang. Nura masih ingat, rumah tangga kita hampir runtuh kerana Nura tidak mampu memberikan zuriat buat abang, tapi bang, kali ni doa Nura dimakbulkan, dan untuk itu, biarlah Nura menanggung segala kapayahan demi zuriat ini bang. Saat Nura menulis surat ini, Nura masih lagi menjadi penghuni setia katil hospital ini. Baby kita makin nakal bergerak bang, tapi Nura bahagia merasa tiap tendangan dia abang, Nura bahagia, cukuplah saat manis ini Nura dan dia.   Nura rasakan setiap pergerakannya amat bermakna, dan andainya ditakdirkan Nura hanya ditakdirkan untuk bahagia bersama dia hanya dalam kandungan sahaja Nura redha bang. Siapalah Nura untuk menolak ketentuanNya. Nura tak mampu abang. Cukup bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah makbulkan doa Nura untuk mengandungkan zuriat dari benih abang yang Nura cintai dan kasihi selamanya. Nura redha sekiranya selepas ini walau apa terjadi, Nura redha, kerana Allah telah memberikan Nura sesuatu yang cukup istemewa, dan andainya maut memisahkan kita Nura harap abang redha sebagaimana Nura redha.   Syukurlah sekurang-kurang Allah berikan nikmat kepada Nura untuk merasai nikmatnya menjadi seorang ibu walau cuma seketika. Andai Apa yang Nura takutkan terjadi, dan bayi ini dapat diselamatkan Nura harap abang akan jaganya dengan penuh kasih sayang. Nura harap abang jangan biarkan hidupnya tanpa seorang ibu. Cuma satu Nura harapkan dia akan mendapat seorang ibu yang mampu menjaga seorang anak yatim dengan baik dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Seumur hayat Nura, Nura tak pernah meminta sesuatu dari abang, dan kini inilah permintaan Nura, janjilah anak ini akan mendapat seorang ibu yang penyayang.   Abang yang Nura rindui...   Dulu sewaktu rumah tangga kita dilandai badai, Nura ingin sangat ucapkan kata-kata ini pada abang, tapi Nura tak berkesempatan, dan Walaupun kini Nura tiada lagi, tapi Nura nak abang tahu yang...   Nura rindukan abang...... Nura rindu sangat dengan abang..... Rindu bang... rindu sangat....   Sekian,   Ikhlas dari nurani isterimu   Nura Ain Bt. Abdullah   Hilmi melipat kembali surat itu, yang telah dibaca berulang kali dan kini dia amat rindukan Nura Ain... dan kini barulah dia sedar betapa berharga sebuah kerinduan itu..... Nura.... abang juga rindukanmu sayang.. bisik hati Hilmi.
,

kalau la masih ada yang macam nura, alangkah bahagianya hidup,,




Wednesday, April 20, 2011

orang utara cakap kuat?

salam

lama la aku tak update  blog ni. asyik balik lambat ja keja, apa kan daya...haha. (ok, itu lame). apa pun, bukan nak kata aku da nampak dunia tapi aku ada terperasan satu benda dan sebab aku terperasan benda ni bukan sebab aku kuat perasan, tapi masa ekspidisi jenjalan pusing kawasan ni, di sampuk pulak dengan kenangan masa di shah alam dulu. tengok tajuk pun da paham. bukan semua tapi kebanyakannya memang orang belah utara ni cakap kuat. kawan duduk sebelah, tak sampai 1 meter pun, cakap macam kawan dok 20 meter dari dia. selalu nampak kat warung. saja la dok lelepak ngan kengkawan  yang da lama tak jumpa. bila da lama sembang, baru perasan, kami cakap kuat. haha. lain pulak aku tengok member di belah selatan tu. ada ja yang cakap kuat tapi tak sekuat orang utara. mungkin sebab makan nasi banyak kot, jadi volume kotak suara tu tertinggi la plak. itula satu perbezaan dan satu identiti kalau nak cam seseorang tu orang utara ka x.

macam cakap guna hailer pun ada..ahaha

itu yang pertama . yang ke dua pulak, bahasa yang digunakan pun memang jauh lebih BRUTAL berbanding ngan loghat negeri lain. contohnya:

negeri lain                           ;               utara

aku pukul ko kang               :  aku ghimbok suku nyawa 
pukul lipas sampai mati        : katok lipas sampai mampoih
manis gila air ni                    : manih nak mampoih ayaq ni / manih melecaih
pahit gila ubat ni                  : ubat ni pait bedengung
pedasnyer sambal ni            : pedaih tenganga sambai ni

ni la antara loghat dan bezanya. nampak kan bezanya. tapi walaubagaimana pun, aku tak penah rasa malu nak gunakan loghat utara dan nak cakap kuat ( kalau bukan situasi formal la) sebab aku rasa benda ni semua la yang menjadikan hidup kita ni lebih seronok. cuba bayangkan kalau satu malaysia ni cakap loghat yang sama, sumpah bosan.

thumbs up kepada yang kekalkan identiti sendiri....!!!
 jadi saja la nak nasihat kat sini, yang mana orang utara tu, yang nak berhijrah ke memana pun, kekalkan la loghat kita. orang negeri lain punya nak belajaq loghat kita, . bangga ngan apa yang kita ada. tak payah la nak tukaq loghat tu., cuma adaptasikan supaya semua orang paham. nanti kalau dok pulun cakap loghat utara semua sampai orang tak paham jadi salah paham pulak kan..apa pun, macam lagu mantera beradu, 
   'kita ada keris, musuh ada pistol, tradisi kekalkan , adaptasi harus betul'





Sunday, April 17, 2011

abang skema...???!!!

salam

budak skema???


ok. sekarang, aku dalam kecelaruan..aku skema?  terkejut jugak aku bila ada orang kata aku skema.kalau sorang aku tak berapa nak kisah sangat, ni agak ramai la jugak. aku cuba cari definisi skema tu. yang aku jumpa, selain dari aturan, kalau untuk manusia, golongan yang skema ni adalah mereka yang selalu ikut peraturam, disiplin dan tidak terlalu menonjol. tapi, ada pulak yang mentafsirkan skema ni dalam bentuk sms. guna bahasa yang bukan orang sekarang guna.(katanya lah). aku tak tau apa sebenarnya cara bergaul remaja kini sebab aku jarang sket bergaul. member aku pun 2x5 ja ngan aku. kami ok ja. tak ada masalah. ada yang kata pulak sikap pushy ni. yang ni aku da sdar da, memang teramat la aku ni. tapi apa yang buat aku pelik ni, pasal skema tu. adakah dalam nak memudahkan pemahaman dan cuba nak ringkaskan sesuatu menjadikan seseorang tu skema? contohnya ayat ni la. da kata skema da. kepada anda di luar sana, maaf la ek, saya memang suka menulis gini, nak tau saya cmna, mai cakap ngan saya, baru ada beza sket,

namun, nampaknya casual life  menjadi idaman. nak try la kaji sket pasal what so called casual life  ni.  kalau tengok dalam wikihow,  ada beberapa cara nak jadi casual ni.
casual life???



  1. Listen to your friends, no one likes someone who just walks away. Taking time for casual conversation is a good way to lose some of the intenseness of life.
  2. 2
    Breathe slowly and try to relax. Hum a lighthearted tune and slow down a bit. Unless there is an emergency issue you must deal with immediately, take it easy when you feel the urge to.
  3. 3
    Try not to worry about small details, learn how to go with the flow of things. Many times, you may find out that little details take care of themselves, or often are of no consequence.
  4. 4
    Be confident and cool! Hold your head up and smile. This can project an air to others that may compensate for what they could perceive as a lack of concern for your demeanor or appearance. Some people actually look less presentable, even when perfectly attired, than do people whose persona radiates personal integrity regardless of how they dress.
  5. 5
    Be comfortable with yourself. This means avoiding taking yourself too seriously, avoiding situations outside your comfort zone, and avoiding placing yourself as the center of attention or controversy.
  6. 6
    Dress comfortably, but well. Take advantage of casual days at work, or time out of school or other social responsibilities to dress down. Some people may judge you if you dress like a slob, so try to find a balance between comfort and presentable-ness

bila aku tengok balik, lebih kurang ngan aku ja . mungkin dalam soal texting kot aku jadi formal. ataupun orang tu memang tak suka aku, makanya ada saja la benda yang dia tak suka...mungkin jugak tu...hmmm




Saturday, April 16, 2011

INI UNTUK DIA

ini...hmmm..entahla

Friday, April 15, 2011

amakumu amamatmat bomosanman.

salam
sapa paham apa tajuk tu? haha, bahasa yang selalu guna masa sekolah rendah dulu. biasa..pasal dillema tu, soal kerja da setel, kes 3 da setel, tinggal kes 1 ja. tak tau nak buat apa. tunggu je la. apa yang nak gtau skang adalah amat bosan. tak tau nak buat apa. member ada la sorang dua contact. tanya khabar apa suma. kesian pulak kat member tesl aku, bosan sebab tak ada keja. aku bosan sebab buat benda yang sama tetiap hari. nak jugak buat benda yang tak bosan, tapi masalahnya benda yang tak bosan ni selalunya memerlukan duit. duit da nak kering skang. apa kan daya. adoi..punya la bosan sampai post ni pun bosan. bosannya.....

Wednesday, April 13, 2011

dillema gila

salam
akhirnya, setelah beberapa malam aku tak boleh nak online sebab internet connection ada problem, jadi malam ni, saja nak luahkan dilema yang melanda.
dilema nya...

kes 1: soal belajar

         keputusan final asasi da keluar, dan rezut aku cukup-cukup makan, dillema skang ni, dengan rezut cukup makan tu, bole ka aku nak lawna dengan orang yang rezutnya makan sampai kenyang tu. banyak dugaan yang harus aku lawan, setinggi mana peluang aku nak masuk ke program ijazah nanti. sama ada terus masuk bulan 9 ni ataupun masuk kemasukan ke dua uitm jugak iaitu pada bulan 12,( katanya la) dillema tu. nak tunggu ka apa. dengan muet lagi, banyak kisah jugak tu

kes 2: kerja sementara

         sekarang ni aku kerja di pizza hut. bukannya apa, aku cuma nak cari pengalaman baru dan aku agak bosan ngan kerja di situ. tak ada masalah apa pun. dalam masa yang sama, kawan aku ada offer kat aku,(aku yang tanya sebenarnya) kerja sebagai promoter. gajinya pun lebat jugak. masalahnya pula adalah tempat nak kerja tu jauh jugak la dengan rumah. tak ada masalah dengan jauh, tapi masalah dengan duit minyak tu. kalau kira balik sama ja la dengan gaji aku kerja kat pizza tu. then ada pulak aku sembang ngan cikgu lama aku yang dah berpindah di ppd.dia kata ada peluang nak jadi guru ganti. tapi guru agama., yang ni tak ada masalh sangat. konpom dia bagi yang dekat-dekat ja. kerja pun tak la terok sangat, malam da ada kat rumah, gaji pun lebat jugak,, tapi masalahnya, gaji yang lebat jugak tu amik masa 3 bulan sebelum dapat, bukannya tetiap bulan dapat gaji. nak makan apa aku 3 bulan tak ada gaji. mau kurus aku,huhuh,,
ada 3 kerja, nak pilih yang mana??


kes 3: yang ni tak la kes sangat pun, cuma hormon gatai tu nk timbul balik. bukan masalah apa. cuma rindu ja. kat sapa...itu kita tak tahu.tapi yang pastinya, aku pasti x dak yang rindu aku pun .perasan lebih ja aku ni.kira masalah yang ni setel la, dengan jalannya aku berhenti dari dok layan jwang apa benda suma.

jadi kalau la ada sesapa yang terbaca post ni, kalau bley bagi pandangan tu ok gak. dillema la sangat..

Sunday, April 10, 2011

mesti boleh punya....

salam
hari ini, tak banyak benda yang menarik berlaku, seperti biasa, bangun pagi, beli barang, sambung tido. bangun balik, pergi kerja. balik tengah malam. macam ni la tetiap hari. tapi hari ini adalah hujung minggu jadi makanya adalah dengan ini ( skema pullak) restoran menjadi sibuk kerana pada masa hujung minggu ni la keluarga nak keluar makan bersama. mulanya memang agak cuak sebab doh pizza da nak habis. dengan tak ada sapa yang nak kaver buat pizza.buat la aku sensorang memula. tapi, sebab ada pengalaman da sibuk handle order pizza masa raya cina tahun lepas. rasa biasa saja la. yang pastinya apa yang membuatkan aku boleh nak buat sebab aku set kan dalam kepala ini  'MESTI BOLEH PUNYA'..Ayat ni ayah aku yang kenalkan pada aku. termasuk la abang aku yang selalu menggunalkan dan mengatakan benda ni pada aku. dalam apa pun kerja atau usaha, set mesti boleh punya dalam otak. secara automatik, mesti kita akan cari jalan nak bagi boleh punya. contoh lain, aku ingat lagi masa aku ada kem kat perlis, peringkat kebangsaan punya. memang cuak la yang amat sebab yang nak lawan tu buakn calang-calang orang. wakil negeri bagi nadwak kepimpinan islam dari seluruh malaysia. bukan senang woo. masa nak pilih jadi penghulu tu, memang tak pernah dapat kat orang kedah. selalunya pengulu bagi program ni akan dibolot oleh orang selatan. ada kata sebab kemahiran komunikasi depa lebih baik. sebab pegang pada mesti boleh punya ni, dalam tempoh percubaan tu, aku yakinkan diri untuk tunjuk kemahiran yang aku ada dan buat pertama kalinya, jawatan penghulu tu di pegang oleh orang utara. bukan senang wo nak dapat. sikit punya kena ada pertahanan diri nak lawan hujah orang lain. lain dari tu, masa aku nak balik dari shah alam dengan moto. memula nak konvoiu tapi last sekali tinggal aku sorang ja yang balik, redah jugak ,apa nak jadi jadi. mesti boleh punya, maka jadi la. sampai jugak rumah dengan selamat. jelas di sini mind set kita menguasai tindak tanduk kita. kalau kata boleh., insyaAllah boleh. yang penting kita kaji balik apa punca yang kita nak kata tak boleh tu. kekadang yang kita nak kata tak boleh tu sebab alasan malas. kalau nak kata tak tahu, dalam dunia ni semua benda boleh belajar. sama ada nak ngan x mau ja. kuasa di tangan kita. apa pun yang jadi atas usaha kita, jadi, nak ajak la kan semua yang ada baca benda ni, hentikan dari beri alasan, lakukan sesuatu dengan perbuatan yang menjankaui batasan fikiran. baru la semua benda  yang kita rasa mustahil boleh dilakukan. maksimakan potensi diri, baru senang nak hidup. betul kan???

Saturday, April 9, 2011

cinta kontrak

salam
kerja di sektor pengurusan makanan ni memang mencabar. ingat apa ka. tambah pulak aku kerja pizza hut sekarang. setiap masa aku berdepan dengan makanan yang memang aku boleh makan. susah wo nak tahan temptation tu., nak kena tanya ustaz nanti, berjuang camni boleh jadi jihad x?( jejej)

bayangkan la dok ngadap benda ni 8 jam sehari...

tapi bukan ini yang kita nak cerita. hah.tengok tajuk la kan. bukan apa. saja la nak tulis sebab tadi masa kerja ada barlaku satu insiden. memang lawak jugak la bila dikenangkan. ada la dua orang baru masuk tempat aku kerja tu. jantina konpom berlawanan ngan aku. kalau sama jantina apa aku nak kisah. haha..then aku kata la kat member sorang ni, ' yang baju pink tu comel gak kan?' nak tau dia balas apa.haha
              'aku nak yang hitam. hang amik la yang pink. buat peneman kat sini'

yang ni yang buat aku panas betul ni,.( abdul fattah n asyraf talib konpom suka ayat ni). aku baru kata budak tu comel. hanya sekadar memuji ciptaan Illahi. bukannya nak buat calon isteri, kendian cuba perhatikan ayat itu. 'BUAT PENEMAN KAT SINI'  memang gelak gila la aku. maknanya setiap tempat pergi kena ada pasangan? kat sekolah orang len, universiti orang len, tempat kerja orang lain, rumah orang lain, kampung pulak orang lain. memang kita gelak bila kata gini tapi inilah kebenarannya. berapa ramai antara kita ( tak kisah la laki ka perempuan) yang selalunya bersikap begini.

mencari kekasih atau pencari bakal ibu dan ayah??
 tau tak kenapa? pada pendapat aku la, sebab dia adalah dok cari pasangan kekasih, bukan mencari pasangan yang sesuai untuk menjadi mak atau ayah kepada anak nanti. sebab tu la cari pasangan ni macam cari baju. satu lagi, pasal cinta kontrak. contohnya, masuk plkn, cari sorang pasangan. habis plkn, putus. masuk u, cari pasangan, habis belajar, putus. lebih kurang begitu la. ada sesetengah kes, masuk kem apa ka seminggu, cari kekasih, habis seminggu, putus. ni la nama dia cinta kontrak.

jadi, bak kata ustazah mahfuzah, lecturer islamic studies aku masa di U dulu, dalam amanat terakhirnya, dia ada kata

     'cari calon pasangan yang bukan untuk penuhi syarat sebagai seorang kekasih, suami atau isteri semata, tetapi cari la yang sesuai untuk menjadi insan yang akan mendidik anak-anak kamu nanti"


mendalam maknanya tu. oleh itu, kalau da rasa jumpa seperti yang di cari, yang menepati empat kriteria yang diletakkan dalam islam


- maka dikahwini wanita itu adalah kerana 4 perkara
   -- kerana hartanya
  -- kerana keturunannya
  -- kerana kecantikannya
  -- kerana agamanya,
dan jika kamu pilih kerana agamanya, maka akan bahagialah diri kamu

oleh itu, fikir secara waras dan matang. jangan terburu-buru., kalau da jumpa, cuba lengkapkan diri sendiri pulak. INGAT...kita jangan pandang orang tak sempurna, sebab kita n sebenarnya tak sempurna.orait9 rasanya da jumpa tapi....entahla;



Thursday, April 7, 2011

menyesal

salam.
ni ada sedikit karya aku. saja la bosan sangat. mood jiwang tu membuak-buak. cerita ini tiada kena mengena antara hidup dan mati dan tiada kena mengena dengan diri pengarang k...hehe.. maka terhasil la cerpen yang bertajuk Menyesal.. sedap kalau baca sambil dengar lagu ini

dan lagu ini


inilah ceritanya....



MENYESAL

Hari itu, aku seperti biasa, keluar awal untuk ke kelas. Kelas aku jauh dari kolej kediaman aku jadi terpaksalah aku keluar awal  pagi supaya tidak ketinggalan bas. Seperti biasa, aku berkongsi bas dengan siswi. Memandangkan jumlah siswa di fakulti aku tidak ramai tambahan pula ramai yang sudah mempunyai kenderaan sendiri, kami yang berjlan ini, hanya mampu menggunakan perkhidmatan bas yang di sediakan oleh university. Segalanya seperti biasa. aku sampai di fakulti, masuk ke kuliah pertama pada semester ini. Berkenalan dengan pensyarah adalah perkara biasa yang selalunya di lakukan bagi menerangkan tentang informasi course yang kami ambil itu. Aku terpandang seorang wanita yang duduk di hadapanku. Wajahnya indah, putih berseri. Senyumannya amat manis di pandang. Gelak tawanya memang menambat hati. Aku berlagak biasa. berlgak seolah-olah aku tidak menyedari akan kehadirannya. Setelah tamat kelas, aku ditemani rakan yang lain keluar dari bilik dan menuju ke café memandangkan kami semua belum lagi makan. ‘ Mi, aku rasa pompuan depan ko tadi tu asyik tengok ko je. Kejap-kejap dia pandang ko. Bila ko macam nak tengok dia dia lari. Ko da ada admire da ni.haha..’, sudir menyakat. Sudir kawan rapat aku di sini. Kemana saja aku pergi, mesti dia ada bersama aku. ‘ Ah ye, memang. Ko memang. Semua orang nak tengok aku kan. Lembu pakai skirt pun nak tengok aku jugak kan. ‘ aku membalas sinis. Sudir tergelak terbahak-bahak. Hari itu, kami hanya ketawa gembira pabila mendengar pelbagai cerita dari kawan yang lain tentang apa yang jadi di dalam kelas. Ada yang tergagap, ada yang tersalah loghat, yang teruk, ada pula yang sudah di marahi pada hari pertama kelas. Memang kelakar. Walaupun dalam keadaan bising itu, fikiran aku melayang mengenangkan gadis itu.

***

                Hari berganti hari, kuliah sudah bermula. Assignment mula menimbun. Group work, discussion, final project,  dan pelbagai lagi dilemma seorang pelajar university. Suatu hari, kami di kenakan untuk mewujudkan kumpulan untuk di guna pakai dalam kesemua group work  yang ada untuk semester itu. Seperti biasa aku dan sudir menjadi pasangan kerja dan kami memerlukan lagi dua orang untuk melengkapkan kumpulan. Bagai orang mengantuk di sorongkan bantal, gadis yang aku kenangkan itu muncul di depan aku. ‘ Maaf la ek, Azmi,  saya dengan nadia sekarang ni tak ada kumpulan. Apa kata kalau kami masuk kumpulan korang.’ Gadis itu mempelawa. ‘ Ok ja. Lagipun kitorang memang nak cari lagi dua orang. Din, group  aku da cukup. Bak kertas aku nak isi.’ Selamba aku menjawab. Kemudian, bermulalah sesi sual kenal. Masing-masing memperkenalkan latar belakang diri. Kini aku tahu nama gadis itu. Amina rupanya. Manis nama itu, amat padan dengan tuannya. Sepanjang sesi sual kenal, aku tahu, dia asyik memandang aku. Aku cuba pedulikan hal itu. Mungkin hanya aku perasan. Di akhir sesi itu, amina memanggill aku. Aku terkejut dan tertanya. Apakah kemahuannya? ‘ Mi, maaf la ek sal tadi. Nina tak berapa reti nak kenalkan diri. Sebenarnya, kalau boleh, na nak nombor telefon mi boleh tak? na rasa ada benda na nak bincang dengan mi. bukan hal apa, Cuma hal projek kita ni. Nanti senang sikit nak  contact  mi.’ aku mula curiga. Pelik sungguh tingkah laku nina hari ini. Biasanya dia cuba melarikan diri dari aku. Kini, dia pula yang meminta nombor telefon dari aku. Aku hanya memberikan nombor telefon aku tanpa banyak bicara. Aku yakin tujuannya hanya untuk apa yang dikatakannya. Ketika hendak bergerak ke bas, amina berjalan bersama aku dan yang lain. Sudir seperti biasa menghilang. Bersama kawan perempuannya yang lain mungkin. Aku, nina dan nadia, kami berjalan bersama menuju ke bas. Di dalam bas, kami bersembang seperti kawan biasa. berkenalan dengan lebih rapat lagi. Aku hanya melayan karenah amina yang agak manja. Maklumlah, dia anak tunggal dalam keluarganya. Bas tiba di kawasan kolej kediaman aku berhadapan dengan surau. Bas hanya berhenti di tepi jalan dan kami harus meredah jalan raya untuk sampai ke kolej manakala amina dan nadia tinggal di dalam bas kerana kolej mereka di dalam kampus utama. Ketika bas berlalu, telefon bimbitku berdering menandakan mesej masuk. Aku membuka mesej dan kelihatan nombor yang tidak di kenali “ Mi jalan bebaik k. Kalau ada masa mesej la na k” Aku terkejut melihat mesej itu. Lalu aku memandang kearah bas dan kelihatan amina melambai tangan kepada ku. Aku membalas lambaian itu. Sudir melihat peristiwa itu. ‘Aipp…Macam ada pape je?hahah’  sudir mula menyakat aku. Aku hanya senyum. Memikirkan orang yang dahulunya aku malu untuk memulakan bicara, kini berhubung dengan aku melalui telefon. Itu satu langkah yang besar. Walau apa pun, aku mengharapkan yang terbaik buat perhubungan ini.

***

                Bermula dari situ, kami saling berhubung atas talian persahabatan.  amina sering menghubungi aku. Sampai suatu ketika, aku merasakan sesuatu di dalam hati aku. Dia amat mengambil berat tentang hal aku. Suatu hari, aku demam. Aku tetap berkeras untuk ke kuliah walaupun di nasihatkan oleh rakan-rakanku agar aku ambil M.C  pada hari itu. Namun, aku fikirkan tentang pelajarang yang akan aku tertinggal. Aku berkeras juga ke kampus. ‘Mi, awak ok ke? Pucat muka awak?’ amina kerisauan. Di kolej, dialah insan pertama yang menyedari apa yang berlaku pada diri aku. ‘ tak de pape la na. Demam sikit je. Nanti sihat la tu.’ na menarik muka masam dan berlalu pergi dari aku. Aku kehairanan. Apa salah aku berkata demikian. Mungkin dia ada masalah lain. Aku hanya membiarkan. Ketika aku berehat di pondok, dia datang kepada aku membawa sebotol air. ‘ Mi pergi mana? Na cari merata. Nah. Makan ubat ni. Minum air bebanyak k. Kenapa tak beritahu na yang mi tak sihat? Kesian mi. kalau jadi papa kat mi, sapa yang susah? Na jugak kan? ‘ Aku tersentuh dengan keprihatinan amina. Tetapi ada sesuatu yang musykil. Apakah Na menaruh perasaan kepada aku atau itu memang tabiat dirinya yang suka mengambil berat. Aku terdiam. Mujurlah pada hari itu, Cuma satu kuliah sahaja. Habis sahaja kuliah, aku tidak tunggu lagi di kampus. Badanku terasa seram sejuk.  ‘ Dir, aku balik dulu k. Rasa tak sedap badan la. Kalau kau ada keja tak pa lah. Aku balik sendiri k.’ ‘ Kau betul ke ni? Kalau boleh aku nak teman kau balik kolej tapi aku ada keja sket. Member lama aku nak jumpa aku.hmm. kau pasti ke boleh ni? Kawan-kawan kita yang lain tak habis kelas lagi. Kau pasti kau boleh balik sensorang?’ ‘ ‘Tak pa. jangan risau. Aku balik dulu k, kau gi la jumpa kawan kau.’ Sudir risaukan sesuatu terjadi kepada aku. Tiba-tiba aku terasa bahuku di tepuk. Aku menoleh ke belakang.’ Mi, kalau mi tak kisah, na boleh temankan mi balik. Lagipun na nak singgah ke kedai jap dekat dengan kolej mi.boleh kan?’ amina mempelawa bantuannya. ‘ Ok, kebetulan jalan yang sama. Jomla.’ Hari itu, aku berjalan berdua sahaja dengan na menuju ke hentian bas. Dalam perjalanan itu, kami diam sahaja. Tanpa sebarang bicara. Hanya saling membalas senyuman. Sehinggalah tiba di hadapan kolej, na menghulurkan sesuatu didalam beg plastic. ‘ Nanti mi naik bilik baru buka k. k la, semoga mi  cepat sembuh. Na nak gerak dulu k. assalamualaikum.’ Na berlalu pergi. Aku naik ke dalam bilik. Setelah selesai solat, aku terus rebah. Tidur sehingga malam. Mungkin terlalu penat. Mungkin aku tidur sehingga keesokan hari jika sudir tidak kejutkan aku tidur untuk solat maghrib. Aku bangun dan bersolat. Aku teringatkan tentang bungkusan yang di berikan amina. Di dalamnya terdapat ubat demam dan sepucuk surat. Aku membuka surat itu dengan hati yang berdebar.’ Assalamualaikum. Maafkan nina kalau surat ini  buat mi tak selesa. Na Cuma nak mintak kalau boleh mi telefon nina malam ni. Sebab ada sesuatu yang penting na nak khabarkan untuk mi. kalau boleh la ek. Tiada paksaan. Oh ya, sebelum terlupa, ini na sertakan sekali mi ubat demam. Semoga mi cepat sembuh dan ceria seperti sedia kala..sekian. na menunggu panggian mi k.’ aku menyimpan kembali surat itu dan merenung tajam kearah ubat yang di berikan. Banyak perkara yang bermain didalam benak fikiran ku. Apakah sebabnya amina terlalu mengambil berat hal aku. Dan apakah yang ingin amina khabarkan kepada aku malam ini? Malam itu, selepas solat isyak, aku rasa segar kembali. Aku mencapai telefon dan mencari nama amina. Hatiku berbelah bagi sama ada hendak menelefon amina atau tidak. Kemudian aku terus menekan butang call  di telefon bimbitku mengharapkan segalanya terbaik buat aku dan dia. Tutt…tuttt..’ helo, ini amina ke?’ ‘ helo. Ya, ni amina. Telefon jugak mi kan. Ingatkan dah x nak telefon.’ ‘ maaf la ek. Lambat sikit. Tertido tadi. Sekarang ni baru rasa sihat sikit. Jadi apa yang na nak beritahu? Macam penting bunyinya.’ ‘ sebenarnya, amina da lama perhatikan mi. dari awal mula kita masuk kuliah, amina da perhatikan mi. sebenarnya, na sukakan mi. mungkin terlalu awal tapi na memang sukakan mi. terpulanglah mi nak fikir na ni orang yang macammana tapi yang na tau, na suka mi.’ aku tercengang. Apakah ini kenyataan atau sekadar fantasi dan halusinasi aku akibat demam? Aku dalam reality. Amina sukakan aku. Aku amat gembira. ‘ na, sebenarnya mi pun merasakan apa yang nina rasakan. Cuma mi tak berani nak luahkan. Sekarang ni na da luahkan, mi tak payah buat apa-apa da la.kan?’ aku ketawa kecil dan tiba-tiba, na meletakkan telefon. Aku cuba menelefonnya kembali namun tiada jawapan. Aku terus mencuba namun tidak berjaya. Aku hanya membiarkan sahaja. Menanti waktu menjawab segalanya.

***

                Keesokkan harinya, aku bertemu amina di kampus. Dia berwajah ceria.dia datang kepada aku. ‘ Mi, awak ok? Maaf pasal semalam ek. Saya….suka sangat.’ Aku tersenyum sendiri. Kini kami pasangan kekasih. Kemana sahaja pasti bersama. Belajar, bersukan, beli barang, pasti bersama.  Suatu hari, nina marah. Disebabkan orang lain dia dimarahi oleh pensyarah. Aku memujuk dia. Dia lapar. Selalunya dia yang belikan aku makanan kali ini biar aku yang tolong dia. Ketika aku hendak beredar, aku ternampak sudir mendekati na. Dia cuba memujuk nina. Oleh kerana aku percayakan sudir, aku pedulikan saja. Sekembali aku dari membeli makanan, aku lihat nina dan sudir sudah tiada di situ. Puas aku mencari rupanya nina makan di café bersama sudir. Bergelak tawa. Aku pergi mendapatkan mereka. ‘Eh, mi. ingatkan mi pergi mana. Tak tahu pulak mi belikan makanan. Sudir ajak na temankan dia makan.’ ‘ Tak pe na. Asalkan na kembali gembira, mi pun gembira juga.’ Aku lega yang amina sudah kembali gembira. Aku berterima kasih kepada sudir yang menolong aku memujuk amina. Beberapa hari kemudian, aku semakin sibuk menguruskan hal-hal assignment. banyak yang perlu di selesaikan. Tanpa aku sedari aku telah membelakangi amina. Sering kali dia mahu bercakap dengan aku. Di kampus, aku sibuk dengan pensyarah, menguruskan hal-hal tutorial. Pulang ke kolej, aku sibuk menyiapkan tugasan yang bertimbun. Malam aku tidur awal bersedia untuk hari esok. Kerap kali amina berasa hati dengan tingkah ku. Aku memohon maaf dan selesai masalah. Beginiah mungkin hubungan pasangan kekasih yang bahagia. Terkadang tergigit lidah.

***

                Suatu hari, aku keluar sendirian. Kertas dan dakwat pencetak aku sudah kehabisan. Dalam perjalanan pulang, aku berhenti minum di satu restoran. Panas matahari yang terik menghauskan aku. Setelah memesan minuman, bertapa terkejutnya aku apabila aku melihat sudir dan amina keluar bersama. Mereka masuk kedalam restoran dan memesan makanan bersama sambil bergelak ketawa. Aku cuba menyorok, menghilangkan diriku dari pandangan mereka. Pada mulanya aku tidak mengesyaki apa-apa tetapi pabila sudir mula menunjukkan cincin kepada amina dan di sarungkan cincin itu pada jari manis amina, hatiku haancur berkecai. Apakah ini yang dibalasnya sebagai lambang cinta yang dia garapkan.? Inikah yang dikatakan sebagai sahabat sejati? Sahabat yang kau percaya selama ini menikam aku dari belakang. Aku cuba bertenang. Ketika aku lihat mereka meminta bil, aku tahan pelayan yang membawakan bil itu. Aku sendiri membawa bil itu kepada mereka. Tatkala aku sampai di meja itu, amina terkejut. Sudir mula menyembunyikan wajahnya. ‘ Mi, kau jangan salah paham k. Aku Cuma kuar makan biasa saja ngan nina.’ ‘ Maaf  ya cik. Bilnya sebanyak RM 21. Bilnya tak termasuk cincin di jari tu ya. Oh ya, kepada cik amina, saya mendapat pesanan dari encik azmi mengatakandia tidak perlukan sebarang penjelasan dari cik. Cik boleh bayar bil ini di depan ya. Terima kasih banyak amina.’ Aku meletakkan bil itu dan berlalu pergi. Amina mengikut aku keluar dan menahan aku. ‘ Mi, dengar dulu penjelasan na.’ ‘ Apa yang perlu kau jelaskan na. Dah jelas segalanya. Depan mata aku kau bersama sudir kawan rapat aku, bermesra. Kalau hatimu bersama dia, mengapa perlu aku merebut dirimu. Mungkin hubungan kita setakat disini sahaja. Kalau setia yang aku pinta kau tak dapat tunaikan, aku hanya mampu mendoakan kau bahagia sentiasa. Aku mohon kepada kau, tinggalkan aku dan lupakanlah aku selamanya.’ Aku berlalu pergi, meninggalkan amina sendirian menangis. Kali ini, aku tiada lagi untuk mengesat airmatamu amina. Buat sudir, jika sahabatmu yang selalu bersamamu kau sanggup berbuat begini, jika aku terus mengenalimu, pasti banyak lagi yang sanggup kau khianati aku. Biarkan persahabatan ini berakhir di sini. Aku rela membiarkan memori luka ini bersemadi. Aku menyesal kerana mengenalkan dia pada mu amina.kini aku tahu, tak perlu aku menagih cintamu andai hatimu bukan padaku. Izinkanlah aku pergi jauh membawa hati yang luka ini sendiri. Selamat tinggal amina. Selamat tinggal sayang…
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, April 6, 2011

jangan sampai hilang hormat....

salam
haha, hari ni, masuk kerja yang aku sayang sangat tu...(pfffttt...) lambat sket sebab hantar kak aku ke stesyen keretapi. da la dua orang ja yang buat opening restoran. sorang buat doh, aku dok bukak make-table n aux. memang la lambat sket sebab aku dok prep barang yakni dok potong bawang, tomato, cili belanda n so on. mai ja bos kawasan ni, terus nak melenting. kalau nak marah saja aku tak kisah sangat, biasa la, dia bos, tapi sampai nak mencarut apa da hal.

tak perlu mencarut,,,

kenapa perlu mencarut.?? satu benda yang amat tak faham. perlu ka mencarut semata-mata nak ekspresikan rasa yang extreme? adakah dengan mencarut tu menjadikan anda seorang yang hebat dan gempak???
TAK GEMPAK PUN KALAU MENCARUT!!!!

kalau nak ekspresikan rasa marah ka, benci ka, seronok ka, atau apa saja yang berkenaan emosi, tak perlu nak tonjolkan sangat. bukan orang kisah pun. cuba belajar rilex dan bak kata member aku, 
\
chillax brah!!!
 'hidup kena chill selalu,'

perlu di ingatkan, mencarut tak menjadikan anda di pandang mulia. ingat la. bahasa menunjukkan bangsa dan peribadi diri,kalau kau mencarut, maknanya perangai dan sifat kau pun macam yang kau mencarut tu la.cuba bawak bertenang k.chillax...



muet oh muet

salam
haha, hari ini bersamaan dengan 6 april 2011, aku menduduki muet buat kali ke dua, frust menongeng sebab sikit lagi nak dapat da band 4, lagi 3 ja. hampeh. kali ni aku bertekad nak pulun bebetul. yang lawaknya, malam semalam iaitu sebelum hari ini la, tido lambat. kesannya, bangun paghi mengantok la jawabnya. selesai solat, mandi apa semua, nak amik kunci. dok fikir, nak bawak keta ka moto. last-last amik moto la senang. nasib naik la naik moto. keluar rumah, masuk ja main road  depan rumah, terus jam. nasib naik moto. mencilok punya cilok, amik masa 15 minit jugak la nak sampai. padahal kalau nak ikutkan dalam 5 minit gitu ja.
moto pemberian ayahanda..hehe

moto ni la yang aku naik. da sampai kat depan pagar sekolah, aku turun moto, jumpa ngan pak guard. tau pak guard tu kata apa?

     aku: pak cik, perpustakaan kat mana?
          pak gad: cikgu terus kedalam, amik kanan. bangunan tu la. tingkat 4.

aku punya tahan gelak. stail kena panggil cikgu la pulak. lawak betul.
sekolah menengah kebangsaan tunku panglima besar. 

lawak betul. da masuk dalam tu, setel suma da, nak balik, ada la member se group ajak makan sekali. kendian jumpa pulak member lama dulu. masa kat kedai makan, dok sembang la kami dua dalam bahasa arab. (sikit sikit ja) masa nak bayar makan, mak cik kedai tanya
   "ni sapa yang nak p sambung jordan ni"
haha. cakap arab terus kena p jordan, tapi apa pun,, kedai tu murah la jugak makanan dia, hah. then balik umah, terus sambung tido, letih kot. dalam masa yang sama punya la dok tunggu kot la nak ada mesej apa dari dia.nampaknya terus diam ja henpon aku. lupa aku da kot. x pa la. 

oh ya. pasal kerja, sekarang ni aku kerja kat tempat lama aku. Pizza Hut Lcsc. dekat ja dengan rumah, dalam 3 minit da sampai. bahagian apa? bukan basuh pinggan k.

sekadar hiasan semata. tapi bahagian ni la yang aku jaga..make table.
dalam dapur punya keja. lepas SPM keja pizza.lepas asasi keja pizza. ntah2 lepas degree pun keja pizza, tu yang la ni aku da macam pizza da,hahha,ok. takat ni dulu. nak sambung tido lagi.haha.



Monday, April 4, 2011

sedetik lebih

salam
saja nak post. kalau bley nak sangat sampai kan lirik lagu ni kat seseorang.hehee..tapi tak pa. segalanya da terlambat. untuk sekadar nak enjoy..dengar la k.

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

ada apa dengan rumah....

salam
hah, ingat lagi cerita ada apa dengan cinta?,

haha. ntah apa demam tetiba nak layan citer ni balik. boleh la. dah habis tak tau nak buat apa. yang lawaknya, student pakai keta volvo 240.lawak tul. tapi bukan tentang cerita ni yang nak di ceritakan, tapi apa yang ada dengan rumah.haha. bebaru ni, ada la keluar ngan member. pakat dok tanya
          ' best tak belajar jauh dari keluarga? macam best ja kan? '

jawapan pada soalan itu adalah 

                        TAK BEST

NAK TAU KENAPA? SEBAB MANA NAK CARI SUASANA BEST MACAM KAT RUMAH. makan free, internet free, duit punya pasal tak payah risau, makan pulak tak payah nak jalan jejauh nak gi beli makanan. kalau ada yang jenis suka masak macam aku ni, lapaq ja, terus melangkah ke dapur dan masak.dah tu, habis boring sangat tak tau nak buat apa, boleh tengok movie,

tak bosan-bosan aku tengok cita ni..hehe
 internet ka apa ka. habis bosan lagi,, keluar rumah, gi la jejalan rumah adik beradik ka, sedara mara, shopping complex, masjid ka. banyak benda yang best.  selalunya yang nak jauh dari keluarga ni sebab nak buat benda yang parent tak bagi. selalunya. ada yang nak cari pengalaman hidup, tapi aku tak kata yang belajar jejauh tak bagus. ada bagusnya. tak la manja sangat. boleh belajar cara nak hidup sendiri. kita perlu tau, mak ayah kita bukan selamanya ngan kita kan. jadi gunakan inisiatif  yang ada iaitu dengan pelunag belajar jauh dari keluarga ni untuk tau cara nak hidup. tak la asyik tido bawah ketiak mak lagi kan.hik hik hik. kalau tanya pendapat peribadi la kan pasal benda ni, saya akan cakap segalanya bergantung pada diri sendiri. tak ada masalah kalau nak duduk belajar dekat ngan rumah. tak timbul soal anak manja@anak mak sebab kalau dekat ngan mak ayah, boleh kita tulun tengokkan mereka. dunia-dunia jugak, akhirat jangan lupa. kalau duduk jauh plak, boleh tingkatkan pengalaman dan belajar tentang karenah manusia. baru diri jadi lebih matang. tak gitu..
bukan matang yang ni tau..hehe

haha. tapi apa pun. sepanjang cuti ni, duduk di rumahj sungguh menyeronokkan. walaupun kerja aku amat membosankan. tapi bila balik rumah,k tenang ja rasa. oleh itu, hargailah rumah anda. haha....




Sunday, April 3, 2011

good bye memories,

salam
hadoih, lama betul baru ada masa nak update pasal habisnya sesi pembelajaran aku di UiTM shah alam ni. haha.l tak sempat. kenapa tak sempat, masa dok pk nak tulis ni ngah final exam, jadi biar dulu. then bila habis final ingat nak teruskan dengan usaha ini tapi kena balik kedah amik keta plak untuk amik barang. mak ayah keja, x sempat nak amik. then, lepas dinner, rasa sayu plak. tak bukak tenet terus and then terus balik kedah. da sampai kedah, internet connectiomn kat umah plak ada masalah, x bley nak connect sebab wifi router rosak. call la tm semata2 nak minx tukar. jadi da ok da ingatkan bley la nak buat, tapi da stat keja, terus tak sempat.tapi terima kasih kepada ex-groupmate, Fatin Nur Syahira yang mintak aku tulis post baru. heh. kalau tak aku memang lupa da.

baik, kita hentikan di situ sesi penyampaian hujah yang bosan itu, yang pastinya, Selamat Tinggal Asasi TeSL UiTM Shah ALam. terima kasih bebanyak kerana banyak pengalaman dan pelajaran yang aku pelajari sama ada dalam konteks akademik ataupun dalam kitaran kehidupan. banyak yang gumbira kan hati dan tak kurang yang menghiris perasaan, haha. kawan2 yang baik dari sem 1 sampai sem 2 tu, macam-macam karenah manusia jumpa. tak lupa jugak kedai makan peberet, selalu pi situ, tang mana, apa lagi kalau tak lain tak bukan kat food court kedai alhamdulillah. memang best.





baru perasan, kenapa alham ngan dulillah tu jauh ek? x pa la. x kisah pun. kendian , sebelum final, banyak jugak la xtvt yang kami sekelas buat. antaranya mandi di ulu yam..

gemok kan aku? biasa. ada aku kisah.haha

haha, memang best., pi mandi lepas tension lepas test, haa. tak lupa jugak lepas yang ni, ada ke tempat lain, ke mana?ke tangkap gamba kelas la. tapi tak pasti lepas mandi di sana ka ke mana..



ada yang berkenan dalam ni..hehe..gila obvious.
kendian makan sate untuk sambut birthday Abdul Munir, balak Amalina NAshihin. dua2 ni budak kelas aku masa sem 1.hhehe. semoga berbahagia..

gemok lagi kan aku..haha. ada aku kisah, janji hhati senang 

ada banyak lagi, tapi nanti je la aku upload k. saja ja nak gtau yang aku skang da tak bergelar mahasiswa.( buat sementara)  dan skang ni da jadi pekerja. keja pa? tunggu nanti la ek.( bajet macam ada orang baca) ok. nak gerak tido sebab sok aku keja pagi.hehe.orait. selamat