Thursday, June 23, 2011

hari ni hari apa???

salam
nak buat apa hari cuti ni? cangak lagi, tido la. dari pagi tadi aku tido sebab letih jugak la. baru kebah demam. then aku gerak ke tempat keja sebab ada internet yang laju la jugak. sekadar nak donlod driver lapy aku. da jahanam da suma. kendian termasukla dengan nak buat fformatting tool  untuk lappy aku. da takut sangat da aku ni, fobia oo. masa nak habis asasi ritu la, dengan assignment yang belungguk , lappy aku nak buat hal. jadi, disebabkan nak berpayung sebelum hujan, nak buat backup la pas ni. kalau jadi apa pun selamat. iye dok..

nak cerita ni, ada la seorang postman datang rumah hantaq surat cinta( cinta la sangat) kendian kena la isi apa sket. maklumla surat yang ada registration punya tu. kendian isi punya isi,, ada part yang kena isi tarikh hari ni. aku da blur da. bapa lama aku x tengok kalender. kalau dulu kerap jugak sebab buat tarikh untuk note lecture, kendian aku pun tanya brader postman tu. ni yang lawak ni. dia pun x ingat jugak. siap bukak henpon siap nak cari tarikh. nak lagi best, 'skang ni bulan bapa ek?' itu yang dia tanya aku. haha. lawak pun ada. skang ni semenjak da tak pegang buku ni, memang tak kisah lansung pasal tarikh. aku percaya yang ramai yang buat perangai begini. da macam tabiat da sumer. kalau tak ditanya pasal tarikh,
kena lekat memo pad kat belakang kepala da ni. baru nak ingat..
semua lupa.
patutla mak ayah dok ingatkan kita selalu apa benda sekali pun. memang lumrah manusia selalu lupa. asal rasa benda tu tak pentiing da, .mula la lupa. tapi aku terfikir,,,kalau tarikh pun aku bley lupa, apa benda lagi yang aku bley lupa??? apa benda lagi yang ramai orang akan lupa, yang orang rasa tak penting tapi benda tu sebenarnya amat penting...hmmm

Wednesday, June 15, 2011

da macam biskut

salam

kalau sebelum ni asyik cerita sal kerja, ni kira sambungan la. nak dipendekkan cerita, skang ni da hampir 3 bulan aku kerja kat tempat yang menambahkan ukir lilit pinggang aku. bila da tiga bulan dan dah tengah tahun ni, makanya ramaila yang da berhenti sebab nak sambung belajar. jadi biasa la. tinggal la aku yang lambat lagi nak masuk balik ni di sana. (ada ja lagi yang tak sambung lagi) tapi, seperti biasa, kalu nak guna ayat

                           *satu lari, sepuluh yang datang tau*(versi sarimah dalam 3abdul)

keluar ja sorang, makanya masuk la lagi yang lain dalam keluarga pizza hut ni menggantikan tempat. bila dah masuk ni, paham-paham saja la. orang baru, banyak la benda yang tak tahu. jadi mengajar la pulak. kekadang aku terfikir jugak la masa keja ni. apa sebenaqnya keja aku ni.

-memasak     = memang keja sebenar


  1. -membasuh   = aktiviti rutin kedai makan


-angkut barang = ok la. dah stok sampai kan.

-repair@modified pekakas = yang ni pun da mula nak pelik ni

-amik stock di tempat lain  = aku ni keja dalam dapur ka hantar order ni?
-buat promotion                 = sekali ja la. nasib baik x kerap..

aku rasa aku ja la yang memkirkan benda ni, rupanya ada lagi member lain yang fikir yang sama.tapi tak pa la. orang kata ni la =yang dipanggil pengalaman. banyak jugak la yang aku belajar selok belok memasak ni., kira dari tuli terus pasai masak, da reti..ha. apa pun, kalau yang tak bekerja ni, aku galakkan la bekerja. biaq nampak dunia sket . belajaq dari awal cara nak bekerja. tak la kekok nanti kan....




-

Thursday, June 9, 2011

alahai pekerja...

salam

kisahnya berlaku lama da. tak sempat nak update. bebaru ni kakak aku bertunang. makanya agak sibuk la sket menyiapkan rumah untuk terima rombongan meminang ni. sebab anak pompuan. kalau anak laki mana nak ada siapkan umah terima rombongan. lain dah bunyinya tu kalau laki pun ada kes tu. back to the story,  nak dijadikan cerita, masa nak kemas ruma tu, vacuum cleaner  tak dapat di kesan kemana hilangnya. mungkin main menyorok tak habus lagi kot. jadi mak ayah aku p la ke courts nak cari vacuum.
masuk ja kedai, pi la cari vacuum di sekitar kedai tu. dok cari punya cari, ada jumpa satu, nak la tanya salesman ni macammana cerita dan macammana kira benda tu. bolehnya sorang pun tak mai. pakat dok menyembang kat belakang kedai. sampai mak ayah aku pi jumpa guard la tanya nak tanya sapa. kendian barula terhegeh-hegeh nak mai terang ntah papa pasai vacuum tu. dah tu, tetiba ja hilang. rupanya pi kat customer pompuan muda. dok baguih punya layan, tinggalkan ayah aku. nasib baik aku tak dak kat situ. dengaq mak ayah aku cerita pun da panas telinga. orang macamni nak kerja ka dak? tau la part time pun, tapi kenapa layanan yang dia bagi macam tu. duit ayah aku tak laku ka kat kedai depa tu. ada lagi kes kat kedai barang dapur, mak aku tanya bawang ada lagi dak sebab yang ada kat situ semua dah busuk. boleh selamba badak ja budak tu jawab
                            
   'saya ada dua tangan ja makcik'
menyirap darah aku dengar. salah ka kalau hang kata

    ' ada, sat na makcik. satgi saya amik'.
salah ka kalau nak kata macam ni kat pelanggan.

kenapa remaja zaman sekarang ni da hilang adab ha. ada kata sebab pemakanan. aku sokong. ada kata sebab pengaruh tv, aku sokong. banyak la benda ni terjadi dan aku percaya kalau ada yang baca ni pun pernah alami kes macam ni. rasanya ada satu cara ja nak selesaikan masalah ni, tegur on-the-spot. setel. mau balas la tu jugak. masa budak ni kena ajar. dah tua bukan paham bahasa dah. kalau macam ni punya budi bahasa punya dok ada, macammana masa depan kelak. apa nak jadi pun aku tak tau. bahasa jiwa bangsa. banyak fikirkan lah. kita ni macammana,. kalau ada yang kerja tu, yang kena interact ngan orang lain tu, cmna kita. ada budi bahasa dak..kalau tak ada..hmmmmm...