Saturday, July 30, 2011

ramadhan menjelma.....

salam

klip pok klip pok, da nak masuk da ramadhan. bukan barakah. masa untuk kita sesama jadi tamak.haha, jangan salah paham. bukan taman makan bukak puasa sampai sengkak perut, tercabut habis kancing seluar apa semua, tapi kita kena jadi tamak untuk mengaut limpah rahman dan keampunan yang Allah curahkan sebanyak-banyakknya kepada manusia. kenapa aku suka sangat dengan ramadhan, seperti biasa, ayat pertama konpom sebab ganjaran tu. yang lain adalah pada masa ni la rasa bangga sebab masjid ramai selalu setiap malam. suasana malam tu meriah dengan bacaan al-quran, zikir dan sebagainya. raya ada ka benda ni semua. habis sembahyang raya, habis semua. dekat dengan ramadhan ni, teringat zaman sekolah dulu. bukak la majalah sekolah n terjumpa karya pelajar. agak menarik.memula malas nak tulis sebab banyak sangat. tup-tup ada member tulun tulis da. lega.jadi sesapa kita hayati k..salam ramadhan untuk semua...

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....




p/s: terpulanglah kepada kita jalan mana yang kita nak pilih...








Tuesday, July 26, 2011

sepi

salam

kekadang, aku terfikirkan sesuatu. bodoh pun ada, bangang tu lagi la. kita dah tau da apa kesan sesuatu benda tu kalau buat, tapi masih nak buat jugak. kita dah tau kalau kita mula main dengan hati, maksud aku kita da mula nak sayang orang, kita sendiri akan terluka. macam letak pisau yang tajam ataas hati. gerak sikit ja, luka hati tu. bukan tak tau kesan jangak amsa pendek panjang dia. tapi masih nak ambil risiko. betui, kalau hidup tak ambil risiko, tak merasa nikmat sebenar hidup.maslahnya aku tak kuat nak hadapi kenyataan yang benda aku harap sesangat akan hilang macam tu. dan aku tak faham dengan diri aku sendiri. otak kata jangan, sebab otak nampak da apa akan jadi. tapi hati aku?? tubuh aku tetap ikut hati berbanding otak. hasilnya, tekanan. da la sesorang dok kat rumah, dengan tak tau nak buat apa. semua bend aaku buat aku rasa tak kena,. sehinggakan duduk saja pun aku rasa tak kena. aku nak hidup cara hidup. bukan hidup cara mati.memang orang akan kata' huk aloh, benda kecik pun nak buat terok. hidup chill la. yang hang dok buat jiwang terok dah pasai pa. ' well ,satu benda ja aku nak kata. hang mai dok dalam tempat aku, suasana hidup aku, . hang try hidup macammana aku hidup. kalau hang boleh, lepas tu hang mai habaq kat aku macammana nak hidup. hang ngan aku lain cara. saiz pinggang pun da lain. no ic pun da lain. jangan nak anggap hidup orang lain senang macam hang la. bull shit kalau hang boleh survive kalau hang jadi aku.

Friday, July 22, 2011

kenapa hitam???

salam

greeting..baru lepas balik solat jumaat dan teringat kenapa hitam..aku terlupa aku baca di mana ntah tapi ada makhluk Allah ni bertanya;

                       'KENAPA LELAKI SUKA WARNA HITAM?'

jawapan untuk diri aku mudah, simple  dan rasional. alasannya

1) Hitam itu menenangkan
benda ni ada orang pakai untuk tidoq. DAN IA HITAM!!!
     - paling simple  alasan aku nak bagi la. masa hampa semua tido, tutup mata kan. bila tutup mata apa yang hampa nampak? gelap kan? gelap tu HITAM KAN? ada tak orang yang boleh tido dalam keadan cerah benderang. nak pulak kalau lampu yang suluh tu warna merah. boleh tido ka?

2) Hitam itu classy
hitam
nama dia pun da hitam
      - tak percaya, ok, tengok semua benda yanga da dijual di dunia di yang hampa rasa class  kalau ada benda tu. sebagai contoh, aku gunakan gadjet, I-PHONE 4. Warna apakah ia?? blackberry? laptop yang hampa dok guna la ni, keyboard dia warna apa? got that?  semua benda dalam dunia yang cool ni ada warna hitam. islamic sket, BUAH KURMA  warna hitam jugak. (memang ada yang warna lain tapi kita amik majoriti)

3) Hitam itu penyejuk mata.
      - ok. yang ni mungkin kureng memberansangkan sket la. tapi hey, look it at this way,  orang yang badan besar,(aku la tu), konpom-konpom akan pilih hitam sebab warna hitam ni mewujudkan satu illusi yang mengeliminasikan kewujudan kontra spektrum yang akan menampakkan kewujudan sesuatu benda.(apa aku cakap ni) senang kata, hitam ni kan kalau pakai nampak kecik sket.(walaupun tak kecik mana pun.)

4) Hitam itu kemas
shah rukh khan pakai baju hitam pa???
    - yang ni mudah..hampa tau apa itu tuxedo? warna apa tu? cuba bayangkan kalau tuxedo warna pink atau hijau? adakah ia nampak still AWESOME  seperti warna hitam? baju yang chef pakai , kebiasaannya warna putih kan, tapi kalau tukaq hitam? perghhh..macam sifu pun ada.

dan banyak lagi alasan yang menunjukkan universe agree with black. bukan nak memanipulasikan sesuatu tapi fakta. jadi, kalau ada sesiapa lagi yang tertanya kenapa lelaki suka hitam,( kekadang ada jugak pompuan). maka inilah antara alasannya.

Friday, July 1, 2011

aku tak sempurna

salam

pertama; aku bukanlah orang yang sempurna, aku cuma lelaki biasa, iman yang kekadang naik, kekadang turun. yang mudah terpengaruh ngan hasutan si tanduk.

kedua: aku tak harapkan orang angkat aku. aku hanya mahu orang tak pijak aku. itu saja. manusia biasa macamaku memang akan lakukan kesalahan

ketiga: aku harap, kalau ada yang nampak aku ok, jangan la musnahkan rasa tenang yang aku rasa. aku tak kacau orang dan aku harap orang tak kacau aku, kalau yang penah aku kacau, aku mintak maaf dan kalau bley jom kita setel.

entry:

entah la nak cakap sal apa. yang aku pasti aku dan mungkin ada yang sokong ngan aku, kita sebagai manusia ni tak sempurna. jadi tak perlulah nak sangka buruk kat orang. mungkin seseorang tu pernah lakukan kesalahan pada masa lampau, jadi tak bermakna dia masih buat kesalahan yang sama sampai skang. mungkin dia telah bertaubat dengan taubat nasuha. sapa tau. dia ada jugak buat taubat, kita? dia buat taubat dekat diri dengan Allah, kita macammana? setiap kali kalau rasa nak tunjuk orang lain tak sempurna, dfikir balik. satu jari kita tunjuk, 3 jari patah balik.

kes ni 2 jari tunjuk kat orang, 3 jari tunjuk kita.
  kita kutuk orang, kita ni sempurna sangat kah.// /? kita kata padan muka kat orang, adakah perkara yang terjadi kat dia tu tak akan terjadi kat kita.?

kesimpulannya mudah. selalu kena sangka baik dan jangan mudah menghakimi seseorang itu. sedangkan pantai boleh berubah, nikan pula manusia. kita mesti nak peluang kedua dalam apa jua benda yang kita buat kan? jadi, da jadi hukum karma, hukum dunia, hukum Illahi.

'what you give, you will get back'

kalau nak orang beri kita peluang kedua, kita beri orang peluang kedua. tak gitu. kalau dah saling memberi, barulah masing-masing dapat menerima..