Friday, September 30, 2011

wise and dumb??


salam

tajuk kali ini adalah tajuk yang AMAT MEMBOSANKAN. makanya ini adalah peringatan awal. kepada sesiapa yang nak teruskan membaca, BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI..kihkihkih

ok, mula.

fikir dulu....
macamni, bila umur sampai tahap tak dapat tiket harga kanak-kanak lagi ni, kita akan nampak banyak benda berubah. tak percaya? rasa sama ja semua? ok..contoh 1

#1 masa kecik dulu, ada kisah tak kalau pakai baju yang busuk pi jumpa kengkawan?
#2 masa kecik dulu, nak lintas jalan ada tengok kanan kiri x?
#3 masa kecik dulu, kalau main meriam ada fikir apa benda buruk yang boleh jadi x??

hehe , apa punya contoh. apa pun, yang nak disampaikan adalah, bila da meningkat dewasa ni, hidup banyak terdedah kepada perkara yang lebih berat seperti politik, isu semasa, hal ehwal negara dan luar negara. dan macam-macam lagi. bab lain tu tak berapa nak kisah sangat. tapi bab politik ni, kekadang bila baca apa yang orang tulis atau sekadar pi lepak kedai kopi pun cukuplah. aci lawan tengok, (teringat mak,) tak habis-habis nak cakap pasal polituk sampai ada yang hampir bergaduh. ni nak habaq mai, kalau tau sikit ja pasai satu benda tu, jangan cakap. kalau tak tau kepala sampai ekor satu benda tu, jangan cakap, kalau tau suara kita cakap ni tak boleh bawak perubahan apa pun pada negara, jangan bising. mudah ja. bukan la nak kata aku ni hebat dalam politik apa segala, tapi, cukupla orang atas berbalah apa semua. kita ni dengaq dan ikut apa yang patut sudah la.

ni kalau aku kata macamni ada pulak yang akan kata?


    mamat ni konpom pro-kerajaan.
         eh bro, kami punya mulut punya suka la nak kat apa pun.
                apahal plak tak boleh nak bersuara, dalam Islam pun digalakkan uintuk menyuarakan pendapat...


 dan ada lagi la pelbagai soalan dan tohmahan dan tujahan berserta rangkaian pedih menusuk kalbu, merasuk jiwa,,...(teater jap).

tau aku nak jawab apa?
#1 saya bukan pro kerajaan, saya bukan pro pembangkang. saya neutral. yang betul saya kata betul, yang salah saya kata salah. as simple as that. 


#2 bro punya mulut, bro punya suka ya nak cakap apa? apa macam kalau bro punya mulut yang tak reti nak tutup tu kena titik sampai tak boleh nak cakap da? hidup kita kalau bermasyarakat ni, kita kena faham, rambut sama hitam, hati lain lain. tak semua orang satu kepala dengan kita. kena jugak jaga hati dan perasaan orang lain. benda macam ni kalau nak bincang atau nak cakap tak ada masalah, tapi fikirkan jugak apa kesannya yang akan berlaku kalau dicakapkan. sejauh mana fakta yang kita keluarkan. kalau orang tanya dari mana tau ni nak jawab apa? nak kata DEPA YANG HABAQ? sapa depa tu?? ingat jugak. cakap bukan boleh sebarang cakap. tak lupa juga, apa yang kita cakap tu, melambangkan peribadi kita. kalau dok heboh pasal hal peribadi orang, yb ni ada duit banyak ni, datok ni rumah berjuta apa semua, orang nampak kita ni jenis macammana. nak ka orang kenal kita dengan sifat yang macam tu? dari x dak dosa, kering da dapat dosa sebab mengumpat orang. nak cakap bab mengumpat ni kena buat post lain. tak pun dengaq ceramah ustaz kazim bab mengumpat. banyak cabang mengumpat ni.

#3 islam pun menggalakkan umatnya bersuara? benar. sokong sangat. tak kata salah. tapi jangan ambil separuh ja. asal islam kata boleh bersuara, cakap sepanjang  masa. islam itu indah, islam da tetapkan , ada bagi panduan siap tentang tatacara bersuara. kena hormati orang lain, bukan benda yang lagha, bukan benda yang tak tahu kebenarannya, tidak menyentuh hal peribadi orang lain dan banyak lagi la. jangan jadikan sebab islamkan memberikan hak untuk bersuara, ambil yang tu ja. kaedah untuk bersuara yang diajar oleh islam tolak tepi. jangan macam ni.

kalau semua orang nak bersuara, tapi tak ada yang nak mendengar, apa hasilnya? jadi, senang cakap, kalau tau sikit jangan cakap. elok diam dari bercakap. itu kata pujangga arab. " sebaik baik percakapan adalah yang pendek dan benar" kalau bahasa inggeris pulak, '  the difference between smart person and wise person is smart person know everything and talk, but wise person know everything and know when to talk ." faham kan? hidup kita mudah, Islam dah berikan kita petunjuk, panduan untuk jalani hidup yang sempurna. kenapa perlu kita ikut emosi sangat. jadi, lain kali, kalau nak cakap, fikirkan dulu..

Wednesday, September 28, 2011

saya mahasiswa....

salam

lama beno tak melawat. almaklumla, sibuk dengan benda lain, dengan internet pun da macam siput (tak boleh sebut) , makanya masa ni la baru nak lapang sikit nak menulis..''

baik, pada tanggal 4-09-2011, maka bergeraklah aku dari negeri jelapang padi ke negeri batu bersurat...haha, skema, dapat tawaran di UniSZA. asal tesl, dapat english. jadi la, asalkan sama bidang lagi. sekarang aku di sini la. ngaji english, ada jugak kelas bm aku masuk. pi mai pi mai, da dekat sebulan aku di sini, belajaq macam biasa. aku bawak moto da. hehe, senang sikit nak ke kelas. apa benda nak cerita, x banyak sangat yang menarik. sama ja la memana pun kalau ngaji kat universiti, sama ja. cuma suasana sini x la macam uitm dulu. senang cakap, tempat aku ni memang tempat belajar. no joli-joli k..

amacam? macho x..

ada yang kenal ke dalam gambaq ni?

aku yang mana? yang BESO tu...