Thursday, August 29, 2013

tiga orang buta.

salam.

nak bawa sebuah cerita berkenaan tiga orang buta. mungkin ramai yang dah biasa dengar dan baca dan baca dan dengar dalam versi yang lain. ini versi yang saya terima . ambil pedoman. ambil teladan.

TIGA ORANG BUTA DAN SEEKOR GAJAH

ada tiga orang buta. berjalan-jalan. tetiba terdengar bunyi gajah. orang buta pertama tanya secara rambang.

'bunyi apa tu?'

kebetulan ada seorang lelaki yang celik berada di kawasan tu. dia pun kata

' itulah bunyi gajah. ada didepan kamu'

maka tiga lelaki buta tu yang tak pernah kenal dengan gajah, pun mendekati gajah itu. lelaki buta pertama memegang telinga gajah. lalu berkata

'oh, gajah ni macam kipas'

lelaki buta kedua pula mendekatkan diri dengan gajah di bahagian kaki dan terus berkata

'tidak, gajah ini seperti pokok'

lelaki buta ketiga merasa ragu. lalu terus mendekati gajah tetapi di bahagian sisi gajah. seraya berkata

'kamu berdua salah. gajah ini seperti dinding.'

maka bertekaklah mereka bertiga memenangkan hujah sendiri


macam ni la kita. tak tahu banyak mana pun, tapi tetap nak tegakkan pandangan sendiri dan memperlekehkan pandangan orang lain sedangkan ia cuma pandangan.

pandangan dan persepsi, tiada yang betul, tiada yang salah.

kalau nak kata salah, tunjukkan penjelasan beserta bukti

kalau nak kata betul. tunjukkan penjelasan beserta bukti. hidup ini mudah. jangan sebab orang lain tak sependapat dengan kita, kita kata dia salah. mungkin kita ada salah.

melainkan:

apa yang diucapkan itu nampak benar salahnya.
apa yang diucapkan itu nampak benar betulnya.

'qulilhaq walau ka na mauran.'

berkata benarlah walaupun pahit.

Thursday, July 25, 2013

Rap adat kita dizahirkan dalam irama

Rap adat kita telah dilagukan dengan bantuan sufian suhaimi. Lirik diubah ikut kesesuaian memandangkan dia nak buat mersing most wanted. Dengaq kat link ni. Thumbs up sket k.


http://soundcloud.com/eangr8/mersing-most-wanted

Wednesday, July 24, 2013

rap adat kita -part II

ilmu dalam dada jangan sampai jadi basi
genggam erat dalam tangan ijazah yang diberi
biar pandai inggeris jangan lupa jawi
jauh mana belayar jangan lupa tempat awal berdiri

banyak orang banyak ragam banyak cerita
angkat diri tabik dada bagai esok aku raja
lawan kini bukan senjata tapi minda
guna laju dalam kepala bukan laju peluru buta

puisi biasa anak coret bukan buat tuan meleret
kata biasa cakna budaya buka mata lapang minda
adat molek negeri cantik jangan tikam dengan badik
apa ada kita sua buat kenal bulat dunia

dulu asal tiga kini jadi satu
biar hilang sana jangan sampai kena catu
kumpul kudrat buat sampai musuh kaku
pulun kedah pulun, jelapang padiku.

Monday, July 22, 2013

casing mana yang nak beli

salam

nak kongsi sikit ilmu berdasarkan pengalaman sikit dalam memilih casing

1) jangan pilih yang ada magnet. sebab ia akan ganggu banyak benda. bateri, reception, digitizer screen, lcd screen dan banyak lagi


2) kalau nak yg jenis snap case, plastik keras belakang tu, check bebetul segala bucu dan bahagian yang menyentuh hp. pastikan tak tajam, dan tidak tak sekata. sebab kalau ada bahagian yang dipotong tak elok boleh menyebabkan benzel di tepi hp akan calar. elok cari yang ada pelapik dalam untuk snap case. biasanya yg murah menyebabkan calar. 

3) kalau beli jenis silikon, pertama sekali pastikan semua lubang, (audio, charger, usb, hdmi apa sahaja) boleh digunakan atau mempunyai kelegaan yang memuaskan. kang balik masuk charger tak masuk pulak. andai ada physical key yang tertutup, cuba tekan kalau2 mudah atau susah nak tekan. ada jenis silikon yang susah dan keras bila nak tekan. selalunya lock key ngan volume susah .


4) kalau anda jenis suka jatuhkan hp, untuk memilih casing yang sempurna dan tahan lasak, jangan pilih yg jenis silikon @ rubber sahaja, cari yang ada gabungan hard plastic dan silikon @ rubber, ini kerana hard plastic dapat seratakan kejutan @ shock dan silikon dapat tahan dari shock tu terus ke hp. kalau pakai hard plastic sahaja, memang tahan tapi shock tu akn direct ke hp. kalau pakai silikon @ rubber saja, dia akan absorb shock tapi kalau kuat sangat, akan terus sampai ke body.


5) apa2 casing pun, pastikan ada sedikit tebing di sekeliling skrin hadapan. kira tinggi sikit la tepi screen tu. fungsinya barulah kalau jatuh screen dulu, tak direct kena kaca.


6) cuba elakkan penggunaan casing berasaskan besi @ metal seperti aluminium, sebab ia akan memberi kesan kepada reception. kebiasaannya akan hilang 1 bar. 

7) kalau pakai jenis pouch bag atau flip bag, pastikan semua bahagian hp itu di lindungi. caranya pasang hp dalam flip bag tu, kemudian tutup dan letakkan secara menegak. sentuh sekeliling hp ke lantai. pastikan hp x sentuh lantai. beg atau flip bag tu x pa. ada sesetengah dia cover teengah sahaja. hujung bucu x cover. padalah hujuung tu yang nak kena dulu

8) beli banyak jenis. bukan nak membazir tapi x semua casing sesuai digunakan dalam semua situasi. paling asas, pastikan ada yang jenis silikon, hard plastic, dan flip.

9) untuk lelaki terutamanya, elakkan beli casing silikon yang melekat sebab ia akan melambatkan anda untuk keluarkan hp dari poket. tambah2 kalau jenis poket tu ketat.

sekian dari saya.

Sunday, July 21, 2013

Rap adat kita

Lagu sri mersing bukan seloka pak kadok 
Digarap anak muda bukan sematanya dicedok
Dengar dua telinga jangan baling dengan senduk 
Cerita orang kita buka mata terus tengok   

Cakap datuk tokwan tebuan jangan dijolok sarang
Suntik bisa  tiga malam belum tentu akan hilang
Jatuh bila gaduh tapi menang bila perang 
Resam anak melayu tidak angkuh macam seladang


Resmi padi kepala tunduk bila makin berisi
Ayat lama makna mudah jadi motivasi
Kena tabik maharaja biar aku jadi saksi 
Namun depan ibu bapa tidak lagak penuh aksi.  

Muda bijak betul 
Tua sangat matang 
Kerja sungguh betul 
Hasil bersepah dulang  

Puisi indah anak coret bukan buat tuan meleret
Kata biasa cakna budaya buka mata lapang minda
Adat molek negeri cantik jangan tikam dengan badik
Apa ada kita sua buat kenal bulat dunia
Bersambung....

Thursday, July 18, 2013

Senja

Bernafas tak selalu lega. Ada kala tersekat,
Siang tak kekal selamanya, ada kala malam bertempat.
Senang tak sentiasa berada, ada kala terlalu padat.
Usah lupa pada Yang Berkuasa, nanti jauh dari sengsara

Wednesday, July 17, 2013

Kalimah

Kalimah

Acap kali insan berbicara,
Mari melihat apa yang di kata
Usah dipandang siapa berkata

Namun

Mengapa dihina pelaku dosa
Dibencinya lebih dari perbuatan dosa
Hingga tiada beza antara engkau dan dia.

Acap kali insan berbicara
Biar dakwah dengan kelembutan
Agar hati yang keras dapat dilembutkan

Namun

Diherdik insan bagaikan haiwan
Mahu menusuk kalbu itu alasan
Keliru aku sama ada ini malaikat ataupun syaitan.

Acap kali insan berbicara
Lisan mengukir kata sahih
Isi dicangkir kerana ilmu aku fasih

Namun

Kalimah jauh dari yang jernih
Kutukan kejian hati ditoreh
Tertanya aku mana yang soleh.

Wahai manusia dengarlah kata
Jangan dirasa dirimu mulia
Mengharap teguran membawa pahala
Meluka perasaan membawa dosa

Wahai manusia dengarlah kata
Jangan di ikut hati yang membara
Usah dibelai hati yang dusta
Kelak hidup membawa bencana

Wahai manusia dengarlah kata
Syurga neraka itu janjiNya
Berjaga lidah dalam bicara         
Berjaga tubuh dalam bekerja.


Tuesday, July 16, 2013

katarsis

salam

dah lama tak menjenguk sini. kerja semakin bertimbun. tugasan makin menggunung. sampaikan fb pun x berapa nak tengok dah. tv apatah lagi. ni dah cuti sem ni, alhamdulilllah ada masa sikit nak tengok apa yang patut. punya x logik cmni punya lama tinggal blog. baik x payah blog lagu ni

ok, tajuk katarsis. mudah ja. maksudnya kelegaan emosi atau perasaan dari ketegangan. kot kalau tak tau lagi try la google ka, . nak sedap masuk utube cari catharsis theory. terma ni menerangkan bagaimana manusia mencapai titik kepuasan dan kelegaan bila teringinkan sesuatu. kalau ikut teori ini dalam kesan media, manusia tengok movie ganas dan lasak sebab sebenarnya dia nak buat benda tu. rasa nak tumbuk orang tapi tak boleh, jadi dia ambil langkah tengok movie yang ada aksi begitu.

pernah tak hampa tengok movie, contohnya transporter la katakan (aku minat yang ni) kemudian bila ada babak gaduh tu, sampai terangkat badan hampa puas tengok hero belasah orang. ataupun bila tengok cerita hindustan sampai megalir air mata. haaa. itulah katarsis .

tapi bukan itu subjek utamanya. yang ditengah dalam post kali ini adalah bagaimana sebenarnya katarsis yang ditakrifkan dari bijak pandai ini sebenarnya telah terbalik. sepatutnya kita rasa geram, kita tengok movie,hilang geram, tapi kini apa yang terjadi adalah kita tengok movie, kita rasa geram, kita pi buat kat orang.

terbalik dan pelikkah? sebenarnya tak pun, tapi bila faktor hiburan dijadikan paksi kepada keganasan, itu yang pelik. ramai yang nak meniru sangat jadi hero. keluar cerita KL Gangster, pakat mengaku ayahanda, abang long habih. movie lain pulak keluar, ngaku diri belajar muay thai pulak , Juvana lagi stail, sampai ada sekumpulan budak buli sorang ja. dan macam2 kes lagi la

persoalnnya, bukan nak cari salah siapa, sebab akan ada banyak jawapan tapi tak ada penyelesaian. jadi, persoalan utama, apa nak buat

bagi aku mudah.

1) tutup tv @ x payah tengok movie yang macam ni
2) ibu bapa atau orang dewasa mainkan peranan dalam menapis apa yang ditonton oleh budak2
3) dewasa sendiri tunjukkan perilaku baik. kalau dewasa buat benda yang x berapa nak baik dan terlihat oleh kanak2, pi terang balik kat dia atas rasional apa anda berbuat demikian.

ada lagi pandangan lain???