Wednesday, May 20, 2015

Membaca amalan mula

Salamullahialaikum. Lama beno tak melawat sini. Banyak nak update. Tapi kita mula dengan bicara pertama. (macam pidato dah)

Membaca amalan mulia. Banyakkan membaca.

Ayat biasa kat dinding sekolah. Memang berbulu la hidung aku kalau ada yang kata tak pernah jumpa ayat ni.

Tapi apa yang sebenarnya kita faham dengan ayat ni? Memang ramai antara kita membaca, tapi sedalam mana yang dibaca? Sekarang ni, banyak yang sekadar baca tajuk ja, isi entah kemana. Tak percaya? Bukak fb, tengok page yg orang dok kongsi2 maklumat apa semua, tengok tajuk dia panjang mana. Kemudian, tengok apa kawan2 sekeliling anda cakap pasal ayat tu. Berapa ramai akan cakap macam dia tahu segalanya tanpa.membaca?

Tak cukup dengan tu, tengok diri sendiri. Kita lagi suka tanya orang dari kita cari baca sendiri. Padahal sekarang berlambak2 tutorial orang buat dalam internet. Cuma perlu membaca ja. Tapi masih tak buat 

tapi ada jugak yang membaca. Masalahmya, dia baca hanya dari 1 sumber. X pun banyak sumber tapi dari 1 pihak. Nak best lagi, boleh kata hang salah, aku betul. Fakta aku cakao macamni.

Jom fikir jap. Kalau hang kata fakta orang salah,fakta hang betul, kenapa orang lain tak boleh kata benda yang sama kat hang?

Bila kata membaca, wajib baca

- baca seluruhnya
- baca dari pelbagai paradigma
- fahami rasional bahan yang dibaca
- soal diri tentang tahap kebenaran bahan yang dibaca
- tanya diri logik atau tidak fakta yang dinyatakan dalam pembacaan tu

Dan yang paling penting sekali,

- baca dalam membaca.

Apa tu? Maknanya, dalam 1 artikel contohnya, akan ada perkaitan dengan topik2 lain.makanya perlulah dirujuk dahulu topik berkait tu. Barulah ada idea sikit. Barulah intepretasi tak terlari.

Artikel pasal buah-buahan, ada diselitkan pasal cara memotong buah menggunakan pisau seramik. Apa kata buat pembacaan lebih sikit tentang pisau seramik. Baru boleh faham rasional diguna pisau seramik tu. Dah tambah 1 ilmu.

Jangan melatah sebelum benar2 faham. Hapuskanlah tabiat copy paste secara mengkhinzir buta ni. Tak ada bagusnya pun. Provokasi semata. Kot nanti kena marah, mulalah keluar ayat generic

Aku share ja.

Kemon la (gaya jambu). Dah 2015, internet dimana2. Dari dok habiskan data main coc, berwhatsapp sampai 3 minit 908757 msj masuk. Apa kata guna browser, google sikit fakta sebelum kongsi.

Boleh kan?

P/s: orang tua kata, bodoh jangan tunjuk. Simpan sikit bawah katil.