Monday, January 24, 2011

terus melangkah melupakan ku/....

salam
teringat nak tulis pulak malam ni haha..hujan yang turun di tengah kota shah alam membuatkan semua orang dalam kolej aku ni semuanya MANDOM habis..haha...apa nak jadi, aku poun ikut sama. tapi tak pa. bukan itu yang kita nak bicarakan. apa yang nak diketengahkan adalah lagu ni. ingat lagi tak lagu ni?
erus melangkah melupakanmu
lelah hati perhatikan sikapmu
jalan pikiranmu buatku ragu
tak mungkin ini tetap bertahan

perlahan mimpi terasa mengganggu
kucoba untuk terus menjauh
perlahan hatiku terbelenggu
kucoba untuk lanjutkan hidup

reff:
engkau bukanlah segalaku
bukan tempat tuk hentikan langkahku
usai sudah semua berlalu
biar hujan menghapus jejakmu

terus melangkah melupakanmu
lelah hati perhatikan sikapmu
jalan pikiranmu buatku ragu
tak mungkin ini tetap bertahan

perlahan mimpi terasa mengganggu
kucoba untuk terus menjauh
perlahan hatiku terbelenggu
kucoba untuk lanjutkan hidup

repeat reff

bridge:
lepaskanlah segalanya
lepaskanlah segalanya

lama tak dengar lagu ni. malam ni tetiba teringat. apa yang nak dikatakan adalah hidup ni mesti kita teruskan walaupun pelbagai kenangan pahit yang kita tempuh,. ambil segala apa yang terjadi itu sebagai guru untuk kita terus berusaha dan sebagai guru untuk kita menempuhi sekolah duniawi ini.( gila formal) apa yang pastinya adalah, kita perlu tahu dimana kedudukan kita dalam socio masyarakat dan di mana tahap intellek kita k. gjangan selalu fikirkan dan cari kelemahan orang,,,,apa-apa pun,, keep it cool k...
     
kena terus berjalan k..

Friday, January 21, 2011

bukak mata.....???

salam
lama pulak rasanya senyap dari blog ni..kesibukan yang melanda  la katakan. jadi kini da ada masa free da. boleh la. bukan apa nak cerita pun, ada beberapa benda yang suka untuk diri ini ungkapkan..( formal pulak) . sebenarnya suka nak katakan pasal tazkirah kat masjid tadi. kalau pi mana masjid pun, mesti benda yang sama yang dibicarakan. asyik berkisarkan hal kriteria pemimpin. tapi ramai mana atau banyak mana masjid yang ada cakap pasal kriteria seorang pengikut atau rakyat yang baik. tak banyak. asyik-asyik kata pemimpin sekarang tak macam pemimpin dahulu yang zuhud, tak makan rasuah. memang itu tak dinafikan, tapi bagaimana kedudukan kita sebagai rakyat?? asyik salahkan sebelah pihak, sampaikan semak habis akaun bank. adakah tindakan itu menunjukkan bahawa kita seorang rakyat yang baik. tak dinafikan apa yang ada dalam tazkirah itu betul, tapi apa kata kalau selitkan sekali kriteria seorang rakyat yang baik. kan bagus..perlu baikkan lagi. sekadar pandangan yang sepatutnya di ambil kisah remaja zaman sekarang. da nak boleh da pk pasal politik da ni...jangan selalu salahkan sebelah pihak k,

Saturday, January 8, 2011

DARIII KIRI..CEPAT JALAAAANNNNN!!!!

salam
haha..tajuk ini memang mengingatkan tentang kenangan kawad kaki dulu. teringat nak tulis sebab bangun pagi ni, tengok ramai yang siap nak ke taklimat koko apa ntah yang pastinya aku tak terlibat. sebenarnya bukan nak cakap pasal kawad ni tapi apa yang pastinya adalah saja nak cakap apa yang patut kita buat kalau ada sesuatu terjadi seperti situasi aku ni. sebelum tu, aku nak mengaku salah sebab apa yang terjadi itu adalah salah aku. dan aku tak terkejut kalau dia akan membenci aku. apa yang aku nak nasihhatkan adalah kalau ada hubungan tu, pastikan jangan terlalu EMO, sensitif, stalk dan memaksa. ini yang aku belajar. haha(macam sekolah plak) tapi inilah kenyyataannya. disebabkan semua itu aku buat, inilah jadinya. hati wanita yang aku sayang itu telah hilang dari menjadi genggaman aku. kalau boleh, aku harap dia boleh baca benda ni. tapi masalahnya dia tak akan baca dan aku pasti tentang itu. dia tak akan baca...





Saturday, January 1, 2011

TAHUN BARU 2011

SALAM
selamat tahun baru 2011, tahun ni semangat ni. sebab apa, hari pertama banyak keja da siap, assignment, siap, nak beli printer, siap, utang kawan, beres, haha. setel segala. cuma tahun ni rasanya nak kena bina keyakinan diri balik. terlalu down sangat tahun lepas. entah kenapa. apa yang pasti, kena selalu pandang ke hadapan. aku akan berubah untuk menjadi seorang yang lebih tabah, bijak, not emo, dan yang paling penting lebih beriman. kalau ble nak tawan hati seseorang balik. ada buat salah ngan dia. apa pun, biar masa menjadi penentu.hah. taun baru sambut sensorang dalam bilik tengah malam sambil layan lagu jiwang. haha. pulun siapkan assignment sensornag...da siap, main facebook. nak orang komen pasal aku. punya banyak orangf komen, ayatnya lebih kurang. antaranya:

memula kenal ingatkan bapak budak mana datang daftar
              memula aku jumpa ko aku takut sebab ko nampak garang
tuakah aku??
aku dah cuak tengok ko masa orientasi, nampak gagah semacam (pfftt)


dan macam macam lagi.. apa pun, terima kasih kepada semua anda adalah cermin kepada diri saya. terima kasih. doakan tahun 2011 ini menjadi tahun yang cemerlang dan tahun kebangkitan aku kembali.

2010 vs 2011

salam
tahun 2010 membawa banyak kenangan dalam hidup. ada suka dan dukanya dalam tahun ini. tersirat segalanya. yang pasti tahun ini sudah berlalu dan kini lembaran tahun 2011 menjelma. umur semakin tua dan di tahap mana kematangan aku. itu kita tak tahu.haha., yang pastinya banyak kenangan dalam tahun 2010 aku nak lupakan. terutamanya dalam separuh kedua tahun 2010. aku perlu mengorak langkah baru untuk menghadapi masa akan datang. entah bagaimana aku dapat hadapinya, aku pun tak tahu. harap semuanya baik sahaja..