ada masa sikit ni, saja la nak menulis sikit. sebenarnya dah kalut nak final dah ni. segala assignment ngan test mula nak berlaga. tapi x pa.
#komen
kenapa kita komen? tentulah sebab ada sesuatu yang tak kena atau bagi tujuan membetulkan balik apa yang terlari dari landasan sebenarnya. tapi, mengikup pemerhatian aku, komen ini ada jenis-jenisnya.
kritik
macam depa ni la, da berpengalaman dalam bidang depa |
selalunya kritik ni bila orang tu tahun atau ada pengalaman yang lebih mendalam dan memberikan
kritikan untuk membuatkan sesuatu itu lebih sempurna.ada kata kritikan membina, kritikan
menjatuhkan.tapi bagi aku, yang ada kritikan membina. kalau kritikan menjatuhkan tu, dia termasuk
dalam kategori kedua iaitu....
kutuk
yang orang dok kata kritikan yang menjatuhkan tu sebenarnya adalah kutuk la. saja nak bagi nampak baikbaik budi bicara sikit, biasanya, kutuk ni bukan sebab apa, sebab tak puas hati ngan orang sama ada dia
tak boleh buat benda yang sama atau marah sebab orang tak ikut cara dia. ini yang tak kena ni. mau
semua ikut langkah dia, kendian sapa tak mau ikut, mula nak kutuk. yang bestnya adalah dia pandai putar
belit mengatakan ini adalah kritikan membina TAPI menggunakan cara yang lebih aggresiv. kalau anda
dapat membezakan hal ini, anda bijak teramat. tapi sebenarnya, apa yang semua orang perlukan adalah...
NASIHAT
nampak tenang dan boleh diterima apa yang diperkatakan. inilah nasihat |
nasihat akan ada dapam astu keadaan saja. iaitu dalam keadaan yang selesa, memberansangkan dan amat membantu dalam membangunkan semangat dan membetulkan keadaan kembali. ada yang kata marah itu nasihat, TIDAK.... marah itu marah, nasihat itu nasihat. ingat tak mak ayah selalu kata marah ni bukan benci, tapi marah ni sayang. itu mak ayah aku kata, sebab tu aku tau mak ayah aku sayang kat aku. tapi x pernah aku dengar mak ayah aku kata marah ni nasihat. sebab kalau mak ayah aku marah macammana pun, kalau nak marah, mereka akan marah, tapi lepas tu, mereka akan tenangkan diri, kemudian nasihat kan aku dengan cara yang berhemah. cara yang membuatkan aku jadi malu alah. cara yang menjadikan aku sedar apa kesalahan aku dan apa yang patut aku lakukan untuk merubah keadaan. sayang mak ayah. hormatilah dan dengarlah nasihat mak ayah, mereka lebih matang dalam menguruskan hal kehidupan. kalau anda rasa anda lebih nampak bagaimana dunia dari mereka, walaupun anda pernah sampai ke zimbabwe, afrika , russia ka apa ka, ingat, mak ayah kita tahu lebih dari itu macammana nak menghadapi hidup...
ada satu benda terakhir ni, ini adalah perkara yang semua orang kena tahu untuk membezakan segalanya yang tertera di atas iaitu
berleter
hah, sampai kena buat gini dah. heheh |
berleter ini adalah gabungan kritik. komen, kutuk dan nasihat. tapi semuanya ada peratusannya yang tersendiri. tapi yang pastinya, ianya dilakukan dalam keadaan marah, menyampah dan seringkali adat perbandingan akan digunakan. tak kira bandingkan dengan orang lain atau bandingkan dengan di pe-leter sendiri. inilah cara yang paling tidak berkesan dalam merubah seseorang. serious tak tipu. tanya la sapa pun, sapa suka kalau dia dileteri. kalau dia suka dileteri itu, sama ada dia bukan kena dileteri, mungkin dia keliru dengan kaedah-kaedah diatas atau pun dia suka kat orang yang meleteri dia tu, atau pun .......masuk air.
jadi , disini, nak tegaskanlah, kalau kita nak merubah orang, pastikan dulu cara yang kita nak gunakan, untuk siapa yang kita nak gunakan, atas alasan apa kita nak gunakan, emosi apa yang hendak kita gunakan. salah dalam pemilihan di peringkat ini, pastinya akan menjadi provikasi. tak percaya? cubalah...
No comments:
Post a Comment