Saturday, April 28, 2012

Malaysia...apa terjadi?

salam

akhir-akhir ini, boleh dikatakan berlakunya kebangkitan rakyat dan mahasiswa. bagus tu. nampak pakat-pakat bersemangat nak memajukan negara, nak menjadikan negara Malaysia tercinta ini suatu tempat yang lebih sempurna. dalam masa yang sama, wujud beberapa kes yang ada kaitan dengan aku, sebagai seorang mahasiswa dan jugak rakyat malaysia.

kes #1

PTPTN

telah diusulkan andai kata PRU 13 ini akan berubah kerajaan, hutang ptptn akan dimansuhkan dan ptptn akan dijadikan biasiswa. sebagai mahasiswa, aku memang seronok sangat la. da kata semua nak dapat biasiswa, tambah pulak, akan diadakan pendidikan percuma atau dalam makna kata yang lain, yuran dah tak ada. bagus sangat cadangan itu. tapi cuba fikir lebih mendalam lagi, dari mana nak ambil dana untuk nak tampung semua tu? bagaimana dengan nasib pelajar ipts yang bergantung harap pada ptptn? ada jawapan mengatakan dana itu boleh diambil dari keuntungan petronas yang banyak. fikir balik, petronas tu nak kembangkan jugak perniagaan dia, gaji pekerja dia bukannya sikit, pekerjanya bukannya sikit. dalam masa yang sama, tol nak dimansuhkan, cukai nak dihapuskan, dana negara datang dari mana? kalau pihak berkenaan boleh nyatakan dengan jelas berkenaan isu PTPTN ni, dengan menyatakan alternatif lain bagi mendapatkan dana untuk membangun dan memajukan negara, baru ada logik...sekadar janji, suruh tukar dahulu, baru akan diterangkan, macam beli barang elektrik, tapi kena beli bayar duit dulu baru boleh test ok ke x...

kes#2

AUKU

malam tahun baru, da mula kecoh di tanjung malim berkenaan gerakan mahasiswa untuk menghantar memorandum ke pejabat universiti.  kalau tengok pada asalnya, memang tak ada salah. pak gad pun patut biarkanlah depa masuk pi hantaq, tapi yang jadi masalahnya, hantaq memo pukul 2 pagi, sapa nak bukak pintu. kalau bukak pun, nak serah kat sapa? kalau ada nak serah kat sapa pun, nak boleh buat apa? semua urusan pun kalau nak buat kena siang hari, waktu bekerja, dah tu, hari cuti tahun baru pulak. sapa yang nak kerja. yang semakin tak fahamnya, nak tuntut kebebasan mahasiswa dalam berpolitik, itu saja, tapi apa yang jadi ada yang kata hapus auku , hapuskan fasal 15, beri kelonggaran sahaja.. jadi,  apa sebenarnya yang nak diperjuangkan ni. dah nampak dah kecelaruan disini. matlamat dah celaru, cara dah tak kena. kalau betul nak perjuangkan hak berpolitik, gunakan cara bijak. jumpa cara aman, buat sesi rundingan meja bulat, kalau payah sangat, guna kuasa media dengan betul. banyak lagi cara yang bertamadun yang boleh diambil. aku bukanlah orang yang aktif dalam politik tapi, kalau betul pihak berkenaan nak perjuangkan nasib mahasiswa, kenapa perlu libatkan parti politik. adakah hanya parti yang disertai oleh 'pejuang mahasiswa'  ini sahaja yang hendakkan kelonggaran untuk berpolitik. yang parti lain tak ada hak ka?

kalau dulu, satu kampun, sorang dua ja dapat masuk universiti, sekarang, siap ada program, satu rumah, satu mahasiswa, satu ijazah. banyak kemudahan yang disediakan, banyak jalan di buka. tak puas hati dengan ptptn, x payah pinjam, bukan wajib. jangan sebab kita x mau bayar, kita rasa beban pasal tu, kita tutup jalan kepada mereka yang hanya ada jalan ini untuk terus pelajaran. pasal auku, susun keutamaan diri. terlibat dengan demo, kempen, ada jawatan dalam parti, tak membuatkan resume anda lebih hebat pun. majikan x minat pun nak tengok pasal tu.

jadi, senang kata, ingat, sebagai mahasiswa, yang berada di institusi pengajian tinggi, apa keutamaan kita. terlibatnya kita dengan sesuatu itu penting ka, memberi faedah ka pada masa depan kita.kena ingat, akhirat kita kejar, dunia tak kita tinggal. seimbangkan keduanya..ok?

No comments: