Saturday, October 30, 2010

masa kecik-kecik dulu kan......

salam


teringat masa kecik-kecik dulu..ni suma punca masa dalam keta tadi r. keluar ngan kengkawan teringat kenangan kecik-kecik dulu,,..masa kecik dulu, tak pasti la pulak kalau anda juga pernah marasai pekara yang sama. ni apa yang nak diceritakan ni adalah kebanyakannya pengalaman yang pernah di rasaii oleh anak utara..

masa kecik dulu, kalau main petang-petang, pakaian sukan bukan ada. seluar slack raya taun lepas, tshirt abang yang besar, kaki ayam..pastu main bola kat padang yang x dak rumput pun. selut, lumpur suma ada..kalau hari hujan lagi best, main kat bukit. kan bukit bila lepas hujan ada aair turun kan, kebetulan tempat padang yaang aku main tu orang buang bumbung lama. bumbung asbestos tu.. kami pun ambik la bumbung tu buat la ala-ala sistem pengaliran air dari bukit..haha..cita-cita tinggi la katakan.. kami salurkan air  dari bukit sampai la ke kaki bukit. bukan apa pun..seronok tengok air tu turun..hhaah//kenangan

tak lupa juga. ada la kenangan nak main baseball. kayu x dak bola pun x tak.. apa lgi..kami pun carila kayu orang buat rumah yang lebih sikit-sikit tu kemudian raut la bagi nampak ala-ala kayu baseball..bola dia pulak mana ada beli.. kat sekolah ada orang main tenis. ada la bola yang da rosak sama ada da koyak atau bicir. ambik ja.pad dua pulak pakai seliper ja..memang best.. kekadang sampai hancur bola pun tetap balut dengan salotape semata-mata nak main..haha..bila da seroonok, mula la lupa diri..ingat lagi masa tu main punya tak ingat, sampai orang dah azan. apa lagi.ayah kami.(sebab ramai bapak2 yang datang) tanpa segan silu dan penuh konfidenttnya membawa rotan. apa lagi..tibai r. dah maghrib pun tak mau balik lagi.,.memang masak yang amat.ahahah...

bila malam pulak, lepas maghrib ramai-ramai jalam pegi ngaji..aku x pegi sebab orang yang ngaji kat umah aku. aku ingat lagi masa memula mak aku ajar aku mengaji., punya la malas. sampai nangis punya malas nak nngaji..bukan aku ja..ramai jugakla member aku yang memang mals gila nak mengaji. yang bestnya, kalau mak aku suruh, liat gila nak ngaji. kalau ayah aku, baru keluar bilik. aku dah lari da amik qurannak ngaji..haha..padahal ayah aku tak buat apa pun kat aku..saja.takut ayah lebih...maklumla,,badan berketul. cari maut la kalau buat malas depan ayah..banyak lagi kenangan masa kecik yang sembang ngan kengkawan tadi. terbahak-bahak la gelak dalam keta. memula ingatkan keta aku ja yang sembang pasal kenangan dulu..rupanya keta member yang konvoi sekali pun sama jugak..patut la melelong bawak..hahaa..kaalau nak ikut kronologi la kan, masa dulu, nak keluar ngan kawan naik basikal ja..kemudian upgrade sikit naik moto..tu pun curi2 sebab x dak lesen..dah ada lesen ngan moto sendiri, mulalah panjang kaki.. sekarang ni dah ada keta, lagi la jauh..semua itu kenangan..banyak kenangan masa kecik bila kita ingat balik pasti akan mengukir senyuman pada wajah..nak gembirakan hati, ingat balik kenangan dulu..pasti tersenyum


Wednesday, October 27, 2010

cinta terakhir...

Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita


Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia


Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir


Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia


Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan

RED ALERT!!!! CODE RED!!!

salamullahialaikum...
selama cuti ni, aku tak keluar ke mana pun hanya duduk di rumah, makan, tengok tv, tido. itu sajalah yang aku lakukan. kekadang aku keluar dengan famili hanya sekadar untuk amik angin. memang bosan duduk di rumah sendirian tapi asalkan boleh berada di samping mak dan ayah ni pun da cukup bahagia dan bersyukur. ye la kan, usia da semakin panjang. entah bila aku akan sendirian. aku takut untuk menghadapi masalah itu. dalam aku sendirian, aku bukak la jugak FB, tumblr dan sebangainya, aku tengok balik status aku yang dulu2. nak tergelak pun ada. sumanya tak habis2 berkisarkan kehampaan. aku terfikir, sampai bila aku nak terus begitu.ada malam tu aku sembang dengan syidah fouat, member se fakulti dengan aku. aku suka tagline dia...'CHILL'. AKU SUKA CARA DIA. dia  memang selalu happy-go-lucky. segalanyan rilek jer. aku tersedar. apa yang buat manusia mula nak marah, berduka ni adalah di sebabkan kita tak dapat apa yang kita mahu. kita tak puas hati dengan orang sebab orang tu bukan tak ikut macam yang kita nak. cuba fikirkan balik, kalaulah semua orang atas muka bumi ni sebijik macamyang kita nak. tak ke pelik tu.tiada perbezaan. mana nak datangnya keceriaan betul tak? Allah pun dah berfirman, 'dan aku ciptakan manusia itu berbeza-beza agar kamu dapat saling mengenali'' kalau da semua sama da macam robot la pulak kan. jadi, dalam hisup ni pasti akan ada suka duka, ada masa kita seronok sangat, ada masa kita sedih sangat, namun apa yag penting adalah cara kita harungi hidup kita tu. jangan terlalu ikutkan perasaan dan nafsu. jadilah diri sendiri daripada cuba untuk menjadi diri orang lain, aku sekarang mula belajar mengenali diri sendiri dan cuba untuk FORGIVE AND FORGOT.itu akan menjadikan kita lebih rasional dalam apa jua keadaan...chill....

Friday, October 22, 2010

조용한

조용한..
aku  tak tahu kenapa. aku rasakan hati ni da semakin serabut. sepatutnya blog ni dijadikan tempat meluahkan berita atau cerita gembira tapi aku tak berapa nampak apa yang gembira bila dalam keadaan begini. kebenarannya aku rasa amat terhina. tapi apa aku nak kata.memang salah aku. jadi aku harus biarkan waktu memulihkan segalanya yang berlaku dalam hati ini. apa yang perlu aku buat sekarang adalah TUMPU perhatian kepada apa yang patut aku tumpukan. buat masa sekarang, pelajaran. itu yang paing utama. aku kalau boeh nak pergi jejauh, biar orang lupakan aku. lagi senang. kembali aku dari pengajian sebagai orang baru yang tiada siapa  peduli. tapi bila fikir balik, itu da macam melarikan diri dari masalah daripada menghadapi masalah. apa boeh aku buat, aku mungkin kuat luaran tapi hati aku tak. benda remeh selalunya mengganggu aku. aku tak paham dengan diri aku sendiri. tapi aku dapat paham diri orang lain( agak r) . kalau boleh aku putarkan edaran masa dunia, nak aku elakkan dari jadi gitu dan jaga dia dengan sebenarnya. pastikan dia bahagia dan rasa selamat bila dengan aku. tapi aku bodoh. kesalahan yang aku buat membuatkan lebih benci dia pada aku. aku tak salahkan dia kerana aku yang bersalah dalam hal ini. kaau aku dalam temoatnya pun pasti aku akan berasa demikian. peluang yang aku harapkan tak mungkin kembali. dia tak mungkin menjadi pelengkap rusuk ini. memang bukan dia yang bersalah, hanya kerana aky tak dapat menahan diri aku menjadikan segalana musnah. dia da cuba bagi peluang kepada aku tapi aku yang mengsia-siakannya. maafkan aku.semoga kau selalu bahagia...

sembahyang tak lagi

aku menghadiri satu majlis ilmu di masjid. kebetulan ada aku bawak sekalu hanfon aku jadi aku sempata taip beberapa perkara yang aku rasa dapat dijadikan renungan bersama..

Hanya Ingin Mengingatkan .... Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ..... 
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran. 
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan. 
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar. 
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


Lima Jenis Racun dan Lima Jenis Penawarnya ...
1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya. 
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya. 
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu adalah penawarnya 
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya. 
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya. 


Nabi Muhammad S.A.W bersabda: " Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN. 
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA. 
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA. 
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABA 


Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar 
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya 
Asar : Dijauhkan dari kesehatan/kekuatan 
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya. 
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya 


kekadang terfikir jugak..dimana la tempat kita ni kan..hmmm