Friday, October 14, 2011

masa di depan atau masa depan?

salam

dewasa ini, ,terasa diri bagai tiada arah tuju..hahha. bukannya apa, rasa macam ada sesuatu yang tak berapa nak sedap hati. bukan nak kata tak bersyukur dalat masuk universiti, dapat kos yang kena dengan lane yang nak , tapi sebenarnya diri sendiri tak tau apa sebab rasa macam tak berapa nak nampak masa depan. kos yang aku ambil ni nampak macam kos yang umum.

tetapi,

terima kasih kepada ayahku yang berjaya mencelikkan dan mencuci mata aku yang penuh ngan taik mata ni menampakkan aku mana cabang kerja yang mungkin akan aku tempuhi. rupanya, sebab aku tak berapa nampak apa yang akan aku kerja nanti adalah sebab terlalu besar sangat cabang pekerjaan untuk kos aku ni.  tak yah kata paa la pasaipa aku tak boleh nampak masa depan. hik hik hk. jadi setelah hampir sebulan di terengganu ni, banyak jugak yang belajaq, banyak jugak yang telah difahami. bab akademik tu, lega jugakla masuk asasi dulu, banyak yang sama ja ngan asasi, jadi tak la rasa kekok sangat. itu ja la nak membebel. tak dak point pun sebab dok kalut buat benda lain. muahah. peace.

Friday, September 30, 2011

wise and dumb??


salam

tajuk kali ini adalah tajuk yang AMAT MEMBOSANKAN. makanya ini adalah peringatan awal. kepada sesiapa yang nak teruskan membaca, BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI..kihkihkih

ok, mula.

fikir dulu....
macamni, bila umur sampai tahap tak dapat tiket harga kanak-kanak lagi ni, kita akan nampak banyak benda berubah. tak percaya? rasa sama ja semua? ok..contoh 1

#1 masa kecik dulu, ada kisah tak kalau pakai baju yang busuk pi jumpa kengkawan?
#2 masa kecik dulu, nak lintas jalan ada tengok kanan kiri x?
#3 masa kecik dulu, kalau main meriam ada fikir apa benda buruk yang boleh jadi x??

hehe , apa punya contoh. apa pun, yang nak disampaikan adalah, bila da meningkat dewasa ni, hidup banyak terdedah kepada perkara yang lebih berat seperti politik, isu semasa, hal ehwal negara dan luar negara. dan macam-macam lagi. bab lain tu tak berapa nak kisah sangat. tapi bab politik ni, kekadang bila baca apa yang orang tulis atau sekadar pi lepak kedai kopi pun cukuplah. aci lawan tengok, (teringat mak,) tak habis-habis nak cakap pasal polituk sampai ada yang hampir bergaduh. ni nak habaq mai, kalau tau sikit ja pasai satu benda tu, jangan cakap. kalau tak tau kepala sampai ekor satu benda tu, jangan cakap, kalau tau suara kita cakap ni tak boleh bawak perubahan apa pun pada negara, jangan bising. mudah ja. bukan la nak kata aku ni hebat dalam politik apa segala, tapi, cukupla orang atas berbalah apa semua. kita ni dengaq dan ikut apa yang patut sudah la.

ni kalau aku kata macamni ada pulak yang akan kata?


    mamat ni konpom pro-kerajaan.
         eh bro, kami punya mulut punya suka la nak kat apa pun.
                apahal plak tak boleh nak bersuara, dalam Islam pun digalakkan uintuk menyuarakan pendapat...


 dan ada lagi la pelbagai soalan dan tohmahan dan tujahan berserta rangkaian pedih menusuk kalbu, merasuk jiwa,,...(teater jap).

tau aku nak jawab apa?
#1 saya bukan pro kerajaan, saya bukan pro pembangkang. saya neutral. yang betul saya kata betul, yang salah saya kata salah. as simple as that. 


#2 bro punya mulut, bro punya suka ya nak cakap apa? apa macam kalau bro punya mulut yang tak reti nak tutup tu kena titik sampai tak boleh nak cakap da? hidup kita kalau bermasyarakat ni, kita kena faham, rambut sama hitam, hati lain lain. tak semua orang satu kepala dengan kita. kena jugak jaga hati dan perasaan orang lain. benda macam ni kalau nak bincang atau nak cakap tak ada masalah, tapi fikirkan jugak apa kesannya yang akan berlaku kalau dicakapkan. sejauh mana fakta yang kita keluarkan. kalau orang tanya dari mana tau ni nak jawab apa? nak kata DEPA YANG HABAQ? sapa depa tu?? ingat jugak. cakap bukan boleh sebarang cakap. tak lupa juga, apa yang kita cakap tu, melambangkan peribadi kita. kalau dok heboh pasal hal peribadi orang, yb ni ada duit banyak ni, datok ni rumah berjuta apa semua, orang nampak kita ni jenis macammana. nak ka orang kenal kita dengan sifat yang macam tu? dari x dak dosa, kering da dapat dosa sebab mengumpat orang. nak cakap bab mengumpat ni kena buat post lain. tak pun dengaq ceramah ustaz kazim bab mengumpat. banyak cabang mengumpat ni.

#3 islam pun menggalakkan umatnya bersuara? benar. sokong sangat. tak kata salah. tapi jangan ambil separuh ja. asal islam kata boleh bersuara, cakap sepanjang  masa. islam itu indah, islam da tetapkan , ada bagi panduan siap tentang tatacara bersuara. kena hormati orang lain, bukan benda yang lagha, bukan benda yang tak tahu kebenarannya, tidak menyentuh hal peribadi orang lain dan banyak lagi la. jangan jadikan sebab islamkan memberikan hak untuk bersuara, ambil yang tu ja. kaedah untuk bersuara yang diajar oleh islam tolak tepi. jangan macam ni.

kalau semua orang nak bersuara, tapi tak ada yang nak mendengar, apa hasilnya? jadi, senang cakap, kalau tau sikit jangan cakap. elok diam dari bercakap. itu kata pujangga arab. " sebaik baik percakapan adalah yang pendek dan benar" kalau bahasa inggeris pulak, '  the difference between smart person and wise person is smart person know everything and talk, but wise person know everything and know when to talk ." faham kan? hidup kita mudah, Islam dah berikan kita petunjuk, panduan untuk jalani hidup yang sempurna. kenapa perlu kita ikut emosi sangat. jadi, lain kali, kalau nak cakap, fikirkan dulu..

Wednesday, September 28, 2011

saya mahasiswa....

salam

lama beno tak melawat. almaklumla, sibuk dengan benda lain, dengan internet pun da macam siput (tak boleh sebut) , makanya masa ni la baru nak lapang sikit nak menulis..''

baik, pada tanggal 4-09-2011, maka bergeraklah aku dari negeri jelapang padi ke negeri batu bersurat...haha, skema, dapat tawaran di UniSZA. asal tesl, dapat english. jadi la, asalkan sama bidang lagi. sekarang aku di sini la. ngaji english, ada jugak kelas bm aku masuk. pi mai pi mai, da dekat sebulan aku di sini, belajaq macam biasa. aku bawak moto da. hehe, senang sikit nak ke kelas. apa benda nak cerita, x banyak sangat yang menarik. sama ja la memana pun kalau ngaji kat universiti, sama ja. cuma suasana sini x la macam uitm dulu. senang cakap, tempat aku ni memang tempat belajar. no joli-joli k..

amacam? macho x..

ada yang kenal ke dalam gambaq ni?

aku yang mana? yang BESO tu...




Tuesday, August 30, 2011

raya dah datang.....

salam

MEMULA sekali nak cakap adalah rasa syukur kerana masih dapat peluang melengkapkan puasa ramadhan selengkapnya pada tahun ini. tak ada sebarang keuzuran. da nak raya da.

kemudian, pasal nak raya, suka jugak nak teringat balik zaman sekarang punya raya dengan dulu. tak tau nak kata la kalau apa yang dirasakan ni agak berbeza tapi inilah apa yang aku rasa.  ingatkah anda?

#1

kalau nak raya, mesti semua benda kena baru, baju melayu baru, karut baru ( nak yang ada lampu) , jam baru, langsir baru. semua la kata..

tapii....

sekarang ni dah tak kisah. asalkan tak koyak, bersih zahir pandangan cukup la. tak terasa pun nak beli yang baru

#2

malam raya konpom tido lambat sebab seronok dok bersiap rumah, buat ketupat, main meriam, mercun dan segala benda berkaitan dengan bahan letupan..kira malam raya ni meriah la.

tapii...

sekarang ni dah macam biasa. x dak nak cat rumah da. kemaskan apa yang patut saja. habis kuat sangat, ubah perabot ja. setel.

#3

kalau raya, kat tv mesti ada circus tayang kat tv. dan disitulah tempat kanak-kanak dan remaja melepak bila ada orang datang ke rumah. haha

tapi...

sekarang dah tak dak da. pelik juga kenapa takdak. mungkin nak suruh bebebudak pi sembang ngan ahli keluarga yang lain kit..

jadi tak banyak pun nak cerita hanya terkenang nostalgia raya dahulu dan sekarang. dah tak rasa da meriah macam dulu. rasa ramadhan lagi meriah. ya la kan, memalam sampai pukul berapa dengan terawih dan tadarus memalam. kang ni, kul 10 malam da senyap da masjid. biasa lah. masa pun da berubah. macam iklan tabloid paper apa ntah,, ' zaman dah berubah, dunia dah maju'..heh heh. harap berubah dan maju pun, tak la agama dan adat bangsa ditinggalkan di belakang k..

apapun, nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

SALAM LEBARAN 2011

P/S: raya ni terasa sangat sunyinya...



Sunday, August 21, 2011

kanak-kanak zaman millennium..

salam

ramadhan da sampai ke suku ketiga, dijauhkan dari azab kubur. insyaAllah kita sahut seruan dan rebut peluang yang dikurniakanNya ini.

ok,  back to the point,  apa yang nak kata adalah, pasai kanak-kanak zaman millennium ni. buat cara list la senang no.

#1

kanak-kanak zaman kita, petang-petang, mesti keluar rumah, jumpa kengkawan, main di luar. POLICE ENTRY, ULONG@GALAH PANJANG@ TUI,  ACI LIGAN DUDUK, TUJU KASUT, TAKRAW, BOLA SEPAK, ROUNDERS, MAIN AIR LONGKANG, WAU, MANDI HUJAN, DSB...


  tapi...




  kanak kanak sekarang, balik ja sekolah, terperap dalam rumah, MAIN XBOX@PS1/2/3, TENGOK MOVIE, FACEBOOK, TWITTER, dan sama waktu dengannya,  CHATTING, DSB.

                        nampak beza tu....

#2

kanak-kanak zaman kita, kalau dekat sekolah, masa nak balik, tunggu bas atau sesapa datang ambil, main LOMPAT TIKUS, TIANG-TIANG, TUDUNG TIN, PEPSI COLA, PIJAK KAKI(lupa nama apa, yang berdiri dalam bulatan, pijak kaki kawan tu)  , ICE WATER, senang cakap permainan yang berpeluh la.

tapi...

kanak kanak sekarang, habis ja sekolah, tak ada benda len da, terus pegang henpon, mesej apa segala,(sekolah boleh bawak henpon da ek sekarang)..

#3

kanak-kanak zaman kita, senang cakap,  BELEMOIH...(tak  kemas @ selekeh bagi yang tak faham)

tapi...


kanak-kanak zaman sekarang, baru darjah 4/5/6, tapi da macam budak U punya makeup..(tapi budak laki sama ja , banyak yang salah fesyen, pening) 


#4

kanak -kanak zaman kita, haha benda common, nampak sapa yang tua sikit ja,, otomatik, ABANG, KAK, PAKCIK, MAKCIK.. bahasakan diri  SAYA.

tapi...


kanak-kanak sekarang bedal sama ja. AKU. dengan x dak adabnya bercakap. (tak semua, tapi majoriti)

dan ada banyak lagi contoh yang lain yang rasa hampa pun nampak apa bezanya. bukan nak salahkan siapa, tapi ajak tengok la no, kalau yang matang, tak cuba bentuk balik adik-adik ni, bayangkan la masa depan macammana, kita yang akan tua kedepan, dan depa yang akan dewasa kedepan, macammana perilaku depa kat kita..