Wednesday, January 18, 2012

kasihnya ibu

salam..

terjumpa sebua cerita yang sangat mendalam maknanya.


SAYA BENCI MAK. MAK SAYA DAN IBU ANDA SEBENARNYA PENIPU!!!!! T T SEDEH..



Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.


Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : "Makanlah nak ibu tak lapar." PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.


Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.


Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.


Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.


Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.


Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit" PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.


Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.


Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." . PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN


Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu
"SEMOGA MENJADI TAULADAN".... :(

Thursday, January 12, 2012

bosan jadi baik. jadi jahat best jugak

salam

lama menyepi. bukan apa, terlalu sibuk dengan pelajaran. ni da mula cuti semester. ada banyak benda nak cakap tapi tak pa. tunggu dulu apa pun. yang post ni nak cakap pasai satu nukilan artistik (ceewahh) seorang sahabat. pendekatan yang digunakan memang cantik. harap dapat amik faedah dan manfaat dari penulisan dia ni la ek. hehe

nak merompak biar kena tempat. hehe
Penat jadi baik?? Jom jadi Jahat..


"haish"..
apa lagi??mengeluh la ramai2..saya tahu ada ramai yang dah penat jadi baik..
penat sangat kan??sbb bila kita buat baik orang x nampak..
so kali ni mr.weird nak menyeru korang semua untuk berbuat JAHAT..
ye..mari kita ramai2 berbuat JAHAT..
kat sini ader beberapa kejahatan berserta cara yang paling jahat yang mmg akan dipandang oleh Allah..

1.merompak..
di sini saya menekan kan supaya kita merompak dengan bersungguh2, dimana kita perlu mengaut semua keuntungan yang boleh kita dapat..jom kita rompak rahmat Allah..kita kaut semua rahmat, nikmat yang Allah beri kepada kita..jangan biarkan sikit pon pembaziran berlaku..





cinta kaw-kaw. jangan bagi peluang
2.couple..
jangan main2..couple nie bukan kaple yang biasa2 tau..couple nie kne dengan penuh nafsu..

supaya kita dapat sepenuh nikmat couple tuh..kita in relationship dengan Allah..pasti kan kita sentiasa rapat dengan Allah..x kira pagi, petang, or malam..nak tido pon kne rapat ngan Allah..dan yang paling penting on9 dengan Allah lima kali sehari untuk meningkatkan lagi rase kasih sayang tu..khusyuk tau..


3.membunuh..
tikam dalam dalam. baru ada umphh
dekat sini da lebih serius..so take notes k..task die susah sikit..bunuh segala nafsu dan godaan yang boleh mendatangkan kebaikan kepada syaitan yang direjam..INGAT!!jgn sesekali beri peluang kepada syaitan ..    

4.jadi lah manusia yang menyusahkan..
cam pelik pula kejahatan yang ke 4 ni..xper2..task tuk kejahatan yang keempat nie senang sikit..cara dia, mulakan setiap perkara dengan Bismillah ataupon doa..so kat sini kita boleh menjadi seorang yang menyusahkan syaitan..

rasanya 4 pon da cukup kot..banyak2 naty jadi masalah plak..biasa lah..menyeru kepada kejahatan..tp kne ikot ape yang di pandukan di atas..kalau x ikot..x jahat la..selamat mencuba.. ^^





Friday, December 2, 2011

kita sembah kaabah ka?

salam

lama x update  apa apa. ni ada cerita yang baru dengaq. logik gak analogi dia.kisah dia sapai

Kenapa Umat Islam 'Sembah' Kaabah?

Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak……

Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?

Pendakwah : Salah tu. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam.

Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah,
satu kotak berwarna hitam ?
Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?

Belum sempat pendakwah menjawab ….
Handphone N95 missionary berbunyi ….. 
Missonary menjawab panggilan telefonnya ….
Pendakwah sabar menanti …..
Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya,
dia merenung kepada Pendakwah ….
Pendakwah tersenyum ….

Missionary : Mengapa tersenyum ?
Bila awak hendak jawab soalan saya ?

Pendakwah : Erm … perlukah saya menjawab soalan awak ?

Missionary : Awak tak ada jawapan ?

Pendakwah : Bukan itu maksud saya.
Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya.
Saya dapati awak kurang siuman.

Missionary : Mengapa awak caka begitu ?

Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri,
ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap
“I love you mom” …

Missionary : Saya bukan cakap seorang diri.
Saya bercakap dengan emak saya.
Dia yang telefon saya tadi.

Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak.

Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon.
Apa masalahnya ?
(Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah).
Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?

Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ?

Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah.
Pendakwah mengambi N95 tersebut….. Pendakwah membelek-belek N95 tersebut ….
Pendakwah menggooncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja …
Lantas …. Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai …..
bersepaiiiiiiiiii …..

Merah padam muka Missionary menahan marah.

Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum ….

Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun.
Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone.

Missionary : MENGAPA AWAK NI BODOH SANGAT ?
Teknologi komunikasi sudah maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless.
Awak tak guna otakkah ?

Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum)
…. Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam menyembah menghadap Kaabah,
bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah.
Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah.
Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah.

Begitu juga dengan awak dan telefon.
Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95,
ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu.
Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak,
barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak,
dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu.

Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya,
mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary …
"Nah, ini duit untuk awak beli N95 yang baru …."
Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse ….
Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya ……


Friday, October 14, 2011

masa di depan atau masa depan?

salam

dewasa ini, ,terasa diri bagai tiada arah tuju..hahha. bukannya apa, rasa macam ada sesuatu yang tak berapa nak sedap hati. bukan nak kata tak bersyukur dalat masuk universiti, dapat kos yang kena dengan lane yang nak , tapi sebenarnya diri sendiri tak tau apa sebab rasa macam tak berapa nak nampak masa depan. kos yang aku ambil ni nampak macam kos yang umum.

tetapi,

terima kasih kepada ayahku yang berjaya mencelikkan dan mencuci mata aku yang penuh ngan taik mata ni menampakkan aku mana cabang kerja yang mungkin akan aku tempuhi. rupanya, sebab aku tak berapa nampak apa yang akan aku kerja nanti adalah sebab terlalu besar sangat cabang pekerjaan untuk kos aku ni.  tak yah kata paa la pasaipa aku tak boleh nampak masa depan. hik hik hk. jadi setelah hampir sebulan di terengganu ni, banyak jugak yang belajaq, banyak jugak yang telah difahami. bab akademik tu, lega jugakla masuk asasi dulu, banyak yang sama ja ngan asasi, jadi tak la rasa kekok sangat. itu ja la nak membebel. tak dak point pun sebab dok kalut buat benda lain. muahah. peace.

Friday, September 30, 2011

wise and dumb??


salam

tajuk kali ini adalah tajuk yang AMAT MEMBOSANKAN. makanya ini adalah peringatan awal. kepada sesiapa yang nak teruskan membaca, BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI..kihkihkih

ok, mula.

fikir dulu....
macamni, bila umur sampai tahap tak dapat tiket harga kanak-kanak lagi ni, kita akan nampak banyak benda berubah. tak percaya? rasa sama ja semua? ok..contoh 1

#1 masa kecik dulu, ada kisah tak kalau pakai baju yang busuk pi jumpa kengkawan?
#2 masa kecik dulu, nak lintas jalan ada tengok kanan kiri x?
#3 masa kecik dulu, kalau main meriam ada fikir apa benda buruk yang boleh jadi x??

hehe , apa punya contoh. apa pun, yang nak disampaikan adalah, bila da meningkat dewasa ni, hidup banyak terdedah kepada perkara yang lebih berat seperti politik, isu semasa, hal ehwal negara dan luar negara. dan macam-macam lagi. bab lain tu tak berapa nak kisah sangat. tapi bab politik ni, kekadang bila baca apa yang orang tulis atau sekadar pi lepak kedai kopi pun cukuplah. aci lawan tengok, (teringat mak,) tak habis-habis nak cakap pasal polituk sampai ada yang hampir bergaduh. ni nak habaq mai, kalau tau sikit ja pasai satu benda tu, jangan cakap. kalau tak tau kepala sampai ekor satu benda tu, jangan cakap, kalau tau suara kita cakap ni tak boleh bawak perubahan apa pun pada negara, jangan bising. mudah ja. bukan la nak kata aku ni hebat dalam politik apa segala, tapi, cukupla orang atas berbalah apa semua. kita ni dengaq dan ikut apa yang patut sudah la.

ni kalau aku kata macamni ada pulak yang akan kata?


    mamat ni konpom pro-kerajaan.
         eh bro, kami punya mulut punya suka la nak kat apa pun.
                apahal plak tak boleh nak bersuara, dalam Islam pun digalakkan uintuk menyuarakan pendapat...


 dan ada lagi la pelbagai soalan dan tohmahan dan tujahan berserta rangkaian pedih menusuk kalbu, merasuk jiwa,,...(teater jap).

tau aku nak jawab apa?
#1 saya bukan pro kerajaan, saya bukan pro pembangkang. saya neutral. yang betul saya kata betul, yang salah saya kata salah. as simple as that. 


#2 bro punya mulut, bro punya suka ya nak cakap apa? apa macam kalau bro punya mulut yang tak reti nak tutup tu kena titik sampai tak boleh nak cakap da? hidup kita kalau bermasyarakat ni, kita kena faham, rambut sama hitam, hati lain lain. tak semua orang satu kepala dengan kita. kena jugak jaga hati dan perasaan orang lain. benda macam ni kalau nak bincang atau nak cakap tak ada masalah, tapi fikirkan jugak apa kesannya yang akan berlaku kalau dicakapkan. sejauh mana fakta yang kita keluarkan. kalau orang tanya dari mana tau ni nak jawab apa? nak kata DEPA YANG HABAQ? sapa depa tu?? ingat jugak. cakap bukan boleh sebarang cakap. tak lupa juga, apa yang kita cakap tu, melambangkan peribadi kita. kalau dok heboh pasal hal peribadi orang, yb ni ada duit banyak ni, datok ni rumah berjuta apa semua, orang nampak kita ni jenis macammana. nak ka orang kenal kita dengan sifat yang macam tu? dari x dak dosa, kering da dapat dosa sebab mengumpat orang. nak cakap bab mengumpat ni kena buat post lain. tak pun dengaq ceramah ustaz kazim bab mengumpat. banyak cabang mengumpat ni.

#3 islam pun menggalakkan umatnya bersuara? benar. sokong sangat. tak kata salah. tapi jangan ambil separuh ja. asal islam kata boleh bersuara, cakap sepanjang  masa. islam itu indah, islam da tetapkan , ada bagi panduan siap tentang tatacara bersuara. kena hormati orang lain, bukan benda yang lagha, bukan benda yang tak tahu kebenarannya, tidak menyentuh hal peribadi orang lain dan banyak lagi la. jangan jadikan sebab islamkan memberikan hak untuk bersuara, ambil yang tu ja. kaedah untuk bersuara yang diajar oleh islam tolak tepi. jangan macam ni.

kalau semua orang nak bersuara, tapi tak ada yang nak mendengar, apa hasilnya? jadi, senang cakap, kalau tau sikit jangan cakap. elok diam dari bercakap. itu kata pujangga arab. " sebaik baik percakapan adalah yang pendek dan benar" kalau bahasa inggeris pulak, '  the difference between smart person and wise person is smart person know everything and talk, but wise person know everything and know when to talk ." faham kan? hidup kita mudah, Islam dah berikan kita petunjuk, panduan untuk jalani hidup yang sempurna. kenapa perlu kita ikut emosi sangat. jadi, lain kali, kalau nak cakap, fikirkan dulu..