salam
tajuk ni saja rasanya dah menyebabkan ramai antara kita mula terfikirkan berkenaan melihat perwatakan manusia. memang benar, mungkin ini adalah suatu yang amat biasa. tapi sejauhmanakah kita sedar yang kita hanya sekadar melihat tanpa mula untuk bertindak melakukan sesuatu yang mungkin membawa perubahan yang baik kepada kehidupan seharian..kali ini, nak bawakan kisah manusia di alam remaja. ada sesetengah pihak memanggilnya sebagai awal dewasa. tak kiralah bagaimanapun ia ditakrifkan, yang penting, kita tahu siapa yang kita maksudkan. secara amnya, dapat dilihat disini adalah remaja kini tiada identiti diri.. masih tiada lagi gaya tersendiri, cara hidup, survival dan sebagainya yang berkaitan. contohnya, ramai remaja yang meningkat dewasa yang menjejakkan kaki ke alam universiti, kebebasan yang dikecapi itu digunakan bagai tiada lagi hari esok. bukan mengata, tetapi ini adalah berdasarkan pengalaman diri juga. kedatangan aku ke daerah maju ataupun urban ini membuuatkan pelbagai benda ingin di cuba. namun, apa yang dapat diperhatikan adalah, apabila aku berada di tahap ini, ketenangan minda dan jiwa adalah sesuatu yang amat bernilai dan ianya adalah sesuatu yang menunjukkan kematangan seseorang. akan telihat perbezaan itu. antara orang yang membuat keputusan berdasarkan pengaruh emosi dan mereka yang berlandaskan rasional. percayalah, kalau ada di kalangan pembaca kini masih berada di bangku sekolah atau mungkin sudah memasuki alam universiti dan bakal menamatkan pengajian, sedarlah bahawa muda hanya sekali. jangan hancurkan masa muda ini dengan perkara yang hanya akan memuaskan hati dan jiwa anda pada ketika itu sahaja,. lebih baik bekorban masa muda remaja ini untuk masa dewasa yang selesa. bayangkan, kita gembira pada waktu remaja, kalau di sekolah, sekolah itu adalah kerajaan anda, kalau di university, universiti itu adalah platform kebanggaan kita. namun sedarkah kita tentang kehidupan masa depan. bukan lagi kuasa terhad dengan kawasan sekolah atau universiti sebagai kawasan kita maharajalela tetapi, DUNIA menjadi pentas kita..apakah dengan sekadar kemegahan yang kita rasakan semasa muda ini dapat menajadikan kita selesa di alam dewasa? fikirkan.,..( kalau ada yang pening, baca banyak kali)hehe
No comments:
Post a Comment