Kalimah
Acap kali insan berbicara,
Mari melihat apa yang di kata
Usah dipandang siapa berkata
Namun
Mengapa dihina pelaku dosa
Dibencinya lebih dari
perbuatan dosa
Hingga tiada beza antara
engkau dan dia.
Acap kali insan berbicara
Biar dakwah dengan
kelembutan
Agar hati yang keras dapat
dilembutkan
Namun
Diherdik insan bagaikan
haiwan
Mahu menusuk kalbu itu
alasan
Keliru aku sama ada ini
malaikat ataupun syaitan.
Acap kali insan berbicara
Lisan mengukir kata sahih
Isi dicangkir kerana ilmu
aku fasih
Namun
Kalimah jauh dari yang
jernih
Kutukan kejian hati ditoreh
Tertanya aku mana yang
soleh.
Wahai manusia dengarlah kata
Jangan dirasa dirimu mulia
Mengharap teguran membawa
pahala
Meluka perasaan membawa dosa
Wahai manusia dengarlah kata
Jangan di ikut hati yang
membara
Usah dibelai hati yang dusta
Kelak hidup membawa bencana
Wahai manusia dengarlah kata
Syurga neraka itu janjiNya
Berjaga lidah
dalam bicara
Berjaga tubuh dalam bekerja.
1 comment:
That's deep man..
Post a Comment