Sunday, November 18, 2012

hujan letupan,

salam

lama tak update blog semenjak laptop dan segala barang beharga yang lain hilang dicurik penyamun. sedih teramat sangat. namun terima kasih pada ayahanda dan bonda yang menggantikan kepada sesuatu yang lebih power. hehe. tapi x pa. bukan itu yang nak dibicarakan, yang nak diketengahkan adalah tentang apa yang sedang hangat diperkatakan dan negera yang sedang hangan dihujani dengan letupan.

sepertimana yang kita tahu, pada 1 muharam tahun ini, bumi palestin, di gaza telah diserang oleh tentera laknatullah Israel dengan alasan yang tidak boleh diterima akal. kesengsaraan, tekanan, ahli keluarga dibunuh, anak kecil kehilangan ibu bapa, ibubapa kehilangan anaknya. saudara mati didepan mata.



gambar ni menceritakan bagaimana palestin yang dahulunya luas kawasan pemerintahannya namun kini semakin terhakis oleh penaklukan israel. pada yang tak tau gaza tang mana, tu, yang kecik belah kiri gambar tu. ada label gaza.

dari jauh ini, tak banyak yang dapat dibantu melainkan derma dan doa kepada Illahi agar dipermudahkan rakyat umat islam di palestin sana menempuh dugaan ini.



sesama la kita panjatkan doa untuk mereka di sana

namun, sedihnya diri pada saudara di sana, sedih lagi pada apa yang terjadi di negara sendiri. makin lama, makin ramai yang membenci pada saudara sendiri. tak cukup dengan itu, kita tak jaga hubungan kita sesama manusia. kita menyakiti, hubungan kita dengan Allah bagaimana? sempurnakah pertalian itu? ayuh renung bersama. untuk gaza, doa kami sentiasa bersama anda

Thursday, July 19, 2012

relax, respect, respond?

salam

ha, penah dengaq dak pasai tajuk tu. yang dalam tv3 tengah maghrib tu. dulu ja, la ni tak tau ada lagi ka dak. tapi kita bukan nak cerita pasal rancangan tu, sebab kalau promosi kat sini pun bukan dapat bayaran. apa yang nak dicakapkan adalah berkenaan cara kita nak respon kepada dunia. nampak macam besaq, tapi sebenarnya ia adalah perkara kecil yang kalau tersilap langkah, boleh jadi besar.

macammana yang kata respon ni boleh membawa kepada benda yang besar? kita tengok beberapa perkara yang kalau tersalah laku dalam respon, boleh bawa padah.

#1 EMOSI

dalam nak memberi respon ni, selalunya orang akan terikut-ikut dengan keadaan emosi waktu tu. contoh yang paling jelas, kawan kita pecahkan barang kita, konpom-konpom kita melenting, marah, silap-silap ada yang maki hamun. betul tak?
ini yang dikatakan benda kecik boleh jadi besar. disebabkan kita terlalu ikutkan emosi kita, kita tengking, marahkan, maki hamun kawan kita sampai kawan tu terasa hati, dengan kita. apa kesannya? perhubungan menjadi renggang. nak jumpak pun jadi malu alah, segan, dan boleh jadi menyampah nak jumpa. kan da teruk tu. jadi, bila saja anda nak memberikan respon kepada sesuatu, kawal emosi, tenangkan diri tarik nafas dalam-dalam, istighfar, baru respon pada dia. rasionalnya, maki hamun macammana pun, barang pecah bukan boleh elok balik. setel elok-elok. tanya diam nak ganti balik ka, nk beli ganti ka nak bayar duit saja. lagi bagus, kita halalkan saja. benda ini semua qada dan qadar Allah.

#2 NATIJAH

berangkai dengan emosi tadi, jangan lupa, setiap respon yang kita buat, mestilah ada rasionalnya. barulah tak termakan diri nanti. macammana tu? kita amik kes yang sama, mungkin hampa boleh kawal emosi, tak marah, melenting maki hamun apa semua, tapi hampa tak ambil rasional atas respon hampa. contohnya, sebab dia pecahkan gelas kesayangan hampa, hampa pi saman dia, masuk mahkamah.ayat paling fofular adalah 'I SEE YOU IN COURT' . apa kesan dia? saya bukan jurusan undang-undang, tapi setau saya, benda ni kalau nak buat kes sebab pecha gelas sebijik ja, polis gelak ja tengok. sapa yang dapat malu? diri sendiri jugak. jadi, kalau dah boleh kawal emosi dalam memberi respon, jangan lupa, fikirkan tentang natijah diatas respon tu. fikir rasional supaya tidak merugikan diri.

#3 JANGAN TERBURU-BURU

kes yang sama, kalau kalut-kalut nak respon, tak mau amik masa nak tenangkan diri, bagi peluang untuk berbincang, mintak pendapat yang pakar tentang apa yang boleh dilakukan, buat cadangan penyelesaian awal dan kenal pasti kekurangan, rugi apa-apa ka? dak kan? kalau kalut nak bagi respon, terus nak selesai masalah gitu ja, macammana nak capai jalan penyelesaian yang paling baik? macam kes langgar belakang kereta la kan, moto hentam kereta, kalau bincang elok-elok, mintak pendapat orang yang pernah mengalami perkara ini, tahu cara macammana depa selesaikan, kan tak rugi. kalau kalut-kalut terus nak buat repot polis, tak ka tak pepasal kena saman pulak?

apa pun, dalam nak buat urusan apa sekali pun, tak kira la dalam memberi respon ka apa, yang penting, relax-kan diri, respect orang lain, dan respond dengan cara yang paling berhemah. benda boleh setel....



Thursday, June 7, 2012

manusia hanya merancang, Allah yang menjayakan


salam

     hati rasa sedih jugak. kebetulan minggu depan 10 jun da mula final exam. banyak yang kena study dengan carry mark yang tak berapa memberansangkan. nak dijadikan pulak, laptop beserta gadjet yang lain hilang tatkala amat memerlukan untuk study. kekadang rasa sedih, kekadang rasa marah, tapi bila difikirkan balik. kenapa nak rasa marah. benda nak jadi, benda dah Allah tentukan akan terjadi. manusia tiada kuasa untuk menghalang. kalau Allah kata 'kun'( jadilah), maka faya kun (jadilah ia). bila merenung sendirian, mula berfikir, bila tak yakin dengan kuasa Allah, itu yang menjadikan diri semakin resah, marah, geram, sedih, takut. Allah dah tetapkan rezeki, jodoh ajal kita dari sebelum terjadinya kita lagi. Yakin dengan Allah, insyaAllah hati selalu gembira.

    nak dijadikan cerita, terbaca pasal post harga hantaran perkahwinan macam hal hantaran perkahwinan, marah kalau pasangan letak mahal2, lain tarafa pendidikan lain harga, kenapa nak marah. kalau betul dia itu jodoh, letak mahal mana pun, Allah akan bantu bagi dapat jugak. murah macammana pun, kalau bukan jodoh, x dapat jugak. lagi satu, kalau betul nak dilansungkan hajat tu, selalunya diletakkan yag boleh ditangung, kalau letak sampai x boleh tanggung tu, faham2 la maksud tersirat dia

teringat apa ayah kata, kalau bukan rezeki kita, sampai kat mulut da pun terjatuh ke lantai. kalau bukan hak kita satu benda tu, tak akan dapat kat kita. perancangan Allah da lengkap da. redha selalu.

dalam Quran pun dah kata,

dan ketika Tuhan kamu memberitahu demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahkan nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azabKu amatlah keras” [Ibrahim 14: 7].

makanya, dalam hidup ni, kena selalu redha dan syukur dengan nikmat yang ada. kita marah sebab barang hilang, tapi kita syukur tak dengan barang yang kita ada?

Saturday, May 19, 2012

komen , kritik, kutuk, nasihat..ada beza ka???

salam

ada masa sikit ni, saja la nak menulis sikit. sebenarnya dah kalut nak final dah ni. segala assignment ngan test mula nak berlaga. tapi x pa.

#komen
kenapa kita komen? tentulah sebab ada sesuatu yang tak kena atau bagi tujuan membetulkan balik apa yang terlari dari landasan sebenarnya. tapi, mengikup pemerhatian aku, komen ini ada jenis-jenisnya.

       kritik
http://4.bp.blogspot.com/_HrrF1dVd2ZM/TSe3XDdXq2I/AAAAAAAAAj8/5Kmzs_mJN78/s1600/pengkritik+raja+lawak+5.jpg
macam depa ni la, da berpengalaman dalam bidang depa

          selalunya kritik ni bila orang tu tahun atau ada pengalaman yang lebih mendalam dan memberikan  
          kritikan untuk membuatkan sesuatu itu lebih sempurna.ada kata kritikan membina, kritikan
          menjatuhkan.tapi bagi aku, yang ada kritikan membina. kalau kritikan menjatuhkan tu, dia termasuk
          dalam kategori kedua iaitu....



kutuk
  yang orang dok kata kritikan yang menjatuhkan tu sebenarnya adalah kutuk la. saja nak bagi nampak baik
  baik budi bicara sikit, biasanya, kutuk ni bukan sebab apa, sebab tak puas hati ngan orang sama ada dia
  tak boleh buat benda yang sama atau marah sebab orang tak ikut cara dia. ini yang tak kena ni. mau
  semua ikut langkah dia, kendian sapa tak mau ikut, mula nak kutuk. yang bestnya adalah dia pandai putar
  belit mengatakan ini adalah kritikan membina TAPI menggunakan cara yang lebih aggresiv. kalau anda  
  dapat membezakan hal ini, anda bijak teramat. tapi sebenarnya, apa yang semua orang perlukan adalah...




NASIHAT
http://khalilullah.comze.com/wp-content/uploads/2011/05/nasihat.jpg
nampak tenang dan boleh diterima apa yang diperkatakan. inilah nasihat
nasihat akan ada dapam astu keadaan saja. iaitu dalam keadaan yang selesa, memberansangkan dan amat membantu dalam membangunkan semangat dan membetulkan keadaan kembali. ada yang kata marah itu nasihat, TIDAK.... marah itu marah, nasihat itu nasihat. ingat tak mak ayah selalu kata marah ni bukan benci, tapi marah ni sayang. itu mak ayah aku kata, sebab tu aku tau mak ayah aku sayang kat aku. tapi x pernah aku dengar mak ayah aku kata marah ni nasihat. sebab kalau mak ayah aku marah macammana pun, kalau nak marah, mereka akan marah, tapi lepas tu, mereka akan tenangkan diri, kemudian nasihat kan aku dengan cara yang berhemah. cara yang membuatkan aku jadi malu alah. cara yang menjadikan aku sedar apa kesalahan aku dan apa yang patut aku lakukan untuk merubah keadaan. sayang mak ayah. hormatilah dan dengarlah nasihat mak ayah, mereka lebih matang dalam menguruskan hal kehidupan. kalau anda rasa anda lebih nampak bagaimana dunia dari mereka, walaupun anda pernah sampai ke zimbabwe, afrika , russia ka apa ka, ingat, mak ayah kita tahu lebih dari itu macammana nak menghadapi hidup...


ada satu benda terakhir ni, ini adalah perkara yang semua orang kena tahu untuk membezakan segalanya yang tertera di atas iaitu




berleter
https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/380402_291380637553962_210424388982921_1086126_204804466_n.jpg
hah, sampai kena buat gini dah. heheh

berleter ini adalah gabungan kritik. komen, kutuk dan nasihat. tapi semuanya ada peratusannya yang tersendiri. tapi yang pastinya, ianya dilakukan dalam keadaan marah, menyampah dan seringkali adat perbandingan akan digunakan. tak kira bandingkan dengan orang lain atau bandingkan dengan di pe-leter sendiri. inilah cara yang paling tidak berkesan dalam merubah seseorang. serious tak tipu. tanya la sapa pun, sapa suka kalau dia dileteri. kalau dia suka dileteri itu, sama ada dia bukan kena dileteri, mungkin dia keliru dengan kaedah-kaedah diatas atau pun dia suka kat orang yang meleteri dia tu, atau pun .......masuk air. 

jadi , disini, nak tegaskanlah, kalau kita nak merubah orang, pastikan dulu cara yang kita nak gunakan, untuk siapa yang kita nak gunakan, atas alasan apa kita nak gunakan, emosi apa yang hendak kita  gunakan. salah dalam pemilihan di peringkat ini, pastinya akan menjadi provikasi. tak percaya? cubalah...


Saturday, April 28, 2012

Malaysia...apa terjadi?

salam

akhir-akhir ini, boleh dikatakan berlakunya kebangkitan rakyat dan mahasiswa. bagus tu. nampak pakat-pakat bersemangat nak memajukan negara, nak menjadikan negara Malaysia tercinta ini suatu tempat yang lebih sempurna. dalam masa yang sama, wujud beberapa kes yang ada kaitan dengan aku, sebagai seorang mahasiswa dan jugak rakyat malaysia.

kes #1

PTPTN

telah diusulkan andai kata PRU 13 ini akan berubah kerajaan, hutang ptptn akan dimansuhkan dan ptptn akan dijadikan biasiswa. sebagai mahasiswa, aku memang seronok sangat la. da kata semua nak dapat biasiswa, tambah pulak, akan diadakan pendidikan percuma atau dalam makna kata yang lain, yuran dah tak ada. bagus sangat cadangan itu. tapi cuba fikir lebih mendalam lagi, dari mana nak ambil dana untuk nak tampung semua tu? bagaimana dengan nasib pelajar ipts yang bergantung harap pada ptptn? ada jawapan mengatakan dana itu boleh diambil dari keuntungan petronas yang banyak. fikir balik, petronas tu nak kembangkan jugak perniagaan dia, gaji pekerja dia bukannya sikit, pekerjanya bukannya sikit. dalam masa yang sama, tol nak dimansuhkan, cukai nak dihapuskan, dana negara datang dari mana? kalau pihak berkenaan boleh nyatakan dengan jelas berkenaan isu PTPTN ni, dengan menyatakan alternatif lain bagi mendapatkan dana untuk membangun dan memajukan negara, baru ada logik...sekadar janji, suruh tukar dahulu, baru akan diterangkan, macam beli barang elektrik, tapi kena beli bayar duit dulu baru boleh test ok ke x...

kes#2

AUKU

malam tahun baru, da mula kecoh di tanjung malim berkenaan gerakan mahasiswa untuk menghantar memorandum ke pejabat universiti.  kalau tengok pada asalnya, memang tak ada salah. pak gad pun patut biarkanlah depa masuk pi hantaq, tapi yang jadi masalahnya, hantaq memo pukul 2 pagi, sapa nak bukak pintu. kalau bukak pun, nak serah kat sapa? kalau ada nak serah kat sapa pun, nak boleh buat apa? semua urusan pun kalau nak buat kena siang hari, waktu bekerja, dah tu, hari cuti tahun baru pulak. sapa yang nak kerja. yang semakin tak fahamnya, nak tuntut kebebasan mahasiswa dalam berpolitik, itu saja, tapi apa yang jadi ada yang kata hapus auku , hapuskan fasal 15, beri kelonggaran sahaja.. jadi,  apa sebenarnya yang nak diperjuangkan ni. dah nampak dah kecelaruan disini. matlamat dah celaru, cara dah tak kena. kalau betul nak perjuangkan hak berpolitik, gunakan cara bijak. jumpa cara aman, buat sesi rundingan meja bulat, kalau payah sangat, guna kuasa media dengan betul. banyak lagi cara yang bertamadun yang boleh diambil. aku bukanlah orang yang aktif dalam politik tapi, kalau betul pihak berkenaan nak perjuangkan nasib mahasiswa, kenapa perlu libatkan parti politik. adakah hanya parti yang disertai oleh 'pejuang mahasiswa'  ini sahaja yang hendakkan kelonggaran untuk berpolitik. yang parti lain tak ada hak ka?

kalau dulu, satu kampun, sorang dua ja dapat masuk universiti, sekarang, siap ada program, satu rumah, satu mahasiswa, satu ijazah. banyak kemudahan yang disediakan, banyak jalan di buka. tak puas hati dengan ptptn, x payah pinjam, bukan wajib. jangan sebab kita x mau bayar, kita rasa beban pasal tu, kita tutup jalan kepada mereka yang hanya ada jalan ini untuk terus pelajaran. pasal auku, susun keutamaan diri. terlibat dengan demo, kempen, ada jawatan dalam parti, tak membuatkan resume anda lebih hebat pun. majikan x minat pun nak tengok pasal tu.

jadi, senang kata, ingat, sebagai mahasiswa, yang berada di institusi pengajian tinggi, apa keutamaan kita. terlibatnya kita dengan sesuatu itu penting ka, memberi faedah ka pada masa depan kita.kena ingat, akhirat kita kejar, dunia tak kita tinggal. seimbangkan keduanya..ok?