Sunday, July 21, 2013

Rap adat kita

Lagu sri mersing bukan seloka pak kadok 
Digarap anak muda bukan sematanya dicedok
Dengar dua telinga jangan baling dengan senduk 
Cerita orang kita buka mata terus tengok   

Cakap datuk tokwan tebuan jangan dijolok sarang
Suntik bisa  tiga malam belum tentu akan hilang
Jatuh bila gaduh tapi menang bila perang 
Resam anak melayu tidak angkuh macam seladang


Resmi padi kepala tunduk bila makin berisi
Ayat lama makna mudah jadi motivasi
Kena tabik maharaja biar aku jadi saksi 
Namun depan ibu bapa tidak lagak penuh aksi.  

Muda bijak betul 
Tua sangat matang 
Kerja sungguh betul 
Hasil bersepah dulang  

Puisi indah anak coret bukan buat tuan meleret
Kata biasa cakna budaya buka mata lapang minda
Adat molek negeri cantik jangan tikam dengan badik
Apa ada kita sua buat kenal bulat dunia
Bersambung....

Thursday, July 18, 2013

Senja

Bernafas tak selalu lega. Ada kala tersekat,
Siang tak kekal selamanya, ada kala malam bertempat.
Senang tak sentiasa berada, ada kala terlalu padat.
Usah lupa pada Yang Berkuasa, nanti jauh dari sengsara

Wednesday, July 17, 2013

Kalimah

Kalimah

Acap kali insan berbicara,
Mari melihat apa yang di kata
Usah dipandang siapa berkata

Namun

Mengapa dihina pelaku dosa
Dibencinya lebih dari perbuatan dosa
Hingga tiada beza antara engkau dan dia.

Acap kali insan berbicara
Biar dakwah dengan kelembutan
Agar hati yang keras dapat dilembutkan

Namun

Diherdik insan bagaikan haiwan
Mahu menusuk kalbu itu alasan
Keliru aku sama ada ini malaikat ataupun syaitan.

Acap kali insan berbicara
Lisan mengukir kata sahih
Isi dicangkir kerana ilmu aku fasih

Namun

Kalimah jauh dari yang jernih
Kutukan kejian hati ditoreh
Tertanya aku mana yang soleh.

Wahai manusia dengarlah kata
Jangan dirasa dirimu mulia
Mengharap teguran membawa pahala
Meluka perasaan membawa dosa

Wahai manusia dengarlah kata
Jangan di ikut hati yang membara
Usah dibelai hati yang dusta
Kelak hidup membawa bencana

Wahai manusia dengarlah kata
Syurga neraka itu janjiNya
Berjaga lidah dalam bicara         
Berjaga tubuh dalam bekerja.


Tuesday, July 16, 2013

katarsis

salam

dah lama tak menjenguk sini. kerja semakin bertimbun. tugasan makin menggunung. sampaikan fb pun x berapa nak tengok dah. tv apatah lagi. ni dah cuti sem ni, alhamdulilllah ada masa sikit nak tengok apa yang patut. punya x logik cmni punya lama tinggal blog. baik x payah blog lagu ni

ok, tajuk katarsis. mudah ja. maksudnya kelegaan emosi atau perasaan dari ketegangan. kot kalau tak tau lagi try la google ka, . nak sedap masuk utube cari catharsis theory. terma ni menerangkan bagaimana manusia mencapai titik kepuasan dan kelegaan bila teringinkan sesuatu. kalau ikut teori ini dalam kesan media, manusia tengok movie ganas dan lasak sebab sebenarnya dia nak buat benda tu. rasa nak tumbuk orang tapi tak boleh, jadi dia ambil langkah tengok movie yang ada aksi begitu.

pernah tak hampa tengok movie, contohnya transporter la katakan (aku minat yang ni) kemudian bila ada babak gaduh tu, sampai terangkat badan hampa puas tengok hero belasah orang. ataupun bila tengok cerita hindustan sampai megalir air mata. haaa. itulah katarsis .

tapi bukan itu subjek utamanya. yang ditengah dalam post kali ini adalah bagaimana sebenarnya katarsis yang ditakrifkan dari bijak pandai ini sebenarnya telah terbalik. sepatutnya kita rasa geram, kita tengok movie,hilang geram, tapi kini apa yang terjadi adalah kita tengok movie, kita rasa geram, kita pi buat kat orang.

terbalik dan pelikkah? sebenarnya tak pun, tapi bila faktor hiburan dijadikan paksi kepada keganasan, itu yang pelik. ramai yang nak meniru sangat jadi hero. keluar cerita KL Gangster, pakat mengaku ayahanda, abang long habih. movie lain pulak keluar, ngaku diri belajar muay thai pulak , Juvana lagi stail, sampai ada sekumpulan budak buli sorang ja. dan macam2 kes lagi la

persoalnnya, bukan nak cari salah siapa, sebab akan ada banyak jawapan tapi tak ada penyelesaian. jadi, persoalan utama, apa nak buat

bagi aku mudah.

1) tutup tv @ x payah tengok movie yang macam ni
2) ibu bapa atau orang dewasa mainkan peranan dalam menapis apa yang ditonton oleh budak2
3) dewasa sendiri tunjukkan perilaku baik. kalau dewasa buat benda yang x berapa nak baik dan terlihat oleh kanak2, pi terang balik kat dia atas rasional apa anda berbuat demikian.

ada lagi pandangan lain???

Sunday, November 18, 2012

hujan letupan,

salam

lama tak update blog semenjak laptop dan segala barang beharga yang lain hilang dicurik penyamun. sedih teramat sangat. namun terima kasih pada ayahanda dan bonda yang menggantikan kepada sesuatu yang lebih power. hehe. tapi x pa. bukan itu yang nak dibicarakan, yang nak diketengahkan adalah tentang apa yang sedang hangat diperkatakan dan negera yang sedang hangan dihujani dengan letupan.

sepertimana yang kita tahu, pada 1 muharam tahun ini, bumi palestin, di gaza telah diserang oleh tentera laknatullah Israel dengan alasan yang tidak boleh diterima akal. kesengsaraan, tekanan, ahli keluarga dibunuh, anak kecil kehilangan ibu bapa, ibubapa kehilangan anaknya. saudara mati didepan mata.



gambar ni menceritakan bagaimana palestin yang dahulunya luas kawasan pemerintahannya namun kini semakin terhakis oleh penaklukan israel. pada yang tak tau gaza tang mana, tu, yang kecik belah kiri gambar tu. ada label gaza.

dari jauh ini, tak banyak yang dapat dibantu melainkan derma dan doa kepada Illahi agar dipermudahkan rakyat umat islam di palestin sana menempuh dugaan ini.



sesama la kita panjatkan doa untuk mereka di sana

namun, sedihnya diri pada saudara di sana, sedih lagi pada apa yang terjadi di negara sendiri. makin lama, makin ramai yang membenci pada saudara sendiri. tak cukup dengan itu, kita tak jaga hubungan kita sesama manusia. kita menyakiti, hubungan kita dengan Allah bagaimana? sempurnakah pertalian itu? ayuh renung bersama. untuk gaza, doa kami sentiasa bersama anda