Wednesday, July 24, 2013

rap adat kita -part II

ilmu dalam dada jangan sampai jadi basi
genggam erat dalam tangan ijazah yang diberi
biar pandai inggeris jangan lupa jawi
jauh mana belayar jangan lupa tempat awal berdiri

banyak orang banyak ragam banyak cerita
angkat diri tabik dada bagai esok aku raja
lawan kini bukan senjata tapi minda
guna laju dalam kepala bukan laju peluru buta

puisi biasa anak coret bukan buat tuan meleret
kata biasa cakna budaya buka mata lapang minda
adat molek negeri cantik jangan tikam dengan badik
apa ada kita sua buat kenal bulat dunia

dulu asal tiga kini jadi satu
biar hilang sana jangan sampai kena catu
kumpul kudrat buat sampai musuh kaku
pulun kedah pulun, jelapang padiku.

Monday, July 22, 2013

casing mana yang nak beli

salam

nak kongsi sikit ilmu berdasarkan pengalaman sikit dalam memilih casing

1) jangan pilih yang ada magnet. sebab ia akan ganggu banyak benda. bateri, reception, digitizer screen, lcd screen dan banyak lagi


2) kalau nak yg jenis snap case, plastik keras belakang tu, check bebetul segala bucu dan bahagian yang menyentuh hp. pastikan tak tajam, dan tidak tak sekata. sebab kalau ada bahagian yang dipotong tak elok boleh menyebabkan benzel di tepi hp akan calar. elok cari yang ada pelapik dalam untuk snap case. biasanya yg murah menyebabkan calar. 

3) kalau beli jenis silikon, pertama sekali pastikan semua lubang, (audio, charger, usb, hdmi apa sahaja) boleh digunakan atau mempunyai kelegaan yang memuaskan. kang balik masuk charger tak masuk pulak. andai ada physical key yang tertutup, cuba tekan kalau2 mudah atau susah nak tekan. ada jenis silikon yang susah dan keras bila nak tekan. selalunya lock key ngan volume susah .


4) kalau anda jenis suka jatuhkan hp, untuk memilih casing yang sempurna dan tahan lasak, jangan pilih yg jenis silikon @ rubber sahaja, cari yang ada gabungan hard plastic dan silikon @ rubber, ini kerana hard plastic dapat seratakan kejutan @ shock dan silikon dapat tahan dari shock tu terus ke hp. kalau pakai hard plastic sahaja, memang tahan tapi shock tu akn direct ke hp. kalau pakai silikon @ rubber saja, dia akan absorb shock tapi kalau kuat sangat, akan terus sampai ke body.


5) apa2 casing pun, pastikan ada sedikit tebing di sekeliling skrin hadapan. kira tinggi sikit la tepi screen tu. fungsinya barulah kalau jatuh screen dulu, tak direct kena kaca.


6) cuba elakkan penggunaan casing berasaskan besi @ metal seperti aluminium, sebab ia akan memberi kesan kepada reception. kebiasaannya akan hilang 1 bar. 

7) kalau pakai jenis pouch bag atau flip bag, pastikan semua bahagian hp itu di lindungi. caranya pasang hp dalam flip bag tu, kemudian tutup dan letakkan secara menegak. sentuh sekeliling hp ke lantai. pastikan hp x sentuh lantai. beg atau flip bag tu x pa. ada sesetengah dia cover teengah sahaja. hujung bucu x cover. padalah hujuung tu yang nak kena dulu

8) beli banyak jenis. bukan nak membazir tapi x semua casing sesuai digunakan dalam semua situasi. paling asas, pastikan ada yang jenis silikon, hard plastic, dan flip.

9) untuk lelaki terutamanya, elakkan beli casing silikon yang melekat sebab ia akan melambatkan anda untuk keluarkan hp dari poket. tambah2 kalau jenis poket tu ketat.

sekian dari saya.

Sunday, July 21, 2013

Rap adat kita

Lagu sri mersing bukan seloka pak kadok 
Digarap anak muda bukan sematanya dicedok
Dengar dua telinga jangan baling dengan senduk 
Cerita orang kita buka mata terus tengok   

Cakap datuk tokwan tebuan jangan dijolok sarang
Suntik bisa  tiga malam belum tentu akan hilang
Jatuh bila gaduh tapi menang bila perang 
Resam anak melayu tidak angkuh macam seladang


Resmi padi kepala tunduk bila makin berisi
Ayat lama makna mudah jadi motivasi
Kena tabik maharaja biar aku jadi saksi 
Namun depan ibu bapa tidak lagak penuh aksi.  

Muda bijak betul 
Tua sangat matang 
Kerja sungguh betul 
Hasil bersepah dulang  

Puisi indah anak coret bukan buat tuan meleret
Kata biasa cakna budaya buka mata lapang minda
Adat molek negeri cantik jangan tikam dengan badik
Apa ada kita sua buat kenal bulat dunia
Bersambung....

Thursday, July 18, 2013

Senja

Bernafas tak selalu lega. Ada kala tersekat,
Siang tak kekal selamanya, ada kala malam bertempat.
Senang tak sentiasa berada, ada kala terlalu padat.
Usah lupa pada Yang Berkuasa, nanti jauh dari sengsara

Wednesday, July 17, 2013

Kalimah

Kalimah

Acap kali insan berbicara,
Mari melihat apa yang di kata
Usah dipandang siapa berkata

Namun

Mengapa dihina pelaku dosa
Dibencinya lebih dari perbuatan dosa
Hingga tiada beza antara engkau dan dia.

Acap kali insan berbicara
Biar dakwah dengan kelembutan
Agar hati yang keras dapat dilembutkan

Namun

Diherdik insan bagaikan haiwan
Mahu menusuk kalbu itu alasan
Keliru aku sama ada ini malaikat ataupun syaitan.

Acap kali insan berbicara
Lisan mengukir kata sahih
Isi dicangkir kerana ilmu aku fasih

Namun

Kalimah jauh dari yang jernih
Kutukan kejian hati ditoreh
Tertanya aku mana yang soleh.

Wahai manusia dengarlah kata
Jangan dirasa dirimu mulia
Mengharap teguran membawa pahala
Meluka perasaan membawa dosa

Wahai manusia dengarlah kata
Jangan di ikut hati yang membara
Usah dibelai hati yang dusta
Kelak hidup membawa bencana

Wahai manusia dengarlah kata
Syurga neraka itu janjiNya
Berjaga lidah dalam bicara         
Berjaga tubuh dalam bekerja.