Monday, December 27, 2010

mati, maut, death,..dll...

salam
yuhuuu..cuti sem dah bermula...aaaaa...assignment banyaknya gaban. sebenarnya tak la banyak sangat tapi apa kan daya, panjang ya amat kena buat.. ni asasi ka pelajar PhD ni..apa apa pun, cuti ni walaupun sekejap sahaja banyak jugak yang nampak..bebrapa perkara yang ingin di kongsikan bersama....jeng jeng jeng..
pertama:
kisahnya bermula apabila mula-mula nak ambil bas nak balik ke kedah ni, da sampai kat stesyen bas, nak konpomkan tiket, adalah seorang mamat ni, tanpa rasa segan sillu dan penuh konfidentnya, meludah di hadapan aku, nasib baik aku sempat elak, kalau tak memang kena kasut aku da.. sabar je la. inilah yang kita tak mahu ni, sifat suka meluda merata. apa tak boleh telan ja ka air liur tu? setiap masa nak meludah..hangin dibuatnya..
kedua:
  bila dah naik bas, dalam perjalanan, adala berhenti di perhentian. sungai perak menjadi tempatnya. yang lawaknya, bas ni berhenti nak isi minyak sekali dengan makan, dia bagi masa 30 minit. ( kata ja 30 minit, tapi bedal sampai 45 minit) x pa la. semua da macam naik da atas bas, bas pun bergerak, da nak sampai kat luar kawasan perhentian, datang sorang budak ni, ' BANG, MAK SAYA TAK NAIK LAGI..TUNGGU BANG!!' sambil menunjukkan muka cuaknya..aku dah pelik. 2 benda. pertama, apa brader bas ni x check dulu semua penumpang naik dulu ka sebelum nak jalan, kedua, apa yang anak makcik tu buat sampai da jauh da jalan baru perasan mak dia tak naik lagi..sebelum terjadi benda tu, da sembang da ngan member, worse case scenario yang boleh jadi dalam balik kampung ni dan antaranya tertingggal bas ..lawak pulak bila di fikirkan,
ketiga..benda ni yang ingin sangat di tekankan. bila sembang bersama, ada la kita sembang pasai mati kan, ada ja puak manusia ni yang kata' apahal ko cakap gitu, x baik la cakap pasal mati ni'..antara versi yang lain, ' ko ingat lawak ke cakap pasal mati ni, x bagus tau cakap pasal mati'... baiklah. entri ni nak dihentikan di sini. tapi dengan sesuatu yang ingin anda sendiri fikirkan..nabi bersabda, sesungguhnya sebijak-bijak manusia adalah mereka yang selalu mengingati mati. nak tanya pula, adakah mengingatkan seseorang itu akan kematian sesuatu perkara yang tidak baik??? mayarakat melayu kita selalu memandang kalau cakap pasal mati ni tak baik...dimana kebenarannya???


Wednesday, December 22, 2010

mata mata memandang menilai

salam

tajuk ni saja rasanya dah menyebabkan ramai antara kita mula terfikirkan berkenaan melihat perwatakan manusia. memang benar, mungkin ini adalah suatu yang amat biasa. tapi sejauhmanakah kita sedar yang kita hanya sekadar melihat tanpa mula untuk bertindak melakukan sesuatu yang mungkin membawa perubahan yang baik kepada kehidupan seharian..kali ini, nak bawakan kisah manusia di alam remaja. ada sesetengah pihak memanggilnya sebagai awal dewasa. tak kiralah bagaimanapun ia ditakrifkan, yang penting, kita tahu  siapa yang kita maksudkan. secara amnya, dapat dilihat disini adalah remaja kini tiada identiti diri.. masih tiada lagi gaya tersendiri, cara hidup, survival  dan sebagainya yang berkaitan. contohnya, ramai remaja yang meningkat dewasa yang menjejakkan kaki ke alam universiti, kebebasan yang dikecapi itu digunakan bagai tiada lagi hari esok. bukan mengata, tetapi ini adalah berdasarkan pengalaman diri juga. kedatangan aku ke daerah maju  ataupun urban   ini membuuatkan pelbagai benda ingin di cuba. namun, apa yang dapat diperhatikan adalah, apabila aku berada di tahap ini, ketenangan minda dan jiwa adalah sesuatu yang amat bernilai dan ianya adalah sesuatu yang menunjukkan kematangan seseorang.  akan telihat perbezaan itu. antara orang yang membuat keputusan berdasarkan pengaruh emosi dan mereka yang berlandaskan rasional. percayalah, kalau ada di kalangan pembaca kini masih berada di bangku sekolah atau mungkin sudah memasuki alam universiti dan bakal menamatkan pengajian, sedarlah bahawa muda hanya sekali. jangan hancurkan masa muda ini dengan perkara yang hanya akan memuaskan hati dan jiwa anda pada ketika itu sahaja,. lebih baik bekorban masa muda remaja ini untuk masa dewasa yang selesa. bayangkan, kita gembira pada waktu remaja, kalau di sekolah, sekolah itu adalah kerajaan anda, kalau di university, universiti itu adalah platform kebanggaan  kita. namun sedarkah kita tentang kehidupan masa depan. bukan lagi kuasa terhad dengan kawasan sekolah atau universiti sebagai kawasan kita maharajalela tetapi, DUNIA menjadi pentas kita..apakah dengan sekadar kemegahan yang kita rasakan semasa muda ini dapat menajadikan kita selesa di alam dewasa? fikirkan.,..( kalau ada yang pening, baca banyak kali)hehe

Monday, December 20, 2010

sendiri, sepi....

salam
seringkali akan terasa di dalam benak hati terasa sepi dan sunyi, walaupun pada hakikatnya berada di dalam khalayak ramai. sunyi jiwa dan minda membuatkan selalunya kemurungan yang terjadi. itu yang saya hadapi kini. bukan kehilangan orang itu membuatkan segalanya bagaikan tak bernilai lagi. kehilangan adalah sesuatu yang amat tidak aku inginkan, namun itulah yang terjadi. tiada apa dapat aku ungkapkan selain daripada memohon maaf dan walaupun aku pasti tak mungkin dia akan kembali menjadi milik aku lagi. tetapi, mendapat kemaafan dan andai hubungan ini kembali seperti dulu, itu sudah cukup untuk aku. itu sudah amat aku hargai..aku amat hargai...
 

Friday, December 17, 2010

bicara tanpa lisan...

salam
agak mustahil kalau kita nak percaya kalau ada orang berbicara tanpa lisan ataupun lidah. bagaimana berlakunya interaksi antara manusia jika tiada lisan.usah kaburkan pandangan dengan penggunaan tulisan, mesej, atau sebarang media lain selain percakapan.

Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.

Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.

Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.

Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.

Pernahkah sekali kita memahami alam?

Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?

Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?

Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.

Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?

Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?

Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?

Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?

Jawabnya senang.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.

Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah.
=)

Sunday, December 12, 2010

Iblis Membantu Pemuda Ke Masjid

salam
lama sudah kita tak bersua..maklumlah..terlalu sibuk dengan urusan harian.. kini ada satu cerita yang agak menarik. yang diceritakan oleh ayahanda. lebih kurang beginilah ceritanya...

Seorang pemuda bangun pagi2 buta utk solat subuh di Masjid.   Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid.  Di tengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor.

Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudhu, dan, LAGI, berjalan menuju masjid .

Dlm perjalanan kembali ke masjid , dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia, sekali lagi, berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju masjid .

Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu.

Dia menanyakan identiti lelaki tersebut, dan menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda..'

Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid .

Saat sampai di masjid , pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan solat subuh bersamanya, lelaki itu menolak, pemuda itu mengajak lagi hingga berkali2 dan, lagi, jawapannya sama.

Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat.

lelaki itu menjawab

"Aku adalah IBLIS (setan)"


Pemuda itu terkejut dgn jawapan lelaki itu.

Setan kemudian menjelaskan, 'Saya melihat kamu berjalan ke masjid , dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid,
Allah memaafkan semua dosa2mu.

Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal di rumah, kamu tetap memutuskan kembali masjid .

Kerana hal itu, Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu.

Saya KHAWATIR jika saya membuat kamu jatuh utk kali ketiga, jangan2 Allah akan memaafkan dosa2 seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa anda sampai dimasjid dgn selamat....'


Moral:
Jangan biarkan Setan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya.  Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan karena kamu tidak pernah tahu ganjaran yg akan kamu dapat dari segala kesulitan yg kamu temui dalam usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut .


nampak kan??berapa ramai antara kita yang sanggup buat begitu...fikirkanlah dimana tahap keyakinan kita..dimana tahap iman kita untuk melakukan perkara yang sama seperti pemuda itu..terima kasih ayah...

 

Monday, December 6, 2010

selamat tahun baharu hijrah

salam

selamat tahun baharu hijrah yang ke 1432..alangkah baiknya kalau dapat kita bersama membaca doa awal dan akhir tahun ..tak mahu cakap banyak dulu.. ini doanya.. mulakan dengan membaca doa akhir tahun pada hujung waktu asar (6 disember 2010) ataupun waktu dekat nak maghrib,.. eloknya baca 3 kali. kemudian, solat maghrib.selepas sahaja solat maghrib, baca doa awal tahun 3 kali.harap dapat dilaksanakan bersama.

 DOA AKHIR TAHUN
 DOA AWAL TAHUN
Semoga dengan kita membaca doa ini, kita semua berada dibawah payung keredhaan dan kerahmatan Illahi..amin..

Thursday, December 2, 2010

kelirukan si penyebab keliru....

salam.
lama dah tak jenguk ke laman ni. agak sibuk dengan kehidupan kini. malumla, da nak balik kolej dan kini da berada di kolej..masa ada kat rumah dulu, saja-saja bukak balik buku masa kat sekolah dulu. terjumpa pula satu buku yang sarat dengan salinan tazkirah dan ceramah. memang mengenang nostalgia di sekolah dulu..ada benda yang berminat nak kongsikan bersama.ianya tentang cara bagaimana Allah sayangkan hambanya.
Bagaimana manusia dapat mengelirukan Iblis?? Pada suatu hari,Iblis datang menghadap dan berdialog dengan Nabi Muhammad saw.Dia menceritakan segala perbuatan jahatnya ke atas manusia semenjak zaman Nabi Adam as lagi.Inilah antara dialog yang berlaku antara Iblis dan Nabi Muhammad saw: Nabi Muhammad saw:"Wahai Iblis terkutuk,apakah yang kamu kelirukan?" Iblis:"Wahai Muhammad yang mulia,sebenarnya aku keliru dan hairan dengan dua perangai yang ada pada manusia iaitu:
1) mereka mengaku cinta pada Tuhan tetapi mereka setia kepada aku dengan melakukan pelbagai kejahatan.
2) mereka marah kepada aku tetapi mereka patuhi hasutan dan godaan aku."

Kemudian Tuhan berkata:"Wahai Iblis yang terkutuk,demi kemuliaan Ku dan kebesaran Ku,Aku anugerahkan ke atas pengikut-pengikut Muhammad dua kebahagiaan:
1) cinta mereka kepada Ku menjadi penebus segala kesalahan mereka.
2) kemarahan mereka kepada kamu juga menjadi penebus kesalahan mereka."

Selepas diberitahu perkara itu oleh Tuhan,Nabi Muhammad saw kemudian terus menyampaikan kata-kata Tuhan itu kepada Iblis.Iblis tercengang-cengang apabila mendengarnya. Kemudian Nabi Muhammad berkata:"Wahai Iblis terkutuk,pergilah dari sini!" Dengan perasaan hampa dan sedih,Iblis itu pun pergi dari situ sambil mengenangkan untung nasibnya.Dia tidak sangka Tuhan memberikan keistimewaan yang sebegitu rupa kepada pengikut Nabi Muhammad saw. Fikir-fikirlah..wajarkah kasih sayang Tuhan kepada kita ini dipersia-siakan??