Friday, July 22, 2011

kenapa hitam???

salam

greeting..baru lepas balik solat jumaat dan teringat kenapa hitam..aku terlupa aku baca di mana ntah tapi ada makhluk Allah ni bertanya;

                       'KENAPA LELAKI SUKA WARNA HITAM?'

jawapan untuk diri aku mudah, simple  dan rasional. alasannya

1) Hitam itu menenangkan
benda ni ada orang pakai untuk tidoq. DAN IA HITAM!!!
     - paling simple  alasan aku nak bagi la. masa hampa semua tido, tutup mata kan. bila tutup mata apa yang hampa nampak? gelap kan? gelap tu HITAM KAN? ada tak orang yang boleh tido dalam keadan cerah benderang. nak pulak kalau lampu yang suluh tu warna merah. boleh tido ka?

2) Hitam itu classy
hitam
nama dia pun da hitam
      - tak percaya, ok, tengok semua benda yanga da dijual di dunia di yang hampa rasa class  kalau ada benda tu. sebagai contoh, aku gunakan gadjet, I-PHONE 4. Warna apakah ia?? blackberry? laptop yang hampa dok guna la ni, keyboard dia warna apa? got that?  semua benda dalam dunia yang cool ni ada warna hitam. islamic sket, BUAH KURMA  warna hitam jugak. (memang ada yang warna lain tapi kita amik majoriti)

3) Hitam itu penyejuk mata.
      - ok. yang ni mungkin kureng memberansangkan sket la. tapi hey, look it at this way,  orang yang badan besar,(aku la tu), konpom-konpom akan pilih hitam sebab warna hitam ni mewujudkan satu illusi yang mengeliminasikan kewujudan kontra spektrum yang akan menampakkan kewujudan sesuatu benda.(apa aku cakap ni) senang kata, hitam ni kan kalau pakai nampak kecik sket.(walaupun tak kecik mana pun.)

4) Hitam itu kemas
shah rukh khan pakai baju hitam pa???
    - yang ni mudah..hampa tau apa itu tuxedo? warna apa tu? cuba bayangkan kalau tuxedo warna pink atau hijau? adakah ia nampak still AWESOME  seperti warna hitam? baju yang chef pakai , kebiasaannya warna putih kan, tapi kalau tukaq hitam? perghhh..macam sifu pun ada.

dan banyak lagi alasan yang menunjukkan universe agree with black. bukan nak memanipulasikan sesuatu tapi fakta. jadi, kalau ada sesiapa lagi yang tertanya kenapa lelaki suka hitam,( kekadang ada jugak pompuan). maka inilah antara alasannya.

No comments: