Friday, July 1, 2011

aku tak sempurna

salam

pertama; aku bukanlah orang yang sempurna, aku cuma lelaki biasa, iman yang kekadang naik, kekadang turun. yang mudah terpengaruh ngan hasutan si tanduk.

kedua: aku tak harapkan orang angkat aku. aku hanya mahu orang tak pijak aku. itu saja. manusia biasa macamaku memang akan lakukan kesalahan

ketiga: aku harap, kalau ada yang nampak aku ok, jangan la musnahkan rasa tenang yang aku rasa. aku tak kacau orang dan aku harap orang tak kacau aku, kalau yang penah aku kacau, aku mintak maaf dan kalau bley jom kita setel.

entry:

entah la nak cakap sal apa. yang aku pasti aku dan mungkin ada yang sokong ngan aku, kita sebagai manusia ni tak sempurna. jadi tak perlulah nak sangka buruk kat orang. mungkin seseorang tu pernah lakukan kesalahan pada masa lampau, jadi tak bermakna dia masih buat kesalahan yang sama sampai skang. mungkin dia telah bertaubat dengan taubat nasuha. sapa tau. dia ada jugak buat taubat, kita? dia buat taubat dekat diri dengan Allah, kita macammana? setiap kali kalau rasa nak tunjuk orang lain tak sempurna, dfikir balik. satu jari kita tunjuk, 3 jari patah balik.

kes ni 2 jari tunjuk kat orang, 3 jari tunjuk kita.
  kita kutuk orang, kita ni sempurna sangat kah.// /? kita kata padan muka kat orang, adakah perkara yang terjadi kat dia tu tak akan terjadi kat kita.?

kesimpulannya mudah. selalu kena sangka baik dan jangan mudah menghakimi seseorang itu. sedangkan pantai boleh berubah, nikan pula manusia. kita mesti nak peluang kedua dalam apa jua benda yang kita buat kan? jadi, da jadi hukum karma, hukum dunia, hukum Illahi.

'what you give, you will get back'

kalau nak orang beri kita peluang kedua, kita beri orang peluang kedua. tak gitu. kalau dah saling memberi, barulah masing-masing dapat menerima..

No comments: