Thursday, December 2, 2010

kelirukan si penyebab keliru....

salam.
lama dah tak jenguk ke laman ni. agak sibuk dengan kehidupan kini. malumla, da nak balik kolej dan kini da berada di kolej..masa ada kat rumah dulu, saja-saja bukak balik buku masa kat sekolah dulu. terjumpa pula satu buku yang sarat dengan salinan tazkirah dan ceramah. memang mengenang nostalgia di sekolah dulu..ada benda yang berminat nak kongsikan bersama.ianya tentang cara bagaimana Allah sayangkan hambanya.
Bagaimana manusia dapat mengelirukan Iblis?? Pada suatu hari,Iblis datang menghadap dan berdialog dengan Nabi Muhammad saw.Dia menceritakan segala perbuatan jahatnya ke atas manusia semenjak zaman Nabi Adam as lagi.Inilah antara dialog yang berlaku antara Iblis dan Nabi Muhammad saw: Nabi Muhammad saw:"Wahai Iblis terkutuk,apakah yang kamu kelirukan?" Iblis:"Wahai Muhammad yang mulia,sebenarnya aku keliru dan hairan dengan dua perangai yang ada pada manusia iaitu:
1) mereka mengaku cinta pada Tuhan tetapi mereka setia kepada aku dengan melakukan pelbagai kejahatan.
2) mereka marah kepada aku tetapi mereka patuhi hasutan dan godaan aku."

Kemudian Tuhan berkata:"Wahai Iblis yang terkutuk,demi kemuliaan Ku dan kebesaran Ku,Aku anugerahkan ke atas pengikut-pengikut Muhammad dua kebahagiaan:
1) cinta mereka kepada Ku menjadi penebus segala kesalahan mereka.
2) kemarahan mereka kepada kamu juga menjadi penebus kesalahan mereka."

Selepas diberitahu perkara itu oleh Tuhan,Nabi Muhammad saw kemudian terus menyampaikan kata-kata Tuhan itu kepada Iblis.Iblis tercengang-cengang apabila mendengarnya. Kemudian Nabi Muhammad berkata:"Wahai Iblis terkutuk,pergilah dari sini!" Dengan perasaan hampa dan sedih,Iblis itu pun pergi dari situ sambil mengenangkan untung nasibnya.Dia tidak sangka Tuhan memberikan keistimewaan yang sebegitu rupa kepada pengikut Nabi Muhammad saw. Fikir-fikirlah..wajarkah kasih sayang Tuhan kepada kita ini dipersia-siakan??

2 comments:

mIss ♡ AtuL said...

mmg tdk wjr persiakn ksh syg tuhan dear...

blankas92 said...

memang benar..sesungguhnya kasih sayang tuhan itu tiada tolok bandingnya