Wednesday, November 24, 2010

antara emosi dan rasional???

salam

emosi dan rasional. dua perkara yang amat berkuasa dan banyak mempengaruhi corak pemikiran manusia. bila kita tenok balik, dari mulanya perjalanan seorang insan di duina ini, maha Kuasa ALLAH telah meletakan corak pemikiran dan keputusan yang kita buat. bila kecil, mesti semua ikut emosi. buktinya, kita ak pernah nak fikir apa kesan dan akibat daripada apa yang kita buat. larangan ibubapa di fahamkan melalui sudut pandangan kanak-kanak yang berorientasikan keseronokan. larangan bermaksud tidak boleh berseronok..bila sudah meningkat remaja, waktu inilah fasa yang paling rumit dan kompleks. berlakunya percantuman dua kaedah pemikiran dam membuat keputusan. gabungan antara emosi dan rasional mula terjadi di sini. ada yang 50-50. ada yang emosi 80, rasional 20. ada pula emosi 40, rasional 60 dan pelbagai lagi. bila sudah masuk alam dewasa, majoritinya sudah mula berfikir menggunakan rasional sesuatu. dalam erti kata yang lain, mampu memikirkan kesan dan natijah sesuatu perkara tanpa di pengaruhi oleh emosi..TAPI .yang menjadi titik tolak pertanyaannya adalah sekarang ni, antara timeline umur dan cara pemikiran sudah teranjak. tiada evolusi dalam pemikiran remaja. keputusan yang di buat masih dipengaruhi oleh emosi semata. begitu juga orang dewasa. masih terbelenggu dengan gabungan antara langkah rasional dan emosi. buktinya jelas. remaja dengan gejala sosialnya. derhaka dan sebagainya.( nauzubilllah). dewasa pula...tak perlulah nak di utarakan lagi. apa lagi, politik yang menjadi masalahnya. seperti biasa. bila dah obses dengan sesuatu ni, mula la idea dan pendapat lain di tepis. ada satu pepatah inggeris. kawan yang cakap.. (OBSESSION IS POISON). Mula susah jugak nak percaya. tapi bila kita tengok hal sekeliling kita, tak payah tengok jauh, jauh, dalam kawasan perumahan, kolej, tempat kerja, pejabat dan lain-lain lagi tempat yang boleh kita lihat kumpulan manusia, inilah kenyataannya..kalau perkara ini terus menerus berlaku tanpa kita sendiri hentikannya, jangan bermimpilah kalau nak tengok ada kereta terbang di Malaysia ini, jangan bermimpi teringin kehidupan robotik dan jangan bemimpi  impian kanak-kanak kita dahulu untuk hidup dalam alam siber yang serba maju dalam segala hal tercapai. hanya di sebabkan dua perkara ini, berlaku pergaduhan, santau, bunuh, kelar dan bermacam-macam lagi. Allah S.W.T ada berfirman dalam al-quran yang bermaksud
'dan tidak kami mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri'. jadi, apa tunggu lagi, ubah segera corak pemikiran kita,. lebihkan rasional dari emosional...




No comments: