Tuesday, November 9, 2010

racun di balas madu?madu di balas racun?

salam

dalam dunia ni, amat mustahil kalau ada orang yang terhindar dari aniayaan orang. bohong la kalau dlam hidup tak pernah cakap peribahasa ' ada ubi ada batas, ada hari aku balas' . itu amat mustahil. kalau ikut kronologi, masa kecik dulu, dlam umur sekolah rendah, punca jadinya terkeluar kata-kata ni adalah kalau berebut benda. selalunya kes berebut ja..tak habis-habis. bila dah meningkat remaja sikit, alam sekolah menengah, dia dah mula nak gatal, miang semua la, berebut kekasih, selain dari tu berebut perhatian guru, ataupun memang kes aniaya seperti kena potong kabel brek, di pancitkan tayar, bocorkan paip minyak motor,(yang jadi kat aku la ni) dan sebagainya. bila dah mula dewasa mula nampak dunia, mula nak gaduh pasal politik. sampai bersantau pun ada.. bila di renungkan balik, punca masalah ni memang x kan berhenti sebab kita selalunya membalas racun dengan madu.buat baik di balas baik, buat jahat di balas jahat. itu yang dipasakkkan dalam sanubari diri. kita tak pernah nak merubah norma ini dengan menanamkan frasa buat baik dibalas baik. buat jahat dibalas baik. selalunya, bila difikirkan dan diperhatikan, punca kita nak balas balik orang buat jahat pada kita adalah kerana kita terlalu ikutkan nafsu amarah. dalam keadaan marah, kita tak kawal diri kita, kita tak cuba untuk sejukkan diri kita. kita bertindak dalam keadaan bukan otak yang mengawal diri. itu pasal ada yang sampai bertumbuk, berpukul malah sampai berbunuh. puncanya kita tunduk kepada rasa marah kita. nabi ada ajarkan kepada kita. kalau kamu marah dalam keadaan berdiri, duduklah, kalau masih marah, baringlah, kalau masih marah, ambil wudhuk dan lakukan solat sunat dan berdoalah kepada Allah agar sentiasa dijauhkan dari goadaan syaitan laknatullah untuk terus marah. apa yang penting adalah kita kena sentiasa tenang dan buatlah keputusan dalam keadaan yang rasional. selalu beristighfar. dan jangan terlalu memikirkan apa yang orang kata kepada kita. kalau ada benarnya dan kita rasakan ia patut di ambil sebagai pengajaran, kita ambil. kalau x. buat tak tahu ja. orang akan terus mengata kita dan menganiayai kita dalam apa jua cara. ia terletak kepada kita untuk buat perubahan dan menghentikan kitaran ini..

No comments: