Thursday, November 18, 2010

berkorban? sacrifice?

salam

selamat menyambut hari raya aidil adha. selamat hari raya haji, selamat hari raya korban.

ramai yang tahu pasal hari raya ni, ramai juga yang tahu apa sejarah di sebalik peristiwa hari raya korban ini. iaitu dimana situasi Allah menurunkan perintah kepada nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya, apabila hendak dilakukan penyembelihan itu, dengan kuasa Allah, telah ditukarkan anaknya itu dengan seekor kibas. itu adalah mengikut sejarah kewujudan sambutan aidil adha ini. namun, apa yang kita dapat daripada sambutan ini.sejauh mana kita menyelami erti sebenar pengorbanan yang di tuntut dalam Islam.

lagu P.Ramlee dalam filem HANG TUAH, 'berkorban apa saja' sedikit sebanyak membawa erti pengorbanan.

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Kepentingan sendiri
Tidak diingini
Bahagia kekasih
Saja yang diharapi

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
hmm... hmm... hmm...

Untuk menjadi bukti
Kasih yang sejati
Itulah tandanya
Jika mahu diuji

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia


untuk agama, wajib kita berkorban,untuk negara juga perlu kita berkorban, untuk ibu bapa, keluarga, sanak saudara, sahabat handai. memerlukan pengorbanan. juga dalam cinta. ia juga memerlukan pengorbanan. satu perkara yang perlu kita fikirkan adalah apa pengorbanan orang kepada kita. jangan fikirkan apa pengorbanan kita kepada orang. kerana kalau itu yang kita fikirkan, kita akan merasakan kita sudah cukup baik., cukup hebat. muhasabah diri. memang coretan ini sengaja di biarkan tergantung kerana mahukan anda berfikir sendiri, di mana kita dalam aras pengorbanan...




No comments: