Tuesday, November 2, 2010

cinta ini milikmu

salam.
lama x update blog. hari nisaja-saja kau duduk sendirian, rasa bosan pulak. jadu aku bukak la satu web ni. www.iluvislam.com maka terbacalah oleh aku sebuah cerita yang agak menarik aku rasa. ditulis oleh mawar berduri91. harap anda dapat terus menyokong penulis ni k.ada sedikit part dalam citer ni buat aku terasa..sama sikit kot..hehe..seb bek aku sedar awal.baiklah..

Kedengaran bunyi deruman motor posmen di halaman rumah Syafiq Aiman.Surat yang ditunggu-tunggukan akhirnya telah sampai.Tekaannya tepat.Ternyata surat itu adalah tawarannya untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir dalam bidang medik,tajaan JPA.

“Alhamdulillah..akhirnya cita-citaku hampir tercapai..”,Syafiq segera sujud tanda syukur.

Sujud syukur adalah sujud yang dilakukan seseorang kerana ia mendapat kenikmatan atau terbebas dari bencana dan malapetaka. Jumhur ulama berpendapat bahawa sujud syukur itu adalah sunat berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdur Rahman bin Auf katanya yang maksudnya :

“Sewaktu Nabi SAW keluar menuju ke dalam bangunan-bangunan tinggi lalu memasukinya. Kemudian Baginda menghadap kiblat dan sujud, dan memanjangkan sujud Baginda. Kemudian Baginda mengangkat kepalanya seraya bersabda: “Sesungguhnya Jibril mendatangiku dan memberi khabar gembira kepadaku. Jibril berkata:“Sesungguhnya Allah mengatakan kepada engkau: “Siapa yang memberi selawat ke atas engkau Aku akan memberi selawat kepadanya dan siapa yang memberi salam kepada engkau, Aku akan memberi salam kepadanya” Lalu saya bersujud sebagai tanda syukur kepada Allah”.
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Setelah itu,dia memberitahu ibunya yang leka memasak di dapur.

“Ummi,Syafiq berjaya mendapat tawaran ke Mesir..!!”,Syafiq menjerit kegembiraan.

“Alhamdulillah nak..berjaya jugak Syafiq capai impian Syafiq untuk menjadi doktor!..”,Puan Aini mengucap syukur.

“nanti mesti ummi rindu kat anak ummi ni kan??”,Syafiq menyakat ibunya yang sudah mengetahui bahawa dialah satu-satunya anak kepada pasangan Puan Aini dan Encik Sufian.

“Em,ye lah tu..ummi jer yang rindu? Syafiq pun nanti mesti selalu homesick nak balik kan?”,ibunya menyakat kembali anak kesayangannya.

“hehe..mana ade.. ummi ni..”,Syafiq mempertahankan sifat kelelakiannya.

Walaupun dialah satu-satunya anak harapan dalam keluarganya,dia tidak seperti anak tunggal manja yang tidak pernah berenggang dengan keluarga.Dia telah dididik dari kecil supaya berdikari dalam melakukan tugasan.Ibubapanya juga telah menghantarnya ke sekolah berasrama penuh agar dia lebih berdikari dalam kehidupannya.Atas didikan merekalah kini Syafiq Aiman menjadi seorang yang berkaliber dan amat amanah melakukan tugasnya sebagai Ketua Pelajar di sekolahnya.

Langsir diselak sedikit.Kelihatan Encik Sufian muncul.Ketenangan jelas terpancar di wajah Encik Sufian sesudah beliau menunaikan solat sunat dhuha yang menjadi amalan rutinnya setiap pagi.

“Eh,ada apa riuh-riuh ni? Nampak wajah ummi dan Syafiq gembira jer ni..cuba abi teka..em..mungkin Syafiq dah dapat adik baru?..btol tak?..”,Encik Sufian meneka.

“Eh,adik baru??!! Betul ker ummi?..”,Syafiq menjerit keriangan.Seperti tidak percaya apa yang dikatakan ayahnya kerana sudah lama dia menantikan seorang adik.

“abang..! kenapa cakap awal-awal..hajatnya,ummi nak cakap berita gembira ini selepas abang solat sunat tadi..tapi tak pe lah..dah tercakap..”,Puan Aini seakan-akan merajuk.

“Oh..bukan ni ker berita yang menggembirakan tadi?”,Encik Sufian berasa bersalah.

“Tak lah abi..ok,Syafiq umumkan…ehem,ehem..Alhamdulillah abi,Syafiq berjaya melanjutkan pelajaran ke Mesir tajaan JPA..kos medik..Ok..lagi satu berita?”,Syafiq menyoal kembali.

“Em..lagi satu..Syafiq bakal mendapat adik baru! InsyaAllah..”,terang Puan Aini lembut.

“Wah..bes nye! Pompuan ke laki ummi?..”,soal Syafiq.

“eh,eh Syafiq ni..kandungan ummi baru 2 bulan..mana boleh tentukan lagi laki ker pompuan..haha..”,terang Puan Aini seraya tergelak kecil melihatkan kegembiraan yang jelas terpancar di wajah anaknya itu.

“oh..2 bulan dah..? sampai hati ummi dan abi rahsiakan hal ni dari Syafiq yer..”,Syafiq bersikap kebudak-budakan.

“alah..baru surprise kan? Hehe..lagipun Syafiq sibuk sangat..tu yang baru beritahu ni..”,Encik Sufian menambah.

“ok lah..anyway,Syafiq tetap anak hensem ummi dan abi kan?..nanti jangan lupakan Syafiq di Mesir ye!”,Syafiq mengingatkan.

-----------------------------------------------------------------
Syafiq segera masuk ke bilik,dan mula menggapai telefon bimbit model Sony Ericssonnya dan mula menaip satu mesej.

Salam..Husna..ana dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Mesir,kos medik.Hujung bulan ni,ana akan berangkat ke sana.Harap perbezaan jarak antara kita berdua tidak melemahkan hubungan kita berdua.

Syafiq menekan butang Send to..

Husna Sofia..

Husna merupakan gadis pilihan hatinya.Sejak sekolah menengah,dia mula menaruh hati kepadanya.Bahkan Husna juga merupakan pelajar yang paling top dalam semua aspek.Ramai yang terpikat dengan kesopanan dan kebijaksanaannya.Namun,Syafiq Aiman juga yang dipilihnya.

Setelah beberapa minit kemudian,

Tut..tut..tanda mesej baru masuk.Syafiq membuka isi mesej itu.Dari Husna..

Oh..baguslah kalau begitu...Tercapai jugak cita-cita anta untuk pergi ke Mesir..Ana turut gembira.Ana harap anta belajar bersungguh-sungguh di sana..(~_~)


“Aik,macam lain jer nadanya..tak sedih kah dia atas pemergianku? Atau dia dah tak sayangkan aku? Atau dia dah ada yang lain?”,macam-macam persoalan berlegar di kotak fikirannya.

Satu mesej lagi dihantar.

Em..anti tak sedih ker atas pemergian ana? Ana pulak yang sedih nak tinggalkan orang yang ana sayang.

Dia sekali lagi menekan butang send.

Tok..tok..
Kedengaran bunyi ketukan pintu dari dalam.

“Masuklah..pintu tak kunci!”,sahut Syafiq.

Kelihatan umminya menjengah masuk.

“boleh ummi masuk?”,Puan Aini meminta izin.

“Em,ummi dah masuk dah pon..hehe..duduk lah..ada ape ummi?..”,Syafiq mempelawa ibunya duduk disampingnya.

Belum sempat ummi bercakap,kedengaran lagi bunyi dari handsetnya menandakan satu lagi mesej masuk.

“haih..anak ummi ni..mesej ngan sape tu ha..?”,Puan Aini mengusik.

“ngan kawan ja ummi..”,Syafiq menyembunyikan hal yang sebenar.

“betol ker ni? Lau ummi tahu anak ummi couple,siap ummi kerjakan…hehe..”,ibunya pura-pura marah.

Ibunya menasihati..

“Menjaga pandangan bukannya perkara yang boleh dipandang remeh. Ia merupakan suruhan Allah S.W.T. kepada setiap individu Muslim yang beriman.Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nur ayat 30 :

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.".

Ibunya menambah lagi,

“Dan dalam surah Al-Isra' ayat 32 iaitu :
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."

Untuk lebih faham lagi konsep 'menghampiri' di sini, kita ambil satu contoh. Katakan Shafiq ingin ke kedai makan yang jaraknya, let say 200 langkah. Apabila Shafiq melangkah setapak keluar daripada rumah itu sahaja dia sudah dikira mendekati kedai tersebut, setuju? Jadi, pandangan yang tidak terkawal itu ibarat langkah pertama ke arah zina…pahamkan maksud ummi?”, ibunya menyoal untuk kepastian.

Panjang ibunya bercerita.Syafiq hanya mengangguk perlahan tanda faham.Di hatinya yang paling dalam,dia amat terkesan dengan nasihat ibunya.Syafiq mula menukar topik perbualan agar dia dapat menyembunyikan hal yang sebenarnya.Segala rahsianya berada dalam handsetnya.Dia takut kalau-kalau ibunya memeriksa handsetnya pada waktu itu.

“Ok..Syafiq tahu..em..apa yang ummi nak cakap sebenarnya sehingga ummi jumpa Syafiq kat bilik Syafiq ni? Macam ada yang penting jer..”,tanya Syafiq lembut.

“em,tak de lah yang penting sangat..saja nak cakap..Khamis ni,kita akan adakan solat hajat dan kenduri kesyukuran..jadi Syafiq kena lah ajak kawan-kawan sekali yer..”,ibunya menerangkan tujuan sebenar.

“oh..khamis ni eh? Ok,ok..tiada masalah..Syafiq akan jemput kawan-kawan..”,Syafiq membalas.

“Em,boleh ummi tengok handphone Syafiq jap?..saja nak tengok-tengok..”,ibunya meminta agar dia dapat mengetahui dengan siapakah anaknya berkawan.

“Err…”,Syafiq kelu tanpa kata.


Tiba-tiba Encik Sufian muncul di depan muka pintu bilik Syafiq.

“haa..semua ni buat apa kat sini? Sunyi abi duk sorang-sorang..selalu jer tinggal abi..”,Encik Sufian masuk dan menarik kerusi study untuk duduk.

Syafiq menarik nafas lega apabila ayahnya menyelamatkan situasi genting itu.

“oh..tak de lah..saja nak lepas rindu kat anak kita sorang ni..nanti nak terbang jauh plak..”,Puan Aini melepaskan rindu.

“em,ingat ummi jer yang rindu?..abi pon bakal merindui Syafiq jugak..”,Encik Sufian tidak mahu kalah.

“dah la ummi,abi..beginilah...ehem,ehem..cara yang terbaik tuk lepaskan rindu pada anak tunggal sorang ni ialah dengan membawa Syafiq gi melancong,boleh?..”,gurau Syafiq dengan nada yang cukup serius.

“Ehem,ehem..anak tunggal? Pembetulan yer..adik dalam perut ni bakal menemani Syafiq nanti..hehe..jangan lupa yer..”,ibunya mengingatkan.Syafiq hanya tersenyum dan menepuk dahinya perlahan tanda lupa.

“Em,cadangan yang agak bernas tu..boleh jer..demi anak abi tersayang,abi sanggup ambik cuti..terpaksalah kita tutup klinik gigi kita untuk seminggu..”,Encik Sufian menyetujui cadangan Syafiq yang seakan-akan gurauan.

“Eh,abi..betul ker? Syafiq hanya bergurau laa...”,Syafiq kelihatannya gembira.

“ye..betul lah..kami baru jer nak ajak Syafiq gi melancong..tapi Syafiq usulkan dulu cadangan tu..”,Puan Aini menambah.

Setelah berbual-bual,ibubapanya keluar dengan keputusan untuk pergi melancong ke Cameron Highlands selama 3 hari.

“Fuh,nasib baik ummi tak jadi tengok handset aku..lau tak,memang nahas lah..”,Syafiq bermonolog sendirian.

Dibukanya mesej yang telah lama dihantar kepadanya.Kiriman Husna.

Walaupun ana sedih,ana tak berhak halang cita-cita anta.Tak per,anta jangan bimbang..ana baik-baik saja..Ana akan sentiasa doakan kejayaan anta di sana.Walau jauh jarak antara kita,ana akan tetap berada disamping anta..anta jangan bimbang..
--------------------------------------------------------------------------

Di hari kenduri kesyukuran dan solat hajat..

Hampir semua sahabat-sahabat sekelas Syafiq datang untuk mengucapkan tahniah atas tawaran ke Mesir.Yang lelaki mahupun yang perempuan.Husna Sofia turut hadir memandangkan kemasukan ke matrikulasi hanya tinggal 2 hari sahaja lagi.

Walaupun,Syafiq dan Husna menjalinkan hubungan,namun sahabat-sahabat sekelas mereka tidak mengetahui akan hal itu kerana mereka berdua tidak pernah menghebahkannya seperti pasangan kekasih yang lain.Mereka berdua juga tidak pernah berjumpa berdua-duaan di luar mahupun berpegangan tangan.Mereka akan selalu mengingati bahawa..

Rasulullah SAW pernah berkata bahawa memeluk babi yang penuh dengan lumpur adalah lebih baik dari menyentuh seorang wanita ajnabi(asing).
-Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.


Menariknya, cinta yang mereka alami ini telah di"Islamik"kan .Cinta mereka tidak seperti pasangan kekasih yang lain.Mereka selalu nasihat menasihati dan menegur antara satu sama lain ke arah kebaikan.Jika ingin bertahajud,mereka akan membangunkan di antara satu sama lain..Mereka juga sering menghantar mesej kata-kata dan nasihat agar selalu mengingati Allah dalam perhubungan ‘suci’ mereka.

“Em,tahniah Syafiq kerana dapat medic di Mesir.Ni sedikit hadiah yang tidak seberapa dari ana...”,Husna menghulurkan sebuah kotak kecil berbalutkan kertas hadiah.Bagi Syafiq,ia bukanlah ‘hadiah yang yang tidak seberapa’,tetapi ia merupakan hadiah yang paling bermakna dalam hidupnya.Baru pertama kali Husna memberikan hadiah kepadanya kerana sebelum ini,Syafiqlah yang sering memberikannya hadiah.

“Err..syukran..”,Syafiq mengambil hadiah itu sambil matanya melirik ke arah Husna.

“Astaghfirullah..”,desus hatinya apabila dia teringat pesanan ibunya tempoh hari.Masih terngiang-ngiang pesanan ibu di fikirannya.

Husna berlalu meninggalkan Syafiq.Syafiq melihat Husna dengan perasaan sayu,seakan-akan untuk kesekian kalinya.Banyak hadiah yang dia perolehi dari sahabat-sahabatnya,tapi baginya hadiah Husna lah yang paling bererti.



“assalamualaikum..Husna..buat ape tu?”,Hanis Humaira menegurnya sesudah balik dari kuliah.

Humaira merupakan roommate Husna di tempatnya belajar.Walaupun umur mereka sebaya,tapi pemikiran Humaira cukup matang dalam membuat sesuatu perkara.Dan dia juga merupakan pelajar contoh di sekolah agama yang terkenal di negeri Che Siti Wan Kembang,iaitu, Maahad Muhammadi Perempuan.

“Tengah berenang ..hehe..eh,eh..gurau jer..Husna tengah study math..nanti pukul 2 ada kuiz..”,gurau Husna selamba.

“apalah Husna ni..ok lah..Umai tak nak ganggu,nak qailullah jap..nanti pukul 2,Umai ada kelas..”,Humaira merebahkan badannya di atas katilnya yang empuk dan terlena beberapa minit kemudian.

Husna masih lagi setia di meja belajarnya.Setelah azan zohor,dia membangunkan Humaira dari tidur untuk solat berjemaah bersama-sama.Setelah itu,mereka ke kelas masing-masing.

Sudah 2 bulan Husna di matrik.Dia terlalu sibuk dengan urusan pelajarannya sehinggakan sudah lupa ada yang merindui di bumi anbiya’ sana.

“Ish,da dekat 2 bulan ni..Husna tak bagi khabar langsung.Mesej tak dibalas,Email tak direply...Online pun tidak sama sekali...kenapa ni Husna??”,getus hati Syafiq merindui buah hatinya di tanah air.

“Baik aku mesej sekali lagi,mana tau kali ni dia balas..”,Syafiq bermonolog sendirian.

Salam orang yang dirindui..sudah lama anti tak bagi khabar anti..entah sihat atau tidak ni..ker terlalu busy study??sampai tak ingatkan orang di sini..

Ditekannya punat Send to Husna Sofia.

Di dalam kelas,Husna merasakan ada kesan vibrate dari dalam begnya.Sengaja handphonenya di tukar kepada mode vibration apabila pelajaran dimulai agar pelajaran mereka tidak terganggu.Husna mengabaikan supaya dia dapat fokus seratus peratus di dalam kelas.

Setelah tamat pelajarannya pada hari itu,dia meneliti satu per satu mesej yang masuk.Bulat matanya apabila mesej yang diterimanya adalah daripada Syafiq.

“Syafiq lagi..rindu sangatkah dia kepadaku? Kalau tak dibalas,kesian pulak.. ”,getus Husna sendirian.

Ditekannya butang reply..

Wslm Syafiq..maaf.Ana sentiasa sibuk dengan pelajaran..lagipun,anta pun mesti lagi sibukkan? Medik bukan course yang mudah..bukan? Ana di sini baik-baik saja..take care!

Dan butang send ditekan.Husna mengeluh sendirian.

-----------------------------------------------------------------------------------
Seperti biasa,Husna dan Humaira akan menghadiri usrah mereka setiap hujung minggu..

Dalam Al-Quran ada menyebut:
"Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka." (An-Nur:31)


"Baiklah,ade sesape mahu bagi pandangan,apa yang dia faham dari ayat ini?",Kak Zulaikha cuba menimbulkan persoalan.Ringkas soalannya.Tetapi,seperti biasa,keadaan sepi seketika. Mungkin kelu.Mungkin juga cuba berfikir dan mentadabbur kalam suci itu . Tidak kurang juga,pasti ada yang sedang menyusun bait kata,untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan.

Husna juga turut diam memikirkan apa yang tersirat dalam kalam suci.Buntu.Cuba berfikir.Seketika kemudian,handphonenya vibrate panjang.Husna melihat seketika.

Syafiq is calling terpapar di skrin telefonnya.Fikirannya bercampur baur.Antara jawab atau tidak.Dia mengetahui bahawa dia kini berada dalam sebuah majlis ilmu,juga majlis zikir.Dipenuhi keberkatan. Dipayungi sayap-sayap para malaikat.Didoakan untuk diampunkan dosa oleh para malaikat.Tidak sepatutnya,dia lagho. Husna cepat-cepat beristighfar.

Husna teringat sepotong hadis yang dibacakan oleh Ustaz Ridhwan baru-baru ini.

"Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. beliau bersabda : "Sungguh, Allah mempunyai malaikat-malaikat yang mulia yang selalu berjalan mencari majlis zikir, apabila mereka mendapatkan suatu majlis yang dipergunakan untuk berzikir,maka mereka duduk di situ dan masing-masing malaikat membentangkan sayapnya, sehingga memenuhi ruangan yang berada di antara ahli zikir dan langit dunia."

Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah S.A.W bersabda : "Apabila berkumpul suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Qur'an dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka,rahmat Allah melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para malaikat)."
(HR. Muslim)

Sesekali Humaira menjeling Husna yang merenung sayu handphonenya.Kelihatan air mukanya berubah serta merta.Demi melindungi sahabatnya,dia mula bersuara tentang pedapatnya tentang ayat suci yang disoal Kak Zulaikha sebentar tadi.

“Apa yang Umai paham adalah syariat Islam menyarankan kepada kita untuk menundukkan pandangan. Bukan sahaja haram melihat aurat bukan muhrim malahan bahagian-bahagian bukan aurat turut dilarang. Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (berdosa).",Humaira menjawab dengan penuh keyakinan.

“ok..tepat sekali Umai.. Ada sape-sape lagi nak bagi pandangannya?",suara Kak Zulaikha yang lemah lembut itu mendamaikan jiwa Husna yang sedang berserabut.
“Apabila rijal dan nisa' berjumpa tidak kira atas apa jua keperluan dan keadaan perlulah berteman bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: "Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga.",Farah turut menyatakan pendapatnya.

“alhamdulillah..mantap sekali adik-adik akak semua..sekarang,siapa tahu maksud ikhtilat? Cuba adik-adik terangkan bagaimana ikhtilat tu boleh berlaku..? akak nak Husna bagi pendapat..”,pinta Kak Zulaikha.

Soalan Kak Zulaikha,gadis berkaca mata di hadapan mereka,mematikan lamunan Husna. Dia terkejut. Tidak disangka,dalam ramai-ramai sahabatnya,dia juga yang ditanya.

"Aduh,Matilah aku.Apa aku nak jawab ni?",Husna bermonolog sendiri.

"Err..saya mintak maaf,Kak Zulaikha.Saya..",Husna tertunduk.Kesal dengan kecuaiannya.Dia tahu,ilmunya yang secalit cuma tidak mampu menandingi mereka semua.

Lantas Humaira memintas supaya dapat melindungi Husna untuk kali kedua.

“Erm,akak..biar Umai yang jawab..Ikhtilat ni merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia juga merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat ni boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari...”,terang Humaira panjang lebar.

“bagaimana pula ikhtilat boleh berlaku? Cuba bagi sedikit contoh..”,Kak Zulaikha menimbulkan persoalan demi persoalan agar adik-adik usrahnya benar-benar memahami tentang isu yang ditanya.

“dengan kemajuan era teknologi sekarang....ikhtilat ni sebenarnya bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail, dan Facebook... Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama remaja-remaja..”,terang Amani,sahabat seusrah mereka.

Zupp...

Hati Husna bagaikan direnjat elektrik apabila mendengar penjelasan 2 orang sahabatnya.Dia baru menyedari bahawa dia juga sedang mengalami ikhtilat yang jelas haramnya di sisi Islam.Hubungannya dengan Syafiq dirasakan perlu diputuskan serta merta.Wajahnya berubah.Dia mula sedar yang perbuatannya telah mengundang dosa tanpa dia sedari.

“aku harus mengambil tindakan..”,desus hatinya.

Kak Zulaikha menjelaskan lagi bagaimana tips-tips berurusan dengan lelaki bukan muhrim.Satu per satu dibentangkan dan mereka semua khusyuk mendengar dan kekadang menulis isi penting di buku nota masing-masing.

1.Elakkan berhubungan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa' (bagi nisa') dan rijal (bagi rijal), mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita contohnya apabila nisa' minta bantuan rijal soal baiki latop, kereta dan perkara-perkara yang tak mampu dilakukan nisa'. Silalah mempergunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Begitu jugalah sebaliknya bagi rijal.

2. Andai terpaksa berhubung dengan bukan muhrim gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat. Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti huhu, haha, hihi, hikhik. Seolah –olah kanak-kanak tadika mengajar mengeja. Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah.

Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran: "Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu org yang ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik." Takkanlah nak tunggu Allah menempelak kita dengan balaNya?

3. Tundukkan hati. Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan.

4. Tundukan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati". Tak bermakna tundukan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.

5. Mempercepatkan urusan. Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan. Jangan lupa peneman anda.

Husna meneliti satu per satu isi notanya.Amat bermanfaat bagi dirinya.

“InsyaAllah,akan aku manfaatkan nota ini dengan sebaiknya...dia teringat akan pesan ustazah arabnya sewaktu di bangku sekolah..

‘ilmu tanpa amal,ibarat pohon yang tidak berbuah’..”,hatinya berkata-kata.

Husna tersenyum sendirian.Humaira disampingnya hairan dengan tingkah lakunya.Mungkin inilah dinamakan hidayah.Dia berasa tenang setelah pulang dari program usrah pada hari itu.Intinya berjaya merubah seseorang yang bernama Husna Sofia bt Faris.Bukan untuk sementara,tetapi untuk selamanya.Pegangan hidupnya juga berubah.

Renungi firman Allah swt dalam Sura Ar Ra’d : 27-28;
“Dan Dia memberi petunjuk ke jalan agamaNya kepada sesiapa yang merujuk kepadaNya, iaitu orang2 yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah, dengan zikrullah, hati akan menjadi tenang.”



Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Ana ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Ana minta maaf atas segala yang dah berlaku. Ana rasa setakat ini je hubungan kita.Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum..

Mesej dihantar.

“maafkan aku Syafiq..”,terasa berat hatinya untuk memutuskan hubungan yang telah mereka bina selama ini.Seperti separuh hidupnya sudah hilang.Namun digagahkan jua hatinya apabila dia mentadabbur satu ayat dari Surah Al-Baqarah,ayat 126:

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Husna sebak.Air mata yang cuba dibendung,terus-terusan mengalir.Bukan mudah untuk dia mengambil langkah ini.Tapi ,dia yakin dengan keputusannya.Pantang baginya berpatah balik.Dia tidur berlinangkan air mata.Humaira yang duduk satu bilik dengannya perasan akan perubahan Husna yang berlaku.Namun dibiarkan agar tangisan dapat memuaskan hatinya yang dirundung kesedihan.

--------------------------------------------------------------------------------

Keesokan harinya..

“Husna ada problem ker? Umai tengok pon dah tau..Sejak semalam lagi Umai lihat husna asyik duk nangis jer...citer la sikit..mana tau Umai boleh tolong..”,tegur Humaira apbila melihat Husna murung.

Kebiasaannya Husna seorang yang periang dan suka bergurau.Ada sahaja cerita yang dikongsi tanpa perlu Humaira pinta.Husna tahu Humaira ikhlas ingin membantunya.Tapi,dia berasa malu untuk menceritakan perkara yang dia sedihkan itu kepada Humaira.

“Eh,mana ada pape..Husna ok jer..semalam Husna teringat kat family di kampung..sebab tu nangis tu..hehe..jangan risau yer Umai..”,Husna tersenyum.Hambar,seperti senyuman yang dibuat-buat agar dapat menyenangkan sahabat baiknya itu.Dia malu untuk menceritakan hal yang sebenar.Namun digagahkan jua untuk menceritakan dari A sampai Z.Humaira tekun mendengar.Dia sudah terbiasa mendengar cerita yang diluahkan oleh Husna.Sudah ramai sahabat-sahabatnya mengalami perkara yang sama.

"….Tetapi,boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu lebih baik bagimu.Dan boleh jadi kamu menyenangi sesuatu,tetapi ia tidak baik bagimu.Allah Mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui" (al-Baqarah:216)

Humaira membaca ayat al-Quran serta tafsirnya sekali.Kali ini,Husna merasakan bahawa ayat itu tertuju tepat ke atasnya.Husna merasakan lebih tenang apabila ayat itu dilantunkan dan dia pasti bahawa keputusan yang dibuatnya adalah keputusan yang terbaik untuk dirinya dan juga untuk Syafiq.Hanya satu ayat sahaja Humaira dapat meyakinkan tindakan Husna yang telah memutuskan hubungannya dengan Syafiq merupakan jalan yang terbaik bagi menyelesaikan solusi masalah itu.

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side..

Deringan telefon nada ‘InsyaAllah’ milik Husna mematikan penghayatannya terhadap ayat suci yang dibaca Humaira.Dia segera menggapai telefonnya di atas katil.

Syafiq is calling..Terpapar di skrin telefon bimbitnya.Dia ragu-ragu untuk mengangkatnya memandangkan Humaira ada di sisi.Humaira mengangguk menandakan dia benarkan Husna menjawab telefon dari si pemanggil itu yang bernama Syafiq itu.

Husna menekan perlahan butang di handphonenya.Dan menjawab panggilan itu.

“Assalamualaikum Husna..ana teringat SMS yang anti kirimkan semalam..Kenapa anti tulis macam tu? Anti dah tak suka ana? Atau ana ada buat salah?”,bertubi-tubi soalan yang dilemparkan syafiq,namun satu pun tidak dijawab oleh Husna.

“Ana minta maaf Syafiq..Macam apa yang ana hantar semalam,ana nak kita berhenti,kita putus.Ana tahu anta lebih tahu pasal agama berbanding ana.Anta pasti lebih tahu,apa yang kita buat selama ni,tak betul,haram hukumnya..," luah Husna sejujurnya.Apa yang dipendamkan sejak beberapa hari lalu,diluahkan satu persatu.Humaira yang berada disisinya hanya mendengar.

Syafiq terdiam.Kedengaran,bunyi dengusan di hujung talian.Seperti,Syafiq sedang menahan perasaan.

"Sedihkah dia?Atau mungkin dia marah padaku?.Mata Husna sudah berkaca jernih.

“Tapi,kenapa sampai begini?..ana tetap akan tunggu anti..jangan lupakan ana..”,rintih Syafiq.

"Syafiq,ana betul-betul minta maaf..Lupakanlah ana..ana harap sangat,anta dapat faham kenapa.Bukan sebab perasaan ana pada anta sudah luntur,juga bukan kerana orang ketiga.Tapi,saya mahukan cinta Allah.Maafkan ana..",lantas,dimatikan panggilan itu.

Husna sebak.Air mata yang cuba dibendung,terus-terusan mengalir.Bukan mudah untuk dia mengambil langkah ini.Humaira memangku Husna.Dia membiarkan Husna menangis sepuas-puasnya.Humaira tahu,begitu pahit jika berpisah dengan orang yang kita sayang.

Tut..tut..satu mesej baru masuk di handphone Husna.

Baiklah Husna..Klau ini yg anti mahukan..Ana akur.." –Syafiq.

Husna lega.Senyum terukir dibibir,walaupun itu merupakan saat yang paling pahit dalam hidupnya.Pahit demi mencari RedhaNya.



Setelah 3 tahun berlalu..

“Syafiq,after this,you must see me in my room..”,arah lecturer Amina.

“Yes,madam..”,Syafiq seakan-akan tahu mengapa dia dipanggil.Setakat ni,sudah tiga kali dia dipanggil Madam Amina.

Di bilik Madam Amina..

“Syafiq..you know,this is the last warning i give for you..if you still fail in my subject,this university will reject you to Malaysia..so,please struggle for this sem..”,Madam Amina menasihati.

Semenjak dia memutuskan hubungannya dengan Husna,hidupnya seakan-akan tidak terurus.Nasib baik ahli baitnya,Khairul Anwar sudi menolongnya serba sedikit.Dia merupakan sahabat terbaik Syafiq sejak datang merantau di negara orang.Walaupun dia tahu Syafiq hilang semangat disebabkan perkara yang kecil itu,namun dia sedaya upaya memulihkan semangat Syafiq yang dahulunya amat-amat berkobar-kobar dalam pelajaran.

Setelah keluar dari bilik pensyarahnya,Syafiq berwajah selamba.Memang kerap kali dia dipanggil kerana keputusan peperiksaannya yang selalu gagal.Namun,dia mengabaikan nasihat pensyarah-pensyarahnya.Sebaliknya,hanya tahu bermain-main walaupun course yang diambilnya begitu penting untuk masyarakat di tanah airnya.

“hey Syafiq!”,kedengaran namanya dipanggil dari jauh.Ternyata Khairul Anwar.Selain memiliki ilmu agama yang mantap,Khairul juga memiliki wajah yang kacak,seakan-akan wajah Fahrin Ahmad.Walaupun begitu,Khairul tidak pernah menjalinkan hubungan dengan mana-mana perempuan.

“Kenapa?”,tanya Syafiq ringkas.

“oh..kena panggil lagi? Hurm..sudah la tu Syafiq..berubah lah..kau tak kesiankan parents kau ker? Mesti mereka ingat anaknya dah berjaya..tapi ternyata tidak..semakin merosot..apa jadi kalau kau ditendang dari universiti ni? Mesti parents kau hampa dan kecewa dengan kau.Dulu kau jugak yang bagitau aku yang kau tu harapan keluarga kau..so,sekarang,mana buktinya...?”,panjang lebar Khairul menasihati kawannya itu.

Secara tidak sedar air mata Syafiq mengalir.Teringat ibubapanya di tanah air.Terbayang wajah gembira mereka tatkala melihatnya berjaya,namun dihantui perasaan takut.Takut jika dia dibuang university dan dihantar pulang ke tanah air.Akan menjadi sia-sia 3 tahunnya di Mesir.Dia tahu bahawa ibubapanya selalu mengambil berat tentang pelajarannya.Namun,dia selalu berbohong bahawa dia sentiasa mendapat keputusan mumtaz agar mereka bahagia.

Syafiq memeluk Khairul erat.Dia mula tersedar dari kesilapan yang lalu dan bertekad untuk berubah demi kegembiraan ibubapanya..

“Syukran Khai..kau dah banyak tolong aku..tapi aku selalu tak endahkan apa yang kau katakan..InsyaAllah,kalau boleh,kau bantu aku ‘bangun semula’..aku nak jadi Syafiq yang baru..Syafiq yang selalu bersemangat dalam hidup..”,pinta Syafiq dengan linangan air mata.Dia mula menyedari kesilapannya berpunca dari kecintaannya yang tidak bertempat.Kecintaan yang lebih daripada yang berhak.

“insyaAllah,akanku bantu kau..dah..dah..jom la kita balik..”,Khairul menenangkannya.Walaupun Khairul tidak mengetahui siapakah gadis yang digilai Syafiq,namun dia tidak pula bertanya.Tidak berminat.Walau siapa pun gadis itu,dia hormat pendiriannya untuk memutuskan hubungannya dengan Syafiq.Kerana itulah jalan terbaik bagi mereka.

“Jom..”,Syafiq mengesat air matanya seraya pulang ke rumah.

“kejap,kejap..kita balik ni,nak makan apa? Barang-barang dapur sumer da habis..:jom teman aku belikan barang-barang dapur di pasar sana..”,Khairul hamper terlupa.

“oh..ok..hari ni aku masak..asyik kau jer masak..kesian kau..hehe..”,Syafiq menawarkan diri.Khairul berasa lega dengan perubahan yang sedikit itu.Selama ni,dialah yang selalu membuat kerja rumah.Dia jugalah yang menguruskan makan minum Syafiq yang tak terurus dek kerana terlalu sedih dengan penangan 3 tahun lalu.Terlalu besar impaknya.Tapi sekarang,Syafiq dah mula menyedari semua itu.

“Alhamdulillah...”,getus hati Khairul.

Mereka bergerak ke pasar yang menjadi kebiasaan pelajar-pelajar Malaysia membeli makanan.Setelah itu mereka pulang.



Di rumah Husna ketika musim cuti semester tahun terakhirnya sebagai pelajar universiti..

“Sofia..bulan lepas, kawan ayah datang..Dia datang dari jauh..”,ibunya memulakan topik perbualan.Panggilan ‘Sofia’ adalah panggilannya dalam keluarga dan orang terdekat.

“oh..siapa mak?”,balas Husna yang tertarik dengan apa yang ingin disampaikan ibunya.

“Kenal tak pak cik Hasyim? Alah..yang dulu-dulu time Sofia kecik tu,selalu dia datang kemari..”,ibunya mengingatkan kembali nostalgia lama.

“Oh...kenal,kenal..nape mak? Ada apa dia datang kemari?”,soal Husna inginkan kepastian sambil membasuh pinggan di dapur.

“Dia punya hajat besar..dia merisik Sofia untuk anak lelakinya..”,ibunya menjelaskan hal sebenar.

“hurm..pastu mak jawab apa?”,Husna seakan-akan terkejut.

“ayah dan mak minta masa dulu..tunggu Sofia bagi jawapan..camne Sofia? Setuju? “,ibunya meminta jawapan.

“sofia tak kisah mak..asalkan anak Pak Cik Hasyim tu beriman,soleh dan dapat bimbing Husna kelak..mak dan ayah buatlah keputusan untuk Husna..”,Husna akur dengan keputusan ibubapanya.

“hurm..insyaAllah, anaknya ada ciri-ciri yang Sofia sebutkan tadi.. kalau begitu,mak dan ayah akan terima lamaran itu..ok?”,ibunya masih bimbang terhadap anak kesayangannya itu.
“jika itulah yang terbaik untuk Sofia,Sofia terima mak..insyaAllah..”,Husna tekad dengan jawapannya.

“Alhamdulillah..mak akan bagitau ayah nanti..”,ibunya mengucap syukur.Tidak disangka –sangka Husna akan menerima lamaran itu.

Dalam hati yang paling dalam,Husna masih mengharapkan Syafiq datang merisiknya dahulu sebelum orang lain.Tetapi dia tidak mempunyai alasan untuk menolak lamaran Pak Cik Hasyim untuk anak lelakinya.Kerana semua ciri-ciri yang diidamkannya sudah terlalu cukup untuknya.Tambahan pula lelaki itu memiliki wajah yang tenang dilihat dan kacak,itu merupakan pakej terbaik bagi dirinya.Husna akur.
------------------------------------------------------------------

“ummi...! Ain nak aiskrim! “,pinta adik Syafiq,Ain Annisa .Sudah empat tahun usianya.Namun,sehingga sekarang Syafiq belum melihat adiknya secara dekat.Dia hanya mampu tengok melalui foto-foto yang di emailkan ibubapanya.

“Nanti esok,ummi belikan yer sayang..”,pujuk Puan Aini.

“ok,ummi..”,Ain akur.

“Umminya,abi dah rindu sangat-sangat dengan si Syafiq tu..tak pernah pulang lagi ke Malaysia..nak kata tak de duit,kita boleh support..”,Encik Sufian menyatakan kerinduannya.

“aih..umminya pun rindu jugak..dah berapa kali ummi suruh Syafiq balik,tapi dia kata,dia selalu busy dengan persatuan-persatuan di sana..”,ibunya menjelaskan.

“Bila abang Syafiq nak balik? Ain rindu nak jumpa dengan dia..”,Annisa turut menyampuk perbualan ibu bapanya.

“insyaAllah taun depan abang Syafiq balik..”,kata ibunya.

Walaupun berkali-kali ibu bapa Syafiq memujuknya untuk pulang,tapi macam-macam alasan
diberikan.Syafiq sengaja mencari alasan supaya dia dapat melupakan sejarah silamnya.
Di bumi anbia’..

“Eh,Syafiq..kau tak nak balik ker jumpa parents kau?..mereka mesti dah rindu giler kat kau..balik lah..”,nasihat Khairul.

“hurm..aku rase nak gi melancong lah..lagipon ni dah masuk tahun terakhir kita disini..aku nak enjoy puas-puas sebelum balik Malaysia..hehe...”,Syafiq mencari alasan.

“hmm..alah..kau tak kesiankan parents kau ker? Susah lah cakap ngan kau ni..”,Khairul tidak mengalah.

“tak balik tak bermakna aku tak sayangkan mereka,Khai oiii...tak pelah..tahun depan,aku baliklah..”,balas Syafiq.

“tahun depan,memang lah kita kena balik..takkan lah kau nak duk sini..”,dengus Khairul.

“Oh ya..lupa aku nak cakap..hujung bulan ni,aku kena balik Malaysia..ada hal penting sikit..”,Khairul menyatakan hasratnya untuk pulang.

“oh..ok..”,Syafiq mengiyakan selamba sambil memasak makanan kegemaran mereka.
---------------------------------------------------------------

“by the way,bila Husna nak bertunang?”,tanya Humaira melalui corong telefon.Dia sentiasa mengikuti perkembangan Husna sejak belajar di universiti yang berlainan dengan Husna.Walaupun mereka berjauhan,mereka tetap bersahabat baik.

“Erm..insyaAllah awal bulan 11..”,balas Husna dengan nada sayu.Kesayuan Husna dapat dihidu Humaira.

“haih..ni kenapa pulak ni? Cam tak suka jer Umai tanya..what’s wrong honey?”,pujuk Humaira yang sentiasa mengambil berat tentang Husna.

“Bukan tak suka..tapi..tak tau lah..mungkin Husna tak kenal lagi dengan orang yang lamar Husna tu..”,rungut Husna.

“Husna..tak kenal,maka tak cinta..insyaAllah,Umai doakan yang terbaik untuk Husna..em,jap,jap..hensem tak orangnya? Hehe..”,Humaira sempat bergurau.

“Erm..boleh la tahan..harap-harap perangai pon baik..”,harap Husna penuh pengharapan.

“Oh..camtu..ok lah..Umai ade keje ni..Umai pergi dulu yer..assalamualaikum..”,humaira meminta diri.

“ok..take care..wassalam..”,telefon dimatikan.Husna merenung sayu telefon itu.Terasa rindu kepada Humaira kerana dialah Husna dapat berubah.Berubah kepada cinta Allah.



Majlis pertunangan Husna berjalan dengan lancar.

Cincin emas disarungkan ke jari manis Husna oleh bakal emak mertuanya,Puan Karimah.Senyuman Husna tersimpul manis.Majlis itu dibuat secara sederhana agar tidak terlalu membazir.Bakal suami Husna juga turut hadir.Tapi adat melayu tidak mengizinkan orang yang bertunang hadir sama dalam majlis meminang.Dia hanya duduk di dalam kereta.Setelah selesai majlis bertunang, bakal suaminya dipanggil masuk. Memandangkan bakal suaminya yang tinggal di luar negara,maka di dalam majlis ini sahajalah peluang untuk mereka berdua ditemukan oleh kedua-dua keluarga. Inilah kali pertama Husna bertemu ‘life’ dengan bakal suaminya.Husna terpana dek kesolehan wajah bakal suaminya.

“Subhanallah..alhamdulillah..”,getus hati Husna apabila melihat bakal suaminya.Dia merasakan ini merupakan cinta pandang pertamanya.Begitu juga Khairul Anwar,bakal suami Husna Sofia.

Tempoh pertunangan selama setahun ditetapkan,memandangkan mereka berdua masih belajar di tahun terakhir.Tarikh perkahwinan juga telah ditetapkan.InsyaAllah mereka akan berkahwin pada bulan 12 tahun hadapan.

Dinikahi seseorang wanita kerana empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama, nescaya engkau akan beroleh keuntungan.
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Bagi Khairul,Husna adalah pilihan terbaik ibu bapanya.Begitu juga dengan Husna.

-------------------------------------------------------------------------------

Di rumah Khairul..

“mak,ayah..Khai ucap terima kasih kerana pandai pilih calon menantu..hehe..begitulah taste Khai..cantik..solehah..”,luah Khairul.Ayahnya hanya tersenyum.

“yer Khai..mak tahu..ayah Khai yang pilih..dia tu anak kawan ayah Khai..”.jelas ibunya.

“amboi,Khai..berseri-serinya muka dia..maklomlah dah ada tunang..tengok akak ni,still single..lau boleh,Khai carilah senior-senior Khai..jodohkan pada akak..hehe..”,gurau akaknya,Khairunnisa’.

“mana tak berserinya akak..mak ayah pandai pilih taste Khai..hehe..oh..nak suruh Khai cari ker?..eleh,akak yang sentiasa sibuk,sampai takde masa nak kawin..padahal dah 5 orang setakat ni yang dah masuk minang akak..tapi akak tolak..”,rungut Khairul tambah kesian.Kakaknya memang sentiasa sibuk dengan urusan dakwahnya.Ke sana ke mari.Memang tiada masa untuk berfikir pasal dirinya sendiri.Khairul kesian melihat kakaknya yang hampir mencecah usia 30-an.

“Akak gurau jer la..yer..akak tahu,akak busy..tapi..”,belum sempat kakaknya menghabiskan ayat,Khairul menyangkal.

“Tapi akak mesti fikir sal diri akak jugak..”,Khairul tetap tidak mahu mengalah.
“dah..dah..jangan gaduh-gaduh..kalau dah ada jodoh nanti,Nisa kawin la tu..”,ayahnya meredakan situasi.

Semua yang ada disitu meng’amin’kan kata-kata ayahnya.
-----------------------------------------------------------------
Sekembalinya Khairul ke Mesir..

“Eh,aku Nampak kau semakin berseri-seri ni..kau pakai ape ni? Fair n lovely ker? Hehe..”,Syafiq menegur Khairul yang sentiasa tersenyum.

“hehe..aku dalam tempoh berdarah manis ni..aku saje tak nak cakap nape aku balik Malaysia..hehe..”,Khairul menyatakan tujuan sebenarnya.

Ungkapan darah manis dirujuk kepada mereka yang sedang mengikat tali pertunangan. Yang menghitung hari untuk melangsungkan hari perkahwinan.

“Weh,Khai..kau biar btol..sampai hati ye kau tak bagitau aku..! apa-apa pon,mabruk alaika..”,Syafiq menghulurkan tangannya untuk berjabat mengucapkan tahniah kepada Khairul.

“syukran..”Khairul menyambut tangan Syafiq.

“ehem..ehem..dengan orang mana eh? Cantik? Solehah?”,bertubi-tubi Syafiq ajukan soalan.

“orang Perak..mestilah cantik..solehah plak tu..aku memang puas hati lah dengan pilihan ayah mak aku..”,jelas Khairul.

“ooh..Orang perak? Negeri aku tu..sape namenye? Kot-kot aku kenal..hehhe..”,gurau Syafiq.Mustahil baginya untuk mengenali semua orang perak kerana dia baru berpindah ke situ.

“ek eleh..ye la tu..aku tak nak cakap..nanti kau kebas calon isteri aku..cukup lah dengan panggilan namanya jer aku bagitau..aku panggil dia ‘Ya’..hehhe”,gurau Khairul.

“eleh..tak de maknenya aku nak kebas..”,Syafiq mencebik bibir.
Sambil mengemas-ngemas barang-barang di dalam bilik Khairul,terjatuh satu gambar keluarganya.

“Eh,Khai..foto kuarga kau ni ek?”,Syafiq mengutip gambar yang terjatuh.



“Eh,Khai..foto kuarga kau ni ek?”,Syafiq mengutip gambar yang terjatuh.

“oh..a’ah..”,Khairul mengiyakan lantas menuju ke arah Syafiq untuk mengambil foto itu.

“tak sangka aku,kau ada kakak yang cun..hehe..”,gurau Syafiq.

Zupp..!

Timbul satu idea apabila dia mengambil serius gurauan Syafiq.

“bagaimana kalau aku jodohkan kau ngan akak ku ,kau setuju?”,Khairul mencadangkan.

“ehhhh...dia tak kawin lagi ker?”,Syafiq bagaikan terkejut kerana gurauannya diambil serius.

“belum..”,Khairul sebut perlahan tanda kesian.

“oh..kau biar betul..aku ni muda dari akak kau..nanti apa pula dia kata..”,sangkal Syafiq.

“Tak mengapa kalau isteri tua, nabi pun berkahwin dengan Siti Khadijah semasa umurnya 25 tahun,manakala isterinya 40 tahun …”,Khairul mengingatkan.

“erm..nantilah aku fikir..bukannya mudah ambil keputusan yang melibatkan masa depan ni..aku kena solat istikharah dulu..”,Syafiq meminta masa.

Syafiq menatap foto itu sekali lagi.Solehah...Syafiq juga tertarik penceritaan Khairul bahawa kakaknya sentiasa sibuk dengan aktiviti dakwahnya sehingga dia tidak mempunyai masa memikirkan masa depannya.

“Eh,kau ni..dah..dah..tatap apa yang lama-lama ni..? meh sini foto tu,aku simpan..”,gurau Khairul apabila melihat Syafiq tidak berkedip matanya menatap foto itu.

“hehe..aku sedang fikir lah..”,Syafiq begitu matang dalam membuat keputusan.Dalam hatinya yang paling dalam,dia masih mengharapkan untuk melamar Husna bila dia pulang ke tanah air.

--------------------------------------------------------------------------

Maka,hari yang ditunggu-tunggu Syafiq tiba..hari terakhir mereka semua berada di Mesir.Syafiq dan Khairul pulang dengan title ‘doktor’.Setelah beberapa jam mengambil masa perjalanan,mereka berdua tiba di KLIA.Kelihatan kedua-dua buah keluarga telah sampai di sana menantikan anak tercinta.

“Syafiq..!”,laung ibunya dengan penuh kerinduan.

Syafiq berlari ke arah ibu bapanya.Memeluk satu per satu dengan penuh rasa rindu dan sayang.Air mata kegembiraan mengalir.

“ni adik abang ker ni? Wah..dah besar rupanya..”,terkejut melihat anak kecil yang turut bersama ibu bapanya.

“yer..ni Ain lah bang..”,Ain memperkenalkan diri.

Keluarga Khairul juga turut berada di situ.Tetapi sedikit berjarak dari keluaganya.

“Jap eh ummi,abi..Syafiq nak jumpa kawan Syafiq jap..”,Syafiq meminta diri dan menuju ke arah Khairul dan keluarga.

“Khairul..jap.”Syafiq memanggilnya lembut.

“oh ya mak,ayah..ni lah Syafiq yang Khai selalu cerita tu..”,Khairul mempelawa Syafiq,lantas bersalaman dengan ayah Khairul.Kakaknya juga ada disitu.Syafiq mengajak Khairul ke satu penjuru.

“Khai..aku harap kau jangan terkejut dengan apa yang aku nak katakan ni..setelah aku buat berkali-kali istikharah,ternyata kakakmu adalah calon terbaik..so aku harap,kau paham-paham lah..”,jelas Syafiq serius.

“oh..alhamdulillah..so,bila nak datang umah aku merisik?”,balas Khairul.

“erm..yang tu,nanti aku bincangkan dulu ngan parents aku..lau da pape,aku mesej kau..ok lah..aku pergi dulu..jangan lupakan aku kawan..”,lantas Khairul dipeluk.

“ok..bakal abang iparku..hehe..”,Khairul sempat bergurau.

“Eh,kau ni..jangan lah cakap kuat-kuat..malu la aku..ok..aku pergi dulu..assalamualaikum..”,Syafiq meminta diri.

“Waalaikummussalam...”,balas Khairul perlahan.

Khairul memandang Syafiq sehingga hilang dari pandangan.Kini,dia membawa berita gembira untuk kakaknya.Berita yang bakal merubah masa depan kakaknya.



Di rumah Khairul..

“Ayah,mak...Khai harap berita yang akan Khai cakap ni dapat gembirakan ayah dan mak dan juga kakak..”,Khairul memulakan perbualan ketika sedang makan malam.

“Ehem..apa dia Khai..?”,balas ibunya tidak sabar.

“Err..Khai dah ada calon untuk kakak..”,semua yang ada disitu tersentak,terutamanya Khairunnisa’.

“apa ni Khai?..akak gurau je lah dulu tu..”,Nisa tidak mengambil serius akan apa yang disampaikan Khairul.

“Akak...Khai serius lah ni..ingat tak kawan Khai yang sama-sama pulang ngan Khai hari tu? Kat airport tu..”,Khairul mengingatkan.Semua yang ada di situ mengangguk.

“haaaah...dialah bakal abang ipar Khai..kacak tak?”,Khairul menjelaskan.

“hah? Kawan Khai yang namanya Syafiq tu ker?”,ayahnya inginkan kepastian.

“a’ah..Syafiq namanya..”,balas Khairul.

“err..tapi akak kan..”,Nisa terasa serba salah.

“tak pe akak..walaupun akak tua 2 tahun dari dia,dia tetap terima akak..dia dah istikharah dah..ternyata akak lah orangnya..Khai yang kenalkan akak kepada dia..”,jelas Khairul panjang lebar.

“Em..nantilah akak fikirkan..”,kelihatan air muka Nisa serta merta berubah.Sudah masanya dia perlu berumahtangga.Suasana sunyi seketika.Namun diceriakan kembali oleh Khairul.Satu-satunya anak lelaki dalam keluarga yang suka mengambil hati orang tua dan suka bergurau.

“Eh..janganlah camni..ok,ok..lau akak dah terima,Khai bagitau kat Syafiq agar dia datang merisik..kalau akak tak terima pon takpe..Khai tak paksa..tapi,melepaslah Khai nak ber’abang ipar’kan sahabat Khai sendiri..haih...hehe..”,gurau Khairul kembali menceriakan suasana.

“InsyaAllah,mak dan ayah tak halang.. mak tengok Syafiq tu baik jer..bergantung pada Nisa lah nak terima atau tak..”,ibunya meredakan perasaan Nisa yang bingung.

“em,solat istikharah lah wahai anakku..”,balas ayahnya pula.

“InsyaAllah mak,ayah..Nisa akan pertimbangkan..Syukran Khai..”,Nisa bersuara setelah seketika diam.

Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:

"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".


“dah..dah..kita jangan cakap sal ni lagi..ehem..ehem..cakap sal Khai pulak..hehe..”Khairul menyentuh isu perkahwinannya.

Wajah ibunya murung.

“nape mak? Cam tak suka jer Khai nak kawin..”,Khairul lantas menyoal apabila menyedari wajah ibunya bertukar air muka.

“Emak bukan tak suka, tapi rasa macam tak puas lagi mak membesarkan kamu. Dah nak jadi suami orang!”, kata ibunya.

“Khai faham. Insya Allah mak tak akan kehilangan Khai malah menambah ahli keluarga kita sebenarnya. Insya Allah”, Khairul memujuk ibunya.

Naluri biasa seorang ibu. Titis air matanya bukan titis duka, tetapi titis yang datang dari perasaan tersedar bahawa anak bongsunya sudah dewasa.

“em..ye lah..moga-moga begitu..Tinggal sebulan lagi Khai nak kawin..nanti sunyilah rumah ni kan ayahnya..?”,ibunya merungut.

“alah..Nisa kan masih ada lagi..”,balas Nisa.
“em..Nisa pun bakal di’ambil’ orang..takkan selamanya nak duk celah ketiak mak jer..hehe..”,jawab ibunya selamba sambil mengangkat pinggan-pinggan kotor ke sink untuk dicuci.

“eh,mak ni..ke situ pulak..Nisa belum tentu nak terima lamaran tu..”,Nisa mencelah.

Walaupun Syafiq lebih muda dari Nisa,tetapi ibu dan ayahnya tetap menyokong apa jua keputusan yang akan dibuat oleh anak perempuannya.Bagi mereka,ini merupakan cabaran terbesar bagi Nisa untuk membuat keputusan.Namun,kematangan fikiran Nisa bisa mencari solusi.Solusi yang boleh membawa kegembiraan kepada semua pihak.



Memandangkan sudah 5 tahun Syafiq meninggalkan zaman persekolahannya,sepucuk kad jemputan reunion sampai melalui posmen yang pernah membawakan berita gembira 5 tahun yang lepas.

“abang Syafiq...! nah..surat tuk abang Syafiq..pak cik posmen tu kasi tadi..”,Ain menghulurkan kad tersebut.Sampul kuning dikoyak dan dibuka isi dalamnya.

Jemputan untuk ke Reunion Batch SPM 2006..
Sukacita dimaklumkan saudara Syafiq Aiman bin Sufian dijemput untuk turut memeriahkan majlis reunion yang pertama bagi Batch SPM 2008.

Tempat:Swiss Garden Golf Resort
Tarikh:12/12/2011 (sabtu)
Masa:10.00pagi-6.00petang.


Dibaca satu per satu ayat dalam kad itu.Direnungnya.

“adakah aku patut pergi? Lagipun Husna juga mesti juga akan turut hadir..”,desus Syafiq dalam hatinya.Dia berusaha sedaya upaya untuk melupakan Husna memandangkan dia telah pun mengkhitbah kakak Khairul sebagai calon peneman hidupnya mengikut jawapan dari solat istikharahnya.

“aku harus batalkan niatku untuk pergi..”,keluh Syafiq.Walaupun dia berusaha melupakan Husna,namun perasaan dalam hatinya yang paling dalam tetap tidak dapat menipunya.Husna tetap cinta pertamanya.Dia hanya menunggu jawapan dari kakak Khairul yang bakal merubah perasaanya.Direnungnya hadiah yang pernah Husna beri padanya sebelum dia berangkat ke Mesir 5 tahun dahulu.Sebuah kitab suci yang lengkap dengan tafsir,yang selalu digunakannya.Dan dibawa juga ke mana-mana untuk mentadabbur ayat.Lamunannya mati apabila telefonnya berdering.

“assalamualaikum sahabatku!!”,salam diberikan Khairul melalui corong telefon.

“waalaikummussalam..Khai eh..? camner?”,Syafiq tidak sabar-sabar menantikan jawapan.

“camner ape pulak kau ni..? baru jer telefon..tetiber tanya camne..camne ape?”,Khai pura-pura lupa akan hal yang pernah diberitahukan Syafiq di airport dulu.

“aah..kau ni..dah lupa ker? Aku disini menanti jawapan kau,tau tak..?”Syafiq seakan-akan bernada tidak sabar.

“rilek,rilek..cam tak sabar-sabar jer..Syafiq..Syafiq..kalau yer pon,tanya la khabar aku dulu ker..”,Khairul bergurau.

“hehe..bukan tak sabar..tapi penantian adalah suatu penyeksaan bagi aku..ok..bagaimana kau? Sihat? Aku sihat jer..”,Syafiq mula menenangkan diri.

“haha..camtu lah..aku sihat jer..aku telefon kau ni sebab nak jemput kau ke perkahwinan aku..12 aebulan ni..”,Khairul menyatakan tujuan sebenar.

“Weh..! kau dah nak kawin dah??? Hujung minggu ni maksud kau? Awalnye!..”Syafiq bagaikan tidak percaya.Hal tadi diketepikan seketika.

“a’ah la..kau ni..kan dah dekat setahun aku bertunang..kata orang,tak baik bertunang lama-lama..banyak cabarannya..hehe..”,jelas Khairul.

Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita:
“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

“ok..insyaAllah,kalau aku tak de aral melintang..lagipon bukan senang kerja doctor cam kita ni dapat cuti..nanti akanku usahakan demi kau..huhu..”,jelas Syafiq.

“ok..datang eh lau tak der halangan..aku tunggu..nanti aku kenalkan kau kat calon isteri aku yang cun melecun tu..hehe..”,gurau Khairul.

“hehe..tak takut ker nanti aku kebas?”,gurau Syafiq lagi.

“eh,kau ni..berapa bini yang kau nak ni? Akak aku pon kau nak..calon isteri aku pon kau nak kebas..melampau kau ni..haha..”,Khairul pura-pura marah.

“haha..aku gurau je lah..hah! kembali pada topic mula-mula tadi..camne weh? Akak kau setuju tak?”,Syafiq penuh berharap.

“Em..bismillahirrahmanirrahim..harap kau sedia menerima apa yang aku akan khabarkan..”,Khairul memulakan muqaddimah.

“InsyaAllah,aku terima apapon keputusannya..”,Syafiq pasrah.Bunyi dengusan Khairul di corong telefon.Kedengaran seperti khabar yang tidak berapa baik.

“Em..selepas berkali-kali akak ku buat solat istikharah,keputusan yang dia dapat adalah..”,Khairul tidak menghabiskan ayatnya.

“Ape? Cepat lah..jangan la main-main..”,sangkal Syafiq yang tidak sabar-sabar mengetahui keputusan akan khitbahnya.

“InsyaAllah akak aku mantap memilih kau sebagai calon suaminya..”Khairul menjelaskan.
Diam seketika di corong telefon apabila dikhabarkan berita gembira itu.Ternyata Syafiq sujud syukur seketika lantas menjawab kembali panggilan itu.

“Alhamdulillah..”,ucap Syafiq syukur menahan sebak.

“Alhamdulillah..ok..kau boleh datang bila-bila masa kau suka..tapi inform dulu yer..takot akak aku tak de kat rumah..merisik tu jangan bawak banyak barang sangat..membazir..cukuplah dengan cincin jer..”,pesan Khairul.

“ok..insyaAllah aku akan bagitau nanti bila..biar aku discuss ngan parents aku dulu..”,balas Syafiq.

“em,ok lah..yang tu jer la yang aku nak bagitau..hah,jangan lupa datang kenduri kawin aku sabtu ni yer!! Assalamualaikum...”,Khairul mengingatkan seraya meminta diri.

“InsyaAllah..waalaikummussalam..”,panggilan telefon dimatikan.

Syafiq hanya mampu tersenyum kegembiraan.2 berita gembira baginya.Pertama,lamarannya diterima,kedua,dengan jemputan perkahwinan Khairul dapat menghalangnya daripada bertembung dengan Husna di majlis reunion nanti.Dia lebih memilih untuk hadir ke majlis sahabatnya daripada majlis reunion.



Selepas menikmati makan malam bersama keluarga tercinta,Syafiq dan ibu bapanya berkumpul di ruang tamu untuk berehat-rehat.Ain pula hanya menonton televisyen,tidak masuk campur akan urusan mereka.

“Abi,ummi…Syafiq ada hal nak cakap sikit..”,Syafiq memulakan perbualan.Lembut tutur katanya.

“Emm..apa dia Syafiq..cam serius jer bunyinya..”,balas ibunya.Ayahnya hanya mengalih pandangan ke arah Syafiq tanda berminat untuk mengetahui apa yang ingin disampaikan Syafiq.

“sebenarnya..Syafiq dah ada calon bakal menantu ummi dan abi…”,tutur Syafiq perlahan,tapi dapat didengar oleh mereka berdua.

“Haih…ummi dah agak dah..tengok muka pon dah tahu..muka orang yang nak kawin..hihi..”,gurau ibunya.

“ Oh..orang mana Syafiq?”,soal ayahnya.

“em..orang johor abi..kakak kawan Syafiq..”,Syafiq tunduk.Bimbang ibu bapanya tidak mengizinkan mereka berdua mengikat tali pertunangan.

“oh..maknanya calon isteri Syafiq lebih tua dari Syafiq?”,soal ibunya inginkan kepastian.

Syafiq mengangguk perlahan.Dalam hatinya penuh tanda persoalan adakah mereka dapat menerimanya atau tidak.Suasana menjadi sepi seketika.

“haih..ni kes bapa borek,anak rintik ni…”,ayahnya bersuara.
Syafiq hanya mampu tersenyum.Dia tahu yang ayahnya juga mengalami hal yang sama.Ayahnya muda 3 tahun dari ibunya.Tetapi,takdir telah menemukan mereka berdua.

“bagi ummi..Syafiq buatlah keputusan yang terbaik..kalau Syafiq cakap ok,ummi pon ok..”,ibunya memberi lampu isyarat hijau untuk Syafiq.

“Em..abi pun..abi tak halang Syafiq..buatlah keputusan yang terbaik..”,ayahnya juga bersetuju.

“btolkah ummi,abi? Terima kasih ummi,abi..”,lantas Syafiq memeluk kedua orang tuanya.Ain yang ada di situ hairan dengan gelagat mereka semua.Tetapi tidak masuk campur hal mereka.

“Apa nama calon menantu ummi..?”,ibunya meredakan suasana terharu.

“Khairunnisa’ ,ummi..”,syafiq jawab perlahan.

“oh..kalau tengok dari namanya,abi boleh tahu yang Khairunnisa’ tu baik orangnya..solehah..btol?”,ayahnya cuba meneka.

“eh,abi ni..mestilah Syafiq pilih orang baik-baik..solehah..hehe..”,gurau Syafiq.

“ntah abi ni…ish...”,balas ibunya lantas mencubit ayahnya.

“aaaah…sebelum Syafiq terlupa,ada satu hal lagi Syafiq nak cakap..Sabtu ni,kawan Syafiq nak kawin..adik Khairunnisa’…ummi dan abi free?”,soal Syafiq.

“oh..ye ker? Elok lah camtu..kita boleh merisik terus Khairunnisa’ untuk Syafiq, kan abi?”,ibunya meminta pendapat ayahnya.

“a’ah..elok sangat lah tu..Johor tu bukannya dekat..so,alang-alang kita dah pergi Johor,kita risik terus..boleh kan Syafiq?”,ayahnya menyatakan pendapat.

“erm…err..camtu eh..ok..Syafiq on jer..hehe..”,Syafiq tersipu malu.

“mana tak on nyer..bab kawin,sape tak nak percepatkan..haha..”,ayahnya tergelak.

“ish..mana ada..abi ni…”,Syafiq menunduk malu.

“dah..dah…ummi jadi sedih pulak Syafiq nak kawin..dah nak jadi suami orang dah..”,ibunya terharu.

“alah ummi…bukannya Syafiq tak balik pon…kalau boleh,Syafiq nak duk sini ngan ummi..”,balas Syafiq memujuk ibunya.

“ishh…Syafiq ni..ade-ade jer..jangan buat perangai sudah..”,ibunya mencebik bibir.

Malam itu menjadi saat yang paling bahagia bagi Syafiq.Lamarannya sudah pun direstui dan dipersetujui oleh orang tuanya.Tinggal detik-detik menuju ke gerbang perkahwinan sahaja.Apa yang diharapkannya adalah menjadi pasangan yang boleh mendekatkan mereka ke arah keredhaan Allah.



Sabtu yang dinantikan Khairul dan Husna sudah tiba.Mereka kelihatan bagai pinang dibelah dua bila digandingkan bersama.Sesuai sekali.

Prang..!!! gelas yang ada di tangan Syafiq jatuh lalu pecah.Tersentak dengan apa yang dilihatnya.Suasana di situ menjadi sunyi seketika apabila bunyi gelas jelas didengar oleh para tetamu yang hadir.Namun kembali normal bila Syafiq meminta maaf atas kecuaiannya.

Hatinya bagai dirobek-robek.

“mengapa mesti Husna??? Mengapa??”,jerit hatinya.Syafiq meinggalkan majlis itu seketika untuk menenangkan hatinya yang bagaikan tidak percaya apa yang terjadi.Husna yang menjadi pilihan hatinya dahulu telah berkahwin dengan sahabat baiknya sendiri.

“Ummi,abi..Syafiq nak keluar jap..ada hal..”,Syafiq meminta diri.Sebak di dada tiada siapa yang tahu.Khairul dan Husna tidak sempat berjumpa Syafiq yang lantas meninggalkan majlis itu agar hatinya tidak terasa disiat-siat.Perasaan sedihnya ditenangkan melalui solat sunat di masjid berdekatan.Dia menyedari bahawa dia juga bakal mendirikan rumahtangga.Tidak sepatutnya dia mengungkit sejarah silamnya.Hatinya kembali tenang.Setelah itu,dia kembali ke majlis itu tanpa sebarang kesedihan dan berbekalkan ketabahan dihati,dia bersemuka dengan Khairul untuk mengucapkan tahniah atas perkahwinannya.

“Khai..Barakallah laka, wa barakallahu alaika wa jamaa bainakuma fi kulli khair..”,lantas Syafiq memeluk Khairul.

“Syukran ya akhi..sampai bila Johor?”,soal Khairul.

“alhamdulillah..pagi tadi..naik flight..”,jawab Syafiq selamba.

“oh..jom aku kenalkan isteri aku yang cun melecun tu..! haha..”,ajak Khairul.

“ah..tak pe lah Khai..segan aku..lagipon aku dah tengok dari jauh tadi tyme dia duk sebelah kau..”,Syafiq segera mencari alasan.

“ah..takpe lah..aku nak kenalkan sahabat baikku kat isteri aku...jom..!”,Khairul lantas menarik tangan Syafiq dan menuju ke arah Husna.

“Ya Allah peliharalah diri hambaMu ini..”,doa Syafiq dalam hati.

“Sayang..mai jap..”,Khairul memanggil lembut Husna.

Zupp..Syafiq seakan-akan cemburu bila mendengar Husna dipanggil sayang oleh suaminya yang sah.

“Husna,ni sahabat baik abang tyme kat Mesir dulu..”,Khairul perkenalkan Syafiq kepada Husna.Husna tersentak dan amat-amat terkejut.Namun,Syafiq kelihatan selamba apabila diperkenalkan,pura-pura baru mengenali Husna di saat itu.

“maaf..nama ana Syafiq..kawan kepada Khairul..”,Syafiq lantas perkenalkan diri.
Husna masih lagi tergamam,tidak tahu untuk berbuat apa-apa.Hanya mendiamkan diri dan menunduk disamping Khairul.

“Em..maaflah Syafiq..isteri aku ni pemalu orangnya..hihi..”,Khairul meredakan situasi.

“ermm..biasalah..orang baru kenal..”,balas Syafiq.Husna masih terdiam.Syafiq memandang Husna,dan seketika mata mereka bertembung,segera mereka mengalihkan pandangan masing-masing.

“astaghfirullah...”,bisik Syafiq dalam hati.Dia tahu bahawa itu panahan syaitan yang cuba menggodanya untuk berbuat perkara yang tidak sepatutnya dia lakukan.Dia sedar bahawa Husna sudah menjadi isteri sah Khairul.Tiada lagi ruang untuknya.Amat mustahil baginya.

“maafkan aku,Syafiq..”,getus Husna dalam hati.

Majlis perkahwinan Khairul dan Husna berjalan dengan lancar.Namun perasaan Husna gembira berbaur sedih.Gembira atas perkahwinannya,sedih apabila bertemu Syafiq,orang yang masih dia berharap sebelum ni.Tapi,ditepiskan jua perasaannya yang dahulu,dan digantikan cinta suaminya.Cinta selepas kahwin lagi indah berbanding cintanya yang dahulu.

Setelah majlis itu selesai,mereka berdua menyiapkan diri untuk solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah.Khairul dipelawa ayahnya untuk menjadi imam.Khairul yang sudah terbiasa dengan peranannya menjadi imam,menerima dengan sukarela.Dahulu,waktu di Cairo,Khairul lah yang kerap kali menjadi imam dalam kalangan ahli baitnya.

Lunak suara Khairul menambah lagi cinta Husna kepadanya.Amat tenang ayat suci yang dilantunkan Khairul.Husna menghayati dengan penuh mendalam sekali.

Setelah Isyak,mereka berbual-bual seketika.Perbualan pengenalan diri.Walaupun tidak banyak mereka mengenali antara satu sama lain,namun hal itu tidak menjadi penghalang bagi mereka untuk membina cinta ,cinta selepas kahwin.Malah merapatkan lagi hubungan mereka sebagai pasangan sah suami isteri.

“Abang letih? Nanti Ya buatkan air..”,Husna menawarkan khidmat pertama sebagai seorang isteri.Khairul hanya mengangguk.Husna berlalu ke dapur.Panggilan ‘Ya’ untuk Husna Sofia hanya boleh dipanggil suaminya sahaja.

Di dapur..

“Husna,apa pendapatmu tentang Khairul..?”,ibu mertuanya menyoal membuatkan dia tersenyum.

“bagi Husna,Husnalah isteri yang paling bertuah di dunia ni sebab mempunyai seorang suami yang amat baik..”,luah Husna sambil mengacau teh untuk Khairul.

“hmm..alhamdulillah lah kalau begitu..saja mak tanya..nanti,kalau Khai buat hal padamu,cakap kat mak ye..nanti mak pukul..”,gurau Puan Karimah.

“hehe..insyaAllah.. abang Khai takkan buat begitu..ok lah mak,Husna pergi dulu..nak bagi teh ni kat Khai..”,Husna meminta diri.Ibu mertuanya hanya tersenyum dan mengangguk.

Pintu bilik dikuak sedikit.Kelihatan Khairul sedang membaca buku ‘Aku Terima Nikahnya’ oleh Saiful Islam.Kusyuk sekali.

“ehem..ehem..Ya masuk pun abang tak sedar yer..ni airnya bang..kalau tak sedap,cakap kat Ya eh..nanti Ya buat yang baru..”,pelawa Husna lalu duduk di sebelah suaminya.

“erm..mana boleh tak perasan..dari jauh abang dapat detect isteri abang nak masuk..hehe..nah..Ya minum dulu..mana tahu Ya saje nak letak ubat tidur kat abang..hehe..”,gurau Khairul.

“Eh..mana ade lah! Ya buat teh biasa jer..”,Husna menyangkal.

“takpe,takpe..abang percaya..Ya minum dulu ye...”,Khairul mengalah.Husna tidak membantah akan perintah suaminya.Lalu Husna minum sedikit dan bakinya untuk Khairul.Khairul mencari bekas mulut isterinya,lalu diminum tempat yang sama.Ikut sunnah.
Husna hanya tersenyum melihat suaminya.Dia tahu itu merupakan sunnah Rasulullah dan teringat akan hadis berkenaan hal itu.

Daripada Aisyah, beliau berkata, “Saya biasa minum daripada cawan yang sama ketika haid, lalu Nabi mengambil cawan itu dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut saya. Lalu baginda minum, kemudian saya n meletakkan mulutnya pada tempat saya meletakkan mulut saya, lalu beliau pun menghirupnya”. [Hadis riwayat 'Abdurrazaq dan Sa'id bin Manshur]

Khairul amat bahagia duduk disamping Husna.Baginya Husna merupakan isteri yang terbaik untuk dirinya.

“abang...Ya ada satu hal nak cakap kat abang,tp abang jangan marah ye..”,kata Husna perlahan.

“ada apa sayang..? abang takkan marah punyer..pe dia?”,lembut tutur Khairul menenangkan hati Husna yang gelisah.

“sebenarnya,Ya dan Syafiq tu...kawan lama..dan kami pernah bercouple dulu..”,jelas Husna akan hal sebenar.Wajah Khairul berubah.

“oh..ye ker..? maknanya Ya lah couple Syafiq dulu? Syafiq pernah ceritakan akan keputusan Ya yang memutuskan hubungan sehingga Syafiq jadi tak betul..rupa-rupanya Ya lah orangnya..”,balas Khairul.

“abang marah Ya ker?”,Husna berasa bersalah.

“tak..baguslah kalau Ya berterus terang..inilah isteri abang..”,Khairul hanya tersenyum.

“tapi..sekarang,Ya masih ada hati untuk Syafiq?”,soal Khairul yang seakan-akan jeles dengan perhubungan mereka dahulu.

“insyaAllah,cinta abang akan menggantikannya..janganlah abang fikir sangat..benda tu dah lama berlalu..abang jeles yer?”,soal Husna manja.

“mestilah jeles..jeles tanda sayang tau!”,Khairul menarik hidung Husna.Husna hanya tersenyum.Tersenyum bahagia mendapatkan suami seperti Khairul.Malam itu merupakan saat paling bahagia buat mereka berdua sebagai raja sehari.Dan mereka berharap agar hubungan mereka akan terus kekal.



Selang beberapa hari kemudian,Syafiq dan keluarga datang merisik Khairunnisa’.Pertunangan dijalankan.Dipendekkan cerita,mereka berkahwin setahun selepas tempoh pertunangan itu.Syafiq dan Khairunnisa’ saling lengkap melengkapi dan amat bahagia.

Perasaan lahir dari sebuah pertemuan
Berputik rindu di hati yang amat mendalam
Mekar menyinar seluruh alam kehidupan
Segar sentiasa ia dalam ingatan

Cinta yang ku lafaz bukanlah cinta gurauan
Kasih yang ku damba bukanlah kasih igauan
Seikhlas hati kusemaikan benih kasih sayang
Moga kekal menyinar dalam keredhaan

Kau umpama
Mutiara di tengah lautan
Bak bidadari yang menghiasi hidupku
Bersama kasih sayangmu

Hadirlah kasihmu sentiasa dalam hidupku
Mekar bersama ikatan penuh keikhlasan
Moga harumannya kan kekal bersama keimanan
Menyegari ruangan hati kesyahduan

Kudambakan padamu sebuah kasih dan sayang
Yang lahir dari hati yang penuh ketulusan
Doaku agar Tuhan memberkati cinta kita
Disinari kehidupan dengan rahmat-Nya

Isteriku,kaulah bidadariku
Hadirlah bersamaku di setiap waktu
Ku janjikan setiaku hanya untukmu
Dan kasihku hanya padamu
Oh isteriku........


Nasyid ‘Bidadari hidupku’ oleh dehearty memecah suasana sepi di rumah mereka.

“Nisa suka lagu ni..tapi lebih suka kalau abang nyanyi sendiri untuk Nisa..boleh? hehe..”,soal Nisa.

“Erm..nanti abang pertimbangkan..macam tahu-tahu jer suara abang ni sedap..Nisa nak tahu,masa sekolah dulu-dulu,abang ni solo nasyid tau..! hehe..”,jelas Syafiq.

“eh..ye la tu..cuba nyanyi sikit,isteri tersayang abang nak dengar ni..”,Nisa tersenyum.

“oo..tak caya yer...ok,abang nyanyi..ehem..ehem...... Perasaan lahir dari sebuah pertemuan..Berputik rindu di hati yang amat mendalam..Mekar menyinar seluruh alam kehidupan..dah la tu..sedap tak?”,nyanyi Syafiq dengan penuh perasaan.

“ok..hurm...boleh tahan..”,Nisa hanya mengangguk.Kagum dengan kebolehan suaminya yang boleh menyanyi.

“hehe..tau tak per..dah lah..jom makan..letih abang masak ni..”,pelawa Syafiq.

“eh,kejap,kejap...sape yang masak sebenarnya ni? Abang ker Nisa..? tak malu mengaku dia yang masak..bekas garam dan gula pun tertukar..hihi..”,perli Nisa.

“hihi..abang gurau je la..tapi abang tolong jugak Nisa tau..tolong tengok dan kesat peluh Nisa time masak tadi..hihi..”,gurau Syafiq lagi.Nisa hanya mencebik bibir.

Kehidupan mereka berdua amat bahagia.Cinta antara mereka berdua amat kuat sehingga mampu memadamkan perasaan Syafiq terhadap Husna,gadis yang pernah menjadi ratu di hatinya.Kemanisan cinta ditambah lagi bila cinta mereka dibawa menuju kecintaan lebih kepada Allah.
----------------------------------------------------------------------------------
Suatu hari,Khairul rindu untuk bertemu sahabatnya,Syafiq.Hampir setahun tidak berjumpa kerana tempat tinggal mereka yang berbeza.Lagi-lagi cuti mereka sebagai seorang doktor amat payah untuk dipohon.Di kesempatan cuti yang dipohon diluluskan,mereka bercadang membawa keluarga mereka ke salah satu tempat pelancongan yang terkenal dengan tarikan alam semulajadinya.

“Syafiq..! wah kau..perut dah ke depan ni..”,usik Khairul.

“haha..kau pon apa kurangnya..biasalah orang yang dah kawin..makan masakan air tangan isteri katakan...hehe..”,balas Syafiq sambil memerhatikan isterinya berjalan berdua-duaan dengan Husna di pesisir pantai.

“a’ah..betol cakap kau..so,camne ngan kerja kau..penat?”,soal Khairul.

“alah..biasalah..sibuk la jugak..ni pon baru ringan sikit otak aku..best jugak dapat rehlah kat sini..sekurang-kurangnya dapat la jugak release tension..”,balas Syafiq bersahaja.

“em..aku ajak kau ni bukan ape..rase rindu semacam pulak kat kau..hihi..”,luah Khairul.

“eh,eh..kau jangan...aku dah ada isteri..aku bukan gay ok..?”.gurau Syafiq.

“eh,bukan gay lah..inilah dinamakan ukhwah..ukhwah antara sesama saudara Islam..lagipon kau kan abang ipar aku..tak de maknenya aku nak rindu kau tak bertempat..”,balas Khairul.

“ok..ok..aku gurau jer wahai adik iparku sayang..haha..geli geliman aku..”,Syafiq tertawa.

Sambil memerhatikan isteri masing-masing,Khairul meluahkan sesuatu.

“Syafiq,kau kan tahu aku sayang giler-giler kat isteri aku setelah Nabi dan Allah..so,kalau aku tak de nanti,kau tolong jaga Husna untuk aku..”,luah Khairul pada Syafiq.

“kenapa kau cakap camtu..? Khai..jangan cakap bukan-bukan..!”,tegah Syafiq.

“eh,apa kau ni..? emo la..aku cakap,lau aku tak de kat umah sebab kena posting luar negeri,aku titipkan Husna kat rumah kau..lagipun akak aku kan ada kat sana.Diorang kan rapat...boleh?”,jelas Khairul.

“oh..aku ingat ker apa lah tadi..insyaAllah..aku akan jaga Husna untuk kau..haha..”,Syafiq pura-pura bergurau.Dalam hatinya ada sebenarnya ada kelainan atas permintaan Khairul itu.

“Eh,kau ni..lebih-lebih..”,balas Khairul.

Perbualannya dimatikan apabila mentari senja mula terbenam.Mereka berempat menikmati suasana damai.Setelah itu mereka pulang ke rumah masing-masing.



Khairul menoleh ke arah Husna yang masih lena. Dia memandang wanita itu dengan segumpal perasaan sayang yang mendasari jiwanya kala ini.Tenang raut wajahnya.

Rasulullah bersabda: "Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada."

Khairul membangunkan Husna untuk sama-sama bertahajud kepadaNya.Setelah itu mereka bersalaman dan meminta mmaf seperti biasa.

"Abang minta maaf atas segalanya..maaf jika ada perlakuan abang yang menyinggung perasaan sayang selama kita berumahtangga ni..”,pinta Khairul.

“Ya pun nak minta maaf jika Ya tak dapat memenuhi tanggungjawab Ya sebagai seorang isteri..”,Husna juga meminta maaf.

“Shhh... Sayang, abang terima sayang sebagai isteri abang seadanya. Abang terima segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada sayang... Usahlah sayang risaukan pasal itu...”.bisik Khairul sambil meletakkan jari telunjuknya di bibir Husna.

Paginya..

Sebelum berangkat ke hospital untuk bertugas sebagai seorang doktor,Khairul menatap wajah isterinya dengan begitu lama.

“nape abang tengok Ya camtu..? macam nak telan Ya jer..hehe..”,gurau Husna.

“emm..abang rasa abang tak puas la tengok muka sayang..abang nak tenung muka sayang sampai sayang rasa bosan..hihi...”balas Khairul.

“ada-ada jer abang ni..dah la,dah lewat ni..kan patients marah tunggu lama-lama..”,Husna mengingatkan.

“ok..baik boss..hihi..”,jawab Khairul.Sebelum berangkat,Husna bersalaman dan Khairul memberikan satu kucupan di dahi.Husna merasakan seolah-olah menerima kucupan terakhir dari suaminya.Kucupan penuh rasa sayang.Husna berdoa dan berharap agar kurniaan Tuhan ini akan berkekalan bersamanya hingga ke akhir hayat.

Namun segala-galanya telah ditentukan Tuhan. Hidup, mati, rezeki, baik dan buruk seseorang hamba itu telah ditentukan Tuhan semenjak ia berada dalam kandungan ibu lagi.Khairul dipanggil Allah apabila terlibat dalam satu kemalangan yang tak dijangka-jangka ketika menuju ke hospital,tempat di bertugas.

Siapa tahu, rupa-rupanya itulah hari terakhir Husna bersama Khairul yang baru setahun lebih mendirikan rumahtangga bersama.Rupanya-rupanya itulah hari terakhir Husna menerima kucupan sayang daripada suaminya.Rupa-rupanya itulah juga hari terakhir Khairul dapat menatap wajahnya.

Di hospital,Husna hanya mampu menangis.Hanya meratapi sekujur tubuh yang terbaring lesu.Namun mulut Khairul tetap tersenyum.Senyum yang tak pernah lekang dibibirnya. Husna sebagai seorang hamba yang lemah terpaksa menerima segala kehendakNya dengan redha dan tenang.Ini merupakan ujian terbesar dalam hidupnya.Perit.
---------------------------------------------------------------------
Tiga tahun kemudian..

Hari ini, zuriat Khairul sudah dua tahun lebih berada di dunia ini. Satu-satunya pusaka yang ditinggalkan Khairul yang paling berharga buat diri Husna.

“Khairul..mari sini sayang...meh ummi betulkan kopiah Khai..senget tu..”,Husna memanggil anak lelaki yang diberikan nama Khairul Anwar,sama seperti nama arwah suaminya.

“ummi..bila papa dan mama nak datang?”,soal Khairul.Syafiq dan Nisa sudah dianggap Khairul sebagai ibu bapa keduanya yang selalu mengambil berat akan dirinya.

“Em..papa ada kerja la tu..nanti dia datang lah..sabar ye sayang..”,pujuk Husna apabila melihat wajah Khaitul murung.

“ok..Khai akan tunggu..nanti kita nak jalan-jalan kat mane ummi?”,soal Khairul lagi.

“nanti Khai akan tahu..ummi,papa dan mama nak bagi surprise kat Khai..Khai suka?”,Husna memangku anaknya dengan penuh kasih sayang.

“alaa...cakap lah ummi..”,pujuk Khairul meronta-ronta untuk mengetahui juga.

Kedengaran bunyi enjin kereta di luar rumah mereka.Kelihatan Syafiq dan Khairunnisa’ keluar dari kereta lalu memberi salam.

Husna lantas mejawab salam dan menjemput mereka berdua masuk .Khairul yang berada di ruang tamu berlari ke arah mereka dan bersalaman.

“camne Husna dan Khairul,sihat??”,Nisa memulakan perbualan.

“Alhamdulillah sihat..Khairul ni jer..asyik jer tanya mana mama dan papanya..rindu lah tu agaknya..”,jelas Husna sambil memerhatikan Khairul bermain-main dengan Syafiq di halaman rumah.

“em..biasa lah tu..budak kecil yang amat dahagakan kasih seorang ayah..akak nak tanya sesuatu boleh?”,soal Nisa lembut.

“apa dia kak?”,Husna hanya tersenyum.

“kalau akak nak jadikan Husna isteri kedua Syafiq,Husna terima?”,soal Nisa walaupun soalan itu agak perit untuk hatinya.Husna hanya terdiam.Tergamam dengan persoalan yang dilontarkan.

“Cinta Husna untuk abang Khai masih belum pudar akak..malah makin hari makin besar bila anak Husna,Khairul meningkat usia..”,jelas Husna perlahan.

“tapi Khairul perlukan kasih sayang seorang ayah..lagipun,Khairul amat rapat dengan abang Syafiq..”,balas Nisa.

“tapi...akak...tak kisah ker?”,soal Husna dengan rasa bersalah.

“InsyaAllah,tak..lagipun akak tak dapat bagi zuriat kepada abang Syafiq..”,balas Nisa perlahan dan menunduk.

“akak..”,lantas Husna memeluk Nisa dengan linangan air mata.Air mata terharu atas pengorbanan seorang kakak kepadanya.Nisa juga tidak dapat menahan sebak di dada apabila merasakan peranannya sebagai isteri tidak sempurna apabila tidak dapat mengurniakan seorang anak kepada suaminya.Namun,dia tahu,rezeki zuriat ditentukan Allah,manusia hanya mampu merancang.

Allah SWT. Berfirman di dalam Al-Qur'an sebagai berikut : Nikahilah oleh kalian wanita-wanita (lain) yang kalian senangi dua, tiga, atau empat. Akan tetapi jika kalian khawatir tidak akan dapat berlaku adil, maka nikahilah seorang saja atau nikahilah budak-budak yang kalian miliki. Hal itu adalah lebih dekat pada sikap tidak berbuat aniaya.
-----------------------------------------------------

“aku terima nikahnya Husna Sofia binti Faris dengan mas kahwinnya RM22.50 tunai..”,lafaz Syafiq dengan tenang.Semua hadirin menjadi saksi.Tidak disangka-sangka mereka berjodoh juga akhirnya.

Maka ketika saat itulah Husna Sofia mula menjadi isteri sah kepada Syafiq Aiman.Gadis yang pernah menjadi suri dalam hati Syafiq suatu ketika dulu.Namun,cintanya kepada Khairunnisa’ tetap tidak dapat menandingi cintanya dahulu.Kerana cinta selepas kahwin merupakan cinta terindah dan halal bagi pasangan manusia.Namun Cinta Allah adalah segalanya.

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah, dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia. (al Ra’d: 28)

TAMAT

terima kasih kepada mawarberdurri91

No comments: