Friday, November 12, 2010

alamak...terlupa la pulak.....

salam

quote  'alamak, terlupa laa,', ' Ya Allah, tertinggal la pulak kan', 'mana letak benda alah ni, lupa dah'...selalu menghantui hidup. baik yang muda atau yang dah tua. kalau tua alasannya semua sama, ' biasala, dah tua-tua ni, selalu lupa'. yang jadi mangsanya anak muda yang terlupa. mesti kena kutuk' apa ni, muda-muda lagi dah nyanyuk dah'. semua ni mesti setiap dari kita pernah merasakannya. masalahnya di sini bukan masalah muda atau tua, lelaki atau perempuan, tapi masalahnya adalah kita dan cara hidup kita. Sebagai seorang insan yang ada di dalam hatinya kalimah LAILLAHAILLAH  kenapa perlu kita sekadar menyerah kepada keadaan. jom bersama amalkan sesuatu yang dapat mengembalikan daya ingatan kita. dalam strategi berperang, kita kena tahu dahulu apa punca perperangan ni berlaku dan dengan siapa akan kita berperang. dalam hal ini, dah di senaraikan di sini apa benda yang kita buat sampai senang sangan lupa ni dan apa reaksi yang patut kita ambil. antaranya:

Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam
Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selalu menggunakan imajenasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00 malam



namun, semua ini tak akan berkesan kalau kita tak amalkan dan mengambil inisiatif untuk berubah. selamat mencuba...






No comments: