Tuesday, November 2, 2010

mencari erti kehidupan

salam

masa berlalu dengan pantas.sekejap ja dah nak habis taun 2010. sekarang bulan november. tak lama lagi disember dan berakhirlah tahun 2010. setahun meninggalkan alam persekolahan. memang aku akui mengalami kejutan budaya. ye la.dulu kat sekolah semuanya ada jadual.kehidupan sebagai mahasiswa bukanlah seperti yang selalu dibayangkan oleh budak sekolah, tiada peraturan, bolej enjoy, boleh kemana sesuka hati. sebenarnya itulah yang menjadi msalah utama kalangan mahasiswa/wi. kebebasan yang kita dpat tu menjadikan alpa dan leka dengan segala tugasan yang telah diberikan. aku  belajar dari apa kesilapan aku. aku akan pastikan kehidupan aku sebagai mahasiswa tudak akan disia-siakan begitu sahaja.beberapa perkara telah aku highlightkan agar menjadi platform untuk aku berikan anjakan paradigma dalam hidup.

1: SOLAT kena selalu awalkan. sentiasa berjemaah dan kalau boleh selalu ke surau.amal ibadat perlu dipertingkatkan lagi. InsyaAllah, kalau kita jaga hubungan dengan Allah, Allah jaga urusan kita di dunia.

2: URUS WAKTU dengan seelok-eloknya. kurangkan masa untuk bermain, facebook dan yang paling penting, lupakan masa untuk melayan perasaan. itulah masalah aku sem lepas. terlalu kisahkan hal perasaan. next sem, NO MORE FEELING TIME.haha.

3: PERKEMASKAN segalanya yang boleh dan perlu diperkemaskan. assignment kena ikut prosedur yang disuruh. selalu consult  dengan pensyarah. ni nama penuh pensyarah pun tak ingat. aku kena mula rapat dengan pensyarah.  kalau aku tak paham apa2 aku kena terus rujuk kepada pensyarah dan cari jalan penyelesaian yang baik dan sempurna,

4: JANGAN TIDUR DALAM KELAS. Bukan aku jer buat benda ni tapi rmai lagi la. bila dah bosan sikit mula la nak tido. kali ni aku tak akan beri peluang. aku akan pastikan aku sentiasa segar bugar bak kuntum mawar merah..(cheeewahh).

5: yang terakhir tetapi yang paling utama.DOAKAN IBU DAN AYAH selalu. selalunya aku kol mak ayah tetiap hari. tapi bila nak exam ritu aku tak kol pun. hubungan  ngan mak ayah kena jaga. aku akan pastikan aku akan sentiasa berhubung dengan mak dan ayah.

sem depan tiada lagi sebarang kekangan material. suma da ada. lappy, printer, scanner, hanphone, broadband.suma dah ada untuk belajar. yang perlu aku buat adalah aku belajar bersungguh. aku nak jejak kaki aku di luar tanah Malaysia.aku akan usahakan. harap doakan la k...aminn.....



No comments: