Friday, February 17, 2012

melihat dengan mata atau menilai dengan hati?

salam

hehe. punya la lama tak menulis, ingatkan cuti ni nak menulis la tapi rupanya habis dengan tidur saja. hehe. memang betul rumahku syurga ku. haha

tapi macammana pun, bukan nak cakap pasal rumah, pasal cuti, tapi pasal kita-kita jugak. tapi sebelum tu, nak ajak semua yang baca.( ada ka yang baca???) buat satu ujian terhadap diri sendiri. mudah saja. cuma perlu jawab dengan pantas, dengan spontan. jawapan hendaklah diberikan berpandukan apa benda pertama yang terbit dalam fikiran. jangan tipu? kalau tipu, tak menjadi. kalau tak jadi, maka tak berhasil. kalau tak berhasil, maka tak nampak kesan, kalau tak nampak kesan tak ada makna...haha. amik kau, berapa banyak rangkai da..hehe. ok. kita mulakan..

permainan konsentrasi warna :
 1. Kertas A4 apa warna dia ?
2. Awan di hari cerah apa warna dia ?
3. Tisu warna dia apa ?
4. Lembu minum apa ?

yang jawab susu konsentrasi anda terganggu, sbb lembu minum air..

1. Rambut anda warna apa ?
2. Anak mata warnanya apa ?
3. Jalan raya warnanya apa ?
4. Kelawar tidurnya bila ?

yang jawab malam, ertinya kosentrasi anda terganggu. sbb kelawar tidur siang hari.

1. Warna cendol apa ?
2. Daun kelapa warnanya apa ?
3. rumput warna apa ?
4. Harimau makanannya apa ?

yang jawab rumput itu salah. sbb harimau makan daging..

haha. selesai permainan kita. kepada yang berjaya mengharungi permainan ini..( sama ada memang fokus, atau da penah tengok, atau memang tak ikut arahan)..tahniah la ye. baik. apa yang nak cakap kat sini bukannya berkenaan dengan konsentrasi. tapi benda yang terselindung dibalik permainan ini. iaitu pengaruh. nampak tak bagaimana rangkaian soalan diberikan untuk menanam suatu idea tanpa kita sedar apakah idea itu. kalau dalam pengajian bahasa melayu, ini dipanggil maksud tersirat. dalam bahasa inggeris, denotative.. ada banyak lagi istilah yang diberikan

isi utama disini adalah, kita selalu memandang dengan mata saja. itulah masalahnya. kita suka mentafsir sesuatu yang kita dapat rasa dengan panca-indera kita saja. berfikir,...itu bukan perkara yang kita buat. setiap tindak tanduk alam terhadap insan, hanya dilihat menggunakan mata kasar tanpa dinilai dengan hati yang tulus.


macam gambar ni., apa yang anda nampak. tiang...kalau saya kata ini dalah gambar orang? anda akan nampak orang pulak. hanya sebab saya kata ini gambar orang, sekaligus hampa da tukar nampak orang. nilai dengan hati. jelaskan paradigma. ini bukan gambar orang. ini tiang. sebab yang timbul kehadapan adalah tiang.

kalau nak tegakkan pendirian kita, jangan secara membuta tuli. gunakan fakta, bukti dan sebagainya untuk mengukuhkan lagi pendirian. nak sampaikan pendapat, gunakan cara berhemah. bukan dengan memaksa. ingat, orang tak lembut dengan  paksaan, orang lembut dengan pujukan.
tak suka nak amik contoh apa sebab itu hanya akan membuatkan hampa cuma melihat apa yang ditayangkan. kalau boleh nak ajak semua fikir sendiri, buat perkaitan sendiri tentang apa yang disampaikan di sini dengan kehidupan seharian. mungkin ada yang paham, atau mungkin ada yang tak paham. kalau tak paham, mahukan pemahaman yang lebih jitu, boleh. tanyalah sesiapa yang memahami. dalam quran pun ada kata pasal ni. ingat, ada beza orang pandai, orang cerdik, dan orang bijak.


3 comments:

Afzainizam said...

Tentang pertanyaan Saudara..
nak tanya sikit. kalau motosikal, nak tukar lampu belakang yang lebih cerah. contohnya. motosikal gt128 nak pakai lampu cbr150. kendian, lampu signal dia menyala juga dalam masa yang sama. senang cakap, semua lampu menyala. tapi kalau bagi signal, nampak berkelip lampu signal. boleh x ?

Jawapan kami
klu lampu gt128 masuk cbr150 tiada salah pun.. tetapi tentang lampu signal menyala dan berkelip-kelip dalam waktu yang sama dikira tidak dibenarkan mengikut spec standart motorsikal.. kalau ikut JPJ dia akan ikut ayat " spec standart moto" iaitu berfungsi dengan baik.. Kalau lampu asyik menyala ajerr di kira lampu itu tidak berfungsi dengan baik...

Story terbaru blog kami...
masalah kereta lembab tak ada pickup

Afzainizam said...

sebenarnya saya tertarik ngan entry kamu.. bagi saya orang punya pandangan mata tengok gambar ajerr lain dia nampak ....lain pula di tafsirkan...

so kadang kala ianya di kira double menning
tak salahkan pandangan mata orangkan...

blankas92 said...

ini sekadar pendapat peribadi., tak salah dan sememangnya lain orang lain pendapat dan lain pandangan. tetapi, biarlah pandangan yang kita pegang itu sesuatu yang boleh di pakai atau valid. dan seperti dalam post ini, kalau kita rasa kita betul, dan kita yakin orang lain harus merasakan benda yang sama, kalau nak memberitahu dan mengajak orang lain berfikiran sama dengan kita, gunakan cara yang berhemah. orang tak tunduk dengan paksaan, orang lemah dengan budi bicara. hehe. apa-apa pun, terima kasih sudi melawat. banyak jugak info dapat dari blog awak