Wednesday, July 17, 2013

Kalimah

Kalimah

Acap kali insan berbicara,
Mari melihat apa yang di kata
Usah dipandang siapa berkata

Namun

Mengapa dihina pelaku dosa
Dibencinya lebih dari perbuatan dosa
Hingga tiada beza antara engkau dan dia.

Acap kali insan berbicara
Biar dakwah dengan kelembutan
Agar hati yang keras dapat dilembutkan

Namun

Diherdik insan bagaikan haiwan
Mahu menusuk kalbu itu alasan
Keliru aku sama ada ini malaikat ataupun syaitan.

Acap kali insan berbicara
Lisan mengukir kata sahih
Isi dicangkir kerana ilmu aku fasih

Namun

Kalimah jauh dari yang jernih
Kutukan kejian hati ditoreh
Tertanya aku mana yang soleh.

Wahai manusia dengarlah kata
Jangan dirasa dirimu mulia
Mengharap teguran membawa pahala
Meluka perasaan membawa dosa

Wahai manusia dengarlah kata
Jangan di ikut hati yang membara
Usah dibelai hati yang dusta
Kelak hidup membawa bencana

Wahai manusia dengarlah kata
Syurga neraka itu janjiNya
Berjaga lidah dalam bicara         
Berjaga tubuh dalam bekerja.


1 comment:

shiki said...

That's deep man..