Friday, February 11, 2011

oh sayang, aku cinta padamu...

salam
kini dah nak masuk da bulan february, dan sebenarnya dah masuk da pun. seperti biasa, hidup dilalui pada tahun 2011 ini dengan biasa. bila tengok kat dalam kalender, sebenarnya ada satu tarikh yang sepatutnya tak disambut oleh orang yang beragama islam dan ada dalam ic dia islam dan dalam surat beranak dia islam dan memang mak ayah dia mengislamkan dia dan dia yang memeluk agama islam tidak menyambutnya. 14 februari adalah tarik yang mana ada satu sambutan yang di sambut di seluruh dunia tetapi tidak boleh di sambut oleh orang islam. ramai yang kata
- ala, rilek la, bukan kita buat pemujaan pun, just  bagi bunga, bawak awek dating  jalan jalan. tu ja pun.
 -mana ada kami sambut valentine, kami sambut hari kekasih. sama macam kami sambut hari guru, hari ibu, hari ayah, dan lain-lain.

jadi, apakah sebenarnya yang membezakan hari valentine ngan hari sambutan yang lain? sama saja, kalau nak tahu, apa yyang membezakannya adalah pada nama hari itu sendiri, VALENTINE.

kisahnya, ada seorang paderi pada zaman dahulu yang bernama VALENTINE.  dia sangat aktif dalam menyampaikan dakyah kristian ke seluruh Rom sehinggalah pada suatu hari raja Rom, king Claudius 11 menangkap dan menyiksanya atas kesalahan tertentu. pada 14 februari ini, dia telah dijatuhkan hukuman mati  dan dia berkesempatan menghantar sepucuk surat kepada anak perempuan penjaganya. sejak kematiannya, paderi yang lain berasa amat sedih dan mahu melakukan satu penghargaan kepada valentine  yang suka akat cinta dan kasih sayang, lantas menjadikan 14 februari sebagai hari untuk berkasih sayang.

dalam kisah yang lain, dikatakan bahawa 14 februati adalah tarikh dimana kerajaan islam sepanyol telah kalah dalam peperangan dengan tentera kristian dan nama general kristian yang telah berjaya mengepalai tenteranya yang mengalahkan tentera islam itu adalah pedro st valentino. sebagai penghargaan diatas kejayaan yang di kecapi, mereka menjadikan 14 feb sebagai hari untuk mereka menyambut kekalahan tentera islam.

jadi, nampak sekarang, bagaimana permainan kristian ini untuk menjahanamkan islam. ada satu tazkirah yang saya dengar melalui member dan ustaz mengatakan, tentera kafir kini tidak mamou menyerang islam secara fizikal lagi seperti dulu kerana nisbah semangat tentera kafir adalah 4 orang tentera kafir bersamaan 1 orang tentera islam. itulah kuatnya semangat jihad tentera islam yang ditakuti oleh tentera kafir. jadi, cara untuk mereka menyerang islam adalah dengan menggunakan cara yang halus iaitu menyerang minda anak muda reemaja islam. itulah permainan mereka, dengan hiburan yang melampau, menjadikan kekayaan itu adalah satu yang perlu di kejar, fesyen dan sebagainya. namun, kita tak boleh salahkan mereka diatas hasutan itu kerana itu cara dan strategi untuk mereka melakukan dakyah mereka, yang harus dipersalahkan adalah diri sendiri. mengapa kita kurang cerdik untuk menapis dan pastikan yang mana betul dan yang mana salah. segalanya terletak di hati dan minda kita sendiri. hanya kita yang mampu dan layak untuk mengubah diri kita sendiri.

  ha King

No comments: