Tuesday, February 22, 2011

dah kata da kan....

salam
hari ni aku rasa bengong yang amat. tau kenapa. sebab aku bodoh sangat pi cari info pasal sesuatu dan hasilnya aku dapat tau info tu dan aku yang rasa frust menonggeng sekarang. punya la lama aku amik mas anak betulkan balik fikiran aku ni, tapi skang da jadi macam ni balik, hadoih., perlu tenangkan diri secukupnya.

pagi tadi aku buat persuasive speech pasai kenapa anda tidak harus berikan 100% hati dan diri anda kepada sesuatu atau seseorang. aku cakap dalam aspek kengkawan, pekerjaan dan perhubungan. ni aku nak habaq dalam perhubungan. kalau anda dah jatuh cintan sangat kat seseorang, jangan sekali-kali berikan hati tu sepenuhnya kepada so call SI DIA sebab percayalah, seandainya berlaku apa-apa dan perpisahan yang menjada jalan putusnya, rasa macam mati lebih baik dari segalanya. percayala. kedua, jangan sekali-kali berikan kepercayaan dan mengambil sepenuhnya apa yang dikatakan oleh pasangan anda. contohnya, pasangan anda berkata bahawa dia tak dak orang lain, hanya anda dan anda dapat tahu perkara yang berbeza. jangan ppercaya seluruhnya. buat kajian sendiri kerana lambat laun, anda akan tahu siaapa sebenarnya yang ada di dalam hati pasangan anda tu. kekasih anda berkata dia sudah berpisah dengan kekasih lamanya, aku pasti bahawa itu tidak mungkin kerana pastinya mereka masih lagi akan berhubung dan kalau da gambaq balak lama dia ada dalam fon dia tu maknanya memang meleleh la kepala anda dengan air kuning. apa yang aku belajar adalah jangan letakkan sepenuh hati dan perasaan anda dalam sesuatu perkara kerana seandainya sesuatu yang tidak di ingini berlaku, hadoih.. tak tau nak habaq lagu mana keadaan minda anda. percayalah k .  sentiasa bbertindak rasional dan ingat apa yang dah di perkatakan ini.

No comments: