Sunday, August 14, 2011

banyak duit bang...

salam

punya sesak nak beli makanan., muka lapaq ja semua
ramadhan da hampir sampai separuh umur. alhamdulillah, berjaya harungi ramadhan kali ini dengan sempurna. apa yang bestnya ramadhan kali ni adalah aku pi bazaar ramadhan sekali ja. tu pun sebab da x ada barang dapur nak masak untuk berbuka. tapi apa yang aku perasan dalam suasana kalut bazaar, ramai yang berbelanja tak ingat dunia dah. mana tak nya, sekali beli, penuh 10 jari memegang plastik. Jadi, aku cuba nak sangka baik, ada adik beradik ramai atau ada tetamu datang rumah la tu. itu yang beli banyak. kalau yang begitu lah, kalau yang tidak..hehe.tapi apa yang pasti, ramai yang beli ikut nafsu makan. ye la, lapaq punya pasai, semua nampak sedap. air kolah kat masjid pun nampak sedap semacam. tapi kekadang aku terfikir, bila masuk masa nak bukak puasa ja, ramai kalut, macam masa untuk bukak puasa tu hanya 3 minit selepas azan saja. lagi 30 minit nak berbuka da siap tunggu depan meja. (kes berhidang tu lain)  apa nak kalut, makan sikit ja dulu, kendian cuba pi sembahyang dulu. kan mudah tu. pas sembahyang melantak la. apa nak susah kan.

itu bab makan, yang bab berbelanja ni pulak, haha, sepanjang separuh pertama ramadhan, baru puasa ke 3, da pasang lagu raya da di kedai, orang pun da kalut beli baju raya. kenapa niii wehh???? pakcik makcik  abang kakak ni sebenarnya nak puasa ka nak raya. seriously, raya bukan bermakna semua kena baru, yang pastinya bersih. bukannya wajib beli baju raya. bukan nak kata kat orang, yang cakap ni pun sama ja. selalu gak terfikir, beli baju raya ni pakai sat ja pun. ( tempat aku raya tu, sembahyang raya ja. kendian habis). jadi kenapa nak sampai 3-4 pasang baju raya..
yang beli untuk anak yatim...Alhamdulillah
membazir ja. tapi kalau yang ada function apa ka, memang raya sebulan ka, itu dia punya pasal la. jadi, sebelum nak beli apa2apa untuk raya ni, fikir balik, itu perlu ka mahu. kekadang bley ja pakai yang lama, x salah pun.

jadi, sebelum nak habiskan leteran yang memang membosankan ni, ada satu post dari group Unisza, agak menarik dan membuat aku terasa kena batang hidung..harap enjoy semua.

         KISAH RM 1 DAN RM 50

                                                     

Duit RM1 telah bertemu dengan RM50 dan bertanya: " Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?" RM50 menjawab, " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF, M'sian Idol..tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?" RM1 menjawab perlahan seraya menunduk, "Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau... "

faham x apa yg nak disampaikan?







No comments: