Tuesday, August 2, 2011

hulamak..gila tensen braderrr......

salam

hulamak. sekali sekala bila imbas balik post bebudak di muka buku ni, (termasuk la aku sekali) bila fikir secara rasionalnya.. pelik pun ada, nak tergelak pun ada. sebagai contoh, pasti anda pun penah nampak atau anda lakukan benda yang sama:

    ' perlu ka kita nk mrh2?hidup dya ikut ska dya la nk wt pa kan..nk aku tnya skali lg?bengang nih!!!!!!!!!'




'makin lama,makin xbley blah je aku tgok...apa nk jadi nih!! -tention-'


dan pelbagai lagi status fb yang menunjukkan emosi anda yang memang tak stabil.


nampak tak..hebat mereka ini. walaupun dalam keadaan marah, atau tensen, sedih, malah apa jua emosi yang berkaitan dengan kemurungan ataupun reaksi berdiam diri, tapi masih boleh ber'facebook. 


dia jadi macam tak real lah kala macamtu punya cerita.  nak gelak pun ada. marah tapi still boleh berfacebook, sedih bagai nak rak, tapi masih boleh mengadap komputer. hebat..jadi sebenarnya, masalah yang dihadapi sampai tak stabil emosi tu sebenarnya bukan teruk mana pun. facebook ni dijadikan tempat untuk mem-buat-terok-kan sesuatu. ni bukan kata kat orang tapi mengingatkan diri sendiri jugak sebab yang dok taip benda alah ni pun buat jugak. asal bukak facebook ja, ada la ayat pasrah dan sama waktu dengannya.


relax macam adik ni kan..hehhe



cuba fikir balik, kita mau ka orang kenal kita dengan asyik dok sedih ja atau asyik dok marah ja kan? kalau buat poll pun kan, bley tau la yang mana akan menang kalau nak mintak undi jenis orang yang anda ingin kenal, antara sedih, marah ngan gembira selalu. hidup ni singkat, gunakanlah untuk beribadah kepad Allah, selalu syukur dengan apa yang ada, dan nikmatilah kehidupan ni sebaiknya. rugi masa wooo kalau asyik dok marah ja, asyik dok sedih ja..ok..









lepak, chill relax redha k...






No comments: