Tuesday, August 30, 2011

raya dah datang.....

salam

MEMULA sekali nak cakap adalah rasa syukur kerana masih dapat peluang melengkapkan puasa ramadhan selengkapnya pada tahun ini. tak ada sebarang keuzuran. da nak raya da.

kemudian, pasal nak raya, suka jugak nak teringat balik zaman sekarang punya raya dengan dulu. tak tau nak kata la kalau apa yang dirasakan ni agak berbeza tapi inilah apa yang aku rasa.  ingatkah anda?

#1

kalau nak raya, mesti semua benda kena baru, baju melayu baru, karut baru ( nak yang ada lampu) , jam baru, langsir baru. semua la kata..

tapii....

sekarang ni dah tak kisah. asalkan tak koyak, bersih zahir pandangan cukup la. tak terasa pun nak beli yang baru

#2

malam raya konpom tido lambat sebab seronok dok bersiap rumah, buat ketupat, main meriam, mercun dan segala benda berkaitan dengan bahan letupan..kira malam raya ni meriah la.

tapii...

sekarang ni dah macam biasa. x dak nak cat rumah da. kemaskan apa yang patut saja. habis kuat sangat, ubah perabot ja. setel.

#3

kalau raya, kat tv mesti ada circus tayang kat tv. dan disitulah tempat kanak-kanak dan remaja melepak bila ada orang datang ke rumah. haha

tapi...

sekarang dah tak dak da. pelik juga kenapa takdak. mungkin nak suruh bebebudak pi sembang ngan ahli keluarga yang lain kit..

jadi tak banyak pun nak cerita hanya terkenang nostalgia raya dahulu dan sekarang. dah tak rasa da meriah macam dulu. rasa ramadhan lagi meriah. ya la kan, memalam sampai pukul berapa dengan terawih dan tadarus memalam. kang ni, kul 10 malam da senyap da masjid. biasa lah. masa pun da berubah. macam iklan tabloid paper apa ntah,, ' zaman dah berubah, dunia dah maju'..heh heh. harap berubah dan maju pun, tak la agama dan adat bangsa ditinggalkan di belakang k..

apapun, nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

SALAM LEBARAN 2011

P/S: raya ni terasa sangat sunyinya...



No comments: