Sunday, October 17, 2010

menyesal

ni lagi satu cerita yang aku karang. sekadar untuk tatapan. tiada kaitan antara yang hidup dan yang telah mati k..enjoyy...



                Hari itu, aku seperti biasa, keluar awal untuk ke kelas. Kelas aku jauh dari kolej kediaman aku jadi terpaksalah aku keluar awal  pagi supaya tidak ketinggalan bas. Seperti biasa, aku berkongsi bas dengan siswi. Memandangkan jumlah siswa di fakulti aku tidak ramai tambahan pula ramai yang sudah mempunyai kenderaan sendiri, kami yang berjlan ini, hanya mampu menggunakan perkhidmatan bas yang di sediakan oleh university. Segalanya seperti biasa. aku sampai di fakulti, masuk ke kuliah pertama pada semester ini. Berkenalan dengan pensyarah adalah perkara biasa yang selalunya di lakukan bagi menerangkan tentang informasi course yang kami ambil itu. Aku terpandang seorang wanita yang duduk di hadapanku. Wajahnya indah, putih berseri. Senyumannya amat manis di pandang. Gelak tawanya memang menambat hati. Aku berlagak biasa. berlgak seolah-olah aku tidak menyedari akan kehadirannya. Setelah tamat kelas, aku ditemani rakan yang lain keluar dari bilik dan menuju ke café memandangkan kami semua belum lagi makan. ‘ Mi, aku rasa pompuan depan ko tadi tu asyik tengok ko je. Kejap-kejap dia pandang ko. Bila ko macam nak tengok dia dia lari. Ko da ada admire da ni.haha..’, sudir menyakat. Sudir kawan rapat aku di sini. Kemana saja aku pergi, mesti dia ada bersama aku. ‘ Ah ye, memang. Ko memang. Semua orang nak tengok aku kan. Lembu pakai skirt pun nak tengok aku jugak kan. ‘ aku membalas sinis. Sudir tergelak terbahak-bahak. Hari itu, kami hanya ketawa gembira pabila mendengar pelbagai cerita dari kawan yang lain tentang apa yang jadi di dalam kelas. Ada yang tergagap, ada yang tersalah loghat, yang teruk, ada pula yang sudah di marahi pada hari pertama kelas. Memang kelakar. Walaupun dalam keadaan bising itu, fikiran aku melayang mengenangkan gadis itu.
***
                Hari berganti hari, kuliah sudah bermula. Assignment mula menimbun. Group work, discussion, final project,  dan pelbagai lagi dilemma seorang pelajar university. Suatu hari, kami di kenakan untuk mewujudkan kumpulan untuk di guna pakai dalam kesemua group work  yang ada untuk semester itu. Seperti biasa aku dan sudir menjadi pasangan kerja dan kami memerlukan lagi dua orang untuk melengkapkan kumpulan. Bagai orang mengantuk di sorongkan bantal, gadis yang aku kenangkan itu muncul di depan aku. ‘ Maaf la ek, Azmi,  saya dengan nadia sekarang ni tak ada kumpulan. Apa kata kalau kami masuk kumpulan korang.’ Gadis itu mempelawa. ‘ Ok ja. Lagipun kitorang memang nak cari lagi dua orang. Din, group  aku da cukup. Bak kertas aku nak isi.’ Selamba aku menjawab. Kemudian, bermulalah sesi sual kenal. Masing-masing memperkenalkan latar belakang diri. Kini aku tahu nama gadis itu. Amanina rupanya. Manis nama itu, amat padan dengan tuannya. Sepanjang sesi sual kenal, aku tahu, dia asyik memandang aku. Aku cuba pedulikan hal itu. Mungkin hanya aku perasan. Di akhir sesi itu, amanina memanggill aku. Aku terkejut dan tertanya. Apakah kemahuannya? ‘ Mi, maaf la ek sal tadi. Nina tak berapa reti nak kenalkan diri. Sebenarnya, kalau boleh, nina nak nombor telefon mi boleh tak? Nina rasa ada benda nina nak bincang dengan mi. bukan hal apa, Cuma hal projek kita ni. Nanti senang sikit nak  contact  mi.’ aku mula curiga. Pelik sungguh tingkah laku nina hari ini. Biasanya dia cuba melarikan diri dari aku. Kini, dia pula yang meminta nombor telefon dari aku. Aku hanya memberikan nombor telefon aku tanpa banyak bicara. Aku yakin tujuannya hanya untuk apa yang dikatakannya. Ketika hendak bergerak ke bas, nina berjalan bersama aku dan yang lain. Sudir seperti biasa menghilang. Bersama kawan perempuannya yang lain mungkin. Aku, nina dan nadia, kami berjalan bersama menuju ke bas. Di dalam bas, kami bersembang seperti kawan biasa. berkenalan dengan lebih rapat lagi. Aku hanya melayan karenah nina yang agak manja. Maklumlah, dia anak tunggal dalam keluarganya. Bas tiba di kawasan kolej kediaman aku berhadapan dengan surau. Bas hanya berhenti di tepi jalan dan kami harus meredah jalan raya untuk sampai ke kolej manakala nina dan naia tinggal di dalam bas kerana kolej mereka di dalam kampus utama. Ketika bas berlalu, telefon bimbitku bordering menandakan mesej masuk. Aku membuka mesej dan kelihatan nombor yang tidak di kenali “ Mi jalan bebaik k. Kalau ada masa mesej la nina k” Aku terkejut melihat mesej itu. Lalu aku memandang kea rah bas dan kelihatan nina melambai tangan kepada ku. Aku membalas lambaian itu. Sudir melihat peristiwa itu. ‘Aipp…Macam ada pape je?hahah’  sudir mula menyakat aku. Aku hanya senyum. Memikirkan orang yang dahulunya aku malu untuk memulakan bicara, kini berhubung dengan aku melalui telefon. Itu satu langkah yang besar. Walau apa pun, aku mengharapkan yang terbaik buat perhubungan ini.
***
                Bermula dari situ, kami saling berhubung atas talian persahabatan.  Nina sering menghubungi aku. Sampai suatu ketika, aku merasakan sesuatu di dalam hati aku. Dia amat mengambil berat tentang hal aku. Suatu hari, aku demam. Aku tetap berkeras untuk ke kuliah walaupun di nasihatkan oleh rakan-rakanku agar aku ambil M.C  pada hari itu. Namun, aku fikirkan tentang pelajarang yang akan aku tertinggal. Aku berkeras juga ke kampus. ‘Mi, awak ok ke? Pucat muka awak?’ nina kerisauan. Di kolej, dialah insane pertama yang menyedari apa yang berlaku pada diri aku. ‘ tak de pape la nina. Demam sikit je. Nanti sihat la tu.’ Nina menarik muka masam dan berlalu pergi dari aku. Aku kehairanan. Apa salah aku berkata demikian. Mungkin dia ada masalah lain. Aku hanya membiarkan. Ketika aku berehat di pondok, dia datang kepada aku membawa sebotol air. ‘ Mi pergi mana? Nina cari merata. Nak. Makan ubat ni. Minum air bebanyak k. Kenapa tak beritahu nina yang mi tak sihat? Kesian mi. kalau jadi papa kat mi, sapa yang susah? Nina jugak kan? ‘ Aku tersentuh dengan keprihatinan Nina. Tetapi ada sesuatu yang musykil. Apakah Nina menaruh perasaan kepada aku atau itu memang tabiat dirinya yang suka mengambil berat. Aku terdiam. Mujurlah pada hari itu, Cuma satu kuliah sahaja. Habis sahaja kuliah, aku tidak tunggu lagi di kampus. Badanku terasa seram sejuk.  ‘ Dir, aku balik dulu k. Rasa tak sedap badan la. Kalau kau ada keja tak pa lah. Aku balik sendiri k.’ ‘ Kau betul ke ni? Kalau boleh aku nak teman kau balik kolej tapi aku ada keja sket. Member lama aku nak jumpa aku.hmm. kau pasti ke boleh ni? Kawan-kawan kita yang lain tak habis kelas lagi. Kau pasti kau boleh balik sensorang?’ ‘ ‘Tak pa. jangan risau. Aku balik dulu k, kau gi la jumpa kawan kau.’ Sudir risaukan sesuatu terjadi kepada aku. Tiba-tiba aku terasa bahuku di tepuk. Aku menoleh ke belakang.’ Mi, kalau mi tak kisah, nina boleh temankan mi balik. Lagipun nina nak singgah ke kedai jap dekat dengan kolej mi.boleh kan?’ nina mempelawa bantuannya. ‘ Ok, kebetulan jalan yang sama. Jomla.’ Hari itu, aku berjalan berdua sahaja dengan nina menuju ke hentian bas. Dalam perjalanan itu, kami diam sahaja. Tanpa sebarang bicara. Hanya saling membalas senyuman. Sehinggalah tiba di hadapan kolej, nina menghulurkan sesuatu didalam beg plastic. ‘ Nanti mi naik bilik baru buka k. k la, semoga mi  cepat sembuh. Nina nak gerak dulu k. assalamualaikum.’ Nina berlalu pergi. Aku naik ke dalam bilik. Setelah selesai solat, aku terus rebah. Tidur sehingga malam. Mungkin terlalu penat. Mungkin aku tidur sehingga keesokan hari jika sudir tidak kejutkan aku tidur untuk solat maghrib. Aku bangun dan bersolat. Aku teringatkan tentang bungkusan yang di berikan nina. Di dalamnya terdapat ubat demam dan sepucuk surat. Aku membuka surat itu dengan hati yang berdebar.’ Assalamualaikum. Maafkan nina kalau surat ini  buat mi tak selesa. Nina Cuma nak mintak kalau boleh mi telefon nina malam ni. Sebab ada sesuatu yang penting nina nak khabarkan untuk mi. kalau boleh la ek. Tiada paksaan. Oh ya, sebelum terlupa, ini nina sertakan sekali mi ubat demam. Semoga mi cepat sembuh dan ceria seperti sedia kala..sekian. nina menunggu panggian mi k.’ aku menyimpan kembali surat itu dan merenung tajam kearah ubat yang di berikan. Banyak perkara yang bermain didalam benak fikiran ku. Apakah sebabnya nina terlalu mengambil berat hal aku. Dan apakah yang ingin nina khabarkan kepada aku malam ini? Malam itu, selepas solat isyak, aku rasa segar kembali. Aku mencapai telefon dan mencari nama nina. Hatiku berbelah bagi sama ada hendak menelefon nina atau tidak. Kemudian aku terus menekan butang call  di telefon bimbitku mengharapkan segalanya terbaik buat aku dan dia. Tutt…tuttt..’ helo, ini nina ke?’ ‘ helo. Ya, ni nina. Telefon jugak mi kan. Ingatkan dah x nak telefon.’ ‘ maaf la ek. Lambat sikit. Tertido tadi. Sekarang ni baru rasa sihat sikit. Jadoi apa yang nina nak beritahu? Macam penting bunyinya.’ ‘ sebenarnya, nina da lama perhatikan mi. dari awal mula kita masuk kuliah, nina da perhatikan mi. sebenarnya, nina sukakan mi. mungkin terlalu awal tapi nina memang sukakan mi. terpulanglah mi nak fikir nina ni orang yang macammana tapi yang nina tau, nina suka mi.’ aku tercengang. Apakah ini kenyataan atau sekadar fantasi dan halusinasi akubat demam? Aku dalam reality. Nina sukakan aku. Aku amat gembira. ‘ nina, sebenarnya mi pun merasakan apa yang nina rasakan. Cuma mi tak berani nak luahkan. Sekarang ni nina da luahkan, mi tak payah buat apa-apa da la.kan?’ aku ketawa kecil dan tiba-tiba, nina meletakkan telefon. Aku cuba menelefonnya kembali namun tiada jawapan. Aku terus mencuba namun tidak berjaya. Aku hanya membiarkan sahaja. Menanti waktu menjawab segalanya.
***
                Keesokkan harinya, aku bertemu nina di kampus. Dia berwajah ceria.dia datang kepada aku. ‘ Mi, awak ok? Maaf pasal semalam ek. Saya….suka sangat.’ Aku tersenyum sendiri. Kini kami pasangan kekasih. Kemana sahaja pasti bersama. Belajar, bersukan, beli barang, pasti bersama.  Suatu hari, nina marah. Disebabkan orang lain dia dimarahi oleh pensyarah. Aku memujuk dia. Dia lapar. Selalunya dia yang belikan aku makanan kali ini biar aku yang tolong dia. Ketika aku hendak beredar, aku ternampak sudir mendekati nina. Dia cuba memujuk nina. Oleh kerana aku percayakan sudir, aku pedulikan saja. Sekembali aku dari membeli makanan, aku lihat nina dan sudir sudah tiada di situ. Puas aku mencari rupanya nina makan di café bersama sudir. Bergelak tawa. Aku pergi mendapatkan mereka. ‘Eh, mi. ingatkan mi pergi mana. Tak tahu pulak mi belikan makanan. Sudir ajak nina temankan dia makan.’ ‘ Tak pe nina. Asalkan nina kembali gembira, mi pun gembira juga.’ Aku lega yang nina sudah kebali gembira. Aku berterima kasih kepada sudir yang menolong aku memujuk nina. Beberapa hari kemudian, aku semakin sibuk menguruskan hal-hal assignment. banyak yang perlu di selesaikan. Tanpa aku sedari aku telah membelakangi nina. Sering kali dia mahu bercakap dengan aku. Di kampus, aku sibuk dengan pensyarah, menguruskan hal-hal tutorial. Pulang ke kolej, aku sibuk menyiapkan tugasan yang bertimbun. Malam aku tidur awal bersedia untuk hari esok. Kerap kali nina berasa hati dengan tingkah ku. Ako memohon maaf dan selesai masalah. Beginiah mungkin hubungan pasangan kekasih yang bahagia. Terkadang tergigit lidah.
***
                Suatu hari, aku keluar sendirian. Kertas dan dakwat pencetak aku sudah kehabisan. Dalam perjalanan pulang, aku berhenti minum di satu restoran. Panas matahari yang terik menghauskan aku. Setelah memesan minuman, bertapa terkejutnya aku apabila aku melihat sudir dan nina keluar bersama. Mereka masuk kedalam restoran dan memesan makanan bersama samba bergelak ketawa. Aku cuba menyorok, menghilangkan diriku dari pandangan mereka. Pada mulanya aku tidak mengesyaki apa-apa tetapi pabila sudir mula menunjukkan cincin kepada nina dan di sarungkan cincin itu pada jari manis nina, hatiku haancur berkecai. Apakah ini yang dibalasnya sebagai lambing cinta yang dia garapkan.? Inikah yang dikatakan sebagai sahabat sejati? Sahabat yang kau percaya selama ini menikam aku dari belakang. Aku cuba bertenang. Ketika aku lihat mereka meminta bil, aku tahan pelayan yang membawakan bil itu. Aku sendiri membawa bil itu kepada mereka. Tatkala aku sampai di meja itu, nina terkejut. Sudir mula menyembunyikan wajahnya. ‘ Mi, kau jangan salah paham k. Aku Cuma kuar makan biasa saja ngan nina.’ ‘ Maaf  ya cik. Bilnya sebanyak RM 21. Bilnya tak termasuk cincin di jari tu ya. Oh ya, kepada cik nina, saya mendapat pesanan dari cik azmi mengatakandia tidak perlukan sebarang penjelasan dari cik. Cik boleh bayar bil ini di depan ya. Terima kasih banyak nina.’ Aku meletakkan bil itu dan berlalu pergi. Nina mengikut aku keluar dan menahan aku. ‘ Mi, dengar dulu penjelasan nina.’ ‘ Apa yang perlu kau jelaskan nina. Dah jelas segalanya. Depan mata aku kau bersama sudir kawan rapat aku, bermesra. Kalau hatimu bersama dia, mengapa perlu aku merebut dirimu. Mungkin hubungan kita setakat disini sahaja. Kalau setia yang aku pinta kau tak dapat tunaikan, aku hanya mampu mendoakan kau bahagia sentiasa. Aku mohon kepada kau, tinggalkan aku dan lupakanlah aku selamanya.’ Aku berlalu pergi, meninggalkan nina sendirian menangis. Kali ini, aku tiada lagi untuk mengesat airmatamu nina. Buat sudir, jika sahabatmu yang selalu bersamamu kau sanggup berbuat begini, jika aku terus mengenalimi, pasti banyak lagi yang sanggup kau khianati aku. Biarkan persahabatan ini berakhir di sini. Aku rela membiarkan memori luka ini bersemadi. Aku menyesal kerana mengenalkan dia pada mu nina.kini aku tahu, tak perlu aku menagih cintamu andai hatimu bukan padaku. Izinkanlah aku pergi jauh membawa hati yang luka ini sendiri. Selamat tinggal nina. Selamat tinggal sayang…

No comments: