Wednesday, October 27, 2010

RED ALERT!!!! CODE RED!!!

salamullahialaikum...
selama cuti ni, aku tak keluar ke mana pun hanya duduk di rumah, makan, tengok tv, tido. itu sajalah yang aku lakukan. kekadang aku keluar dengan famili hanya sekadar untuk amik angin. memang bosan duduk di rumah sendirian tapi asalkan boleh berada di samping mak dan ayah ni pun da cukup bahagia dan bersyukur. ye la kan, usia da semakin panjang. entah bila aku akan sendirian. aku takut untuk menghadapi masalah itu. dalam aku sendirian, aku bukak la jugak FB, tumblr dan sebangainya, aku tengok balik status aku yang dulu2. nak tergelak pun ada. sumanya tak habis2 berkisarkan kehampaan. aku terfikir, sampai bila aku nak terus begitu.ada malam tu aku sembang dengan syidah fouat, member se fakulti dengan aku. aku suka tagline dia...'CHILL'. AKU SUKA CARA DIA. dia  memang selalu happy-go-lucky. segalanyan rilek jer. aku tersedar. apa yang buat manusia mula nak marah, berduka ni adalah di sebabkan kita tak dapat apa yang kita mahu. kita tak puas hati dengan orang sebab orang tu bukan tak ikut macam yang kita nak. cuba fikirkan balik, kalaulah semua orang atas muka bumi ni sebijik macamyang kita nak. tak ke pelik tu.tiada perbezaan. mana nak datangnya keceriaan betul tak? Allah pun dah berfirman, 'dan aku ciptakan manusia itu berbeza-beza agar kamu dapat saling mengenali'' kalau da semua sama da macam robot la pulak kan. jadi, dalam hisup ni pasti akan ada suka duka, ada masa kita seronok sangat, ada masa kita sedih sangat, namun apa yag penting adalah cara kita harungi hidup kita tu. jangan terlalu ikutkan perasaan dan nafsu. jadilah diri sendiri daripada cuba untuk menjadi diri orang lain, aku sekarang mula belajar mengenali diri sendiri dan cuba untuk FORGIVE AND FORGOT.itu akan menjadikan kita lebih rasional dalam apa jua keadaan...chill....

No comments: