Friday, October 22, 2010

sembahyang tak lagi

aku menghadiri satu majlis ilmu di masjid. kebetulan ada aku bawak sekalu hanfon aku jadi aku sempata taip beberapa perkara yang aku rasa dapat dijadikan renungan bersama..

Hanya Ingin Mengingatkan .... Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ..... 
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran. 
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan. 
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar. 
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


Lima Jenis Racun dan Lima Jenis Penawarnya ...
1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya. 
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya. 
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu adalah penawarnya 
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya. 
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya. 


Nabi Muhammad S.A.W bersabda: " Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN. 
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA. 
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA. 
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABA 


Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar 
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya 
Asar : Dijauhkan dari kesehatan/kekuatan 
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya. 
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya 


kekadang terfikir jugak..dimana la tempat kita ni kan..hmmm

No comments: